Quantcast
Channel: Mek Onie
Viewing all 439 articles
Browse latest View live

PENGALAMAN KE BATAM, INDONESIA

$
0
0



Pengalaman Ke Batam, Indonesia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yes! Setelah lama tak melancong ke sana sini, maka aku ingin berkongsi pengalaman aku ke Batam, Indonesia. Bagi yang tidak pasti, Batam atau dikenali dengan Pulau Batam (Kota Industri) yang terletak 20 kilometer di Selatan Singapura serta dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam juga terletak di wilayah Indonesia. Pulau Batam juga merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai 3 terminal feri dimana kita boleh pilih samada ingin berlabuh di Batam Center, Harbour Bay (Pulau Batam) atau Tanjung Pinang ( Pulau Bintan). 


Perjalanan ke Batam, Indonesia aku menaiki feri di Stulang Laut.

Boleh juga naik flight dan perlu pilih flight Batik Air, Lion / Lion dan agak mahal sebenarnya.

Perjalanan aku bermula daripada: 

Terminal Bersepadu Selatan yang terletak sekitar Cheras, Kuala Lumpur dan perjalanan aku bermula dari jam 12.00 tengah malam. Aku naik bas Meridian Holiday yang bertingkat dan duduk atas dengan harga RM34/pergi sahaja. Perjalanan kami ke Larkin Sentral ini mengambil masa selama 5 jam 30 minit which is kami sampai jam 4.30 pagi macam tu. Kemudian kami naik kereta sapu di sekitar Larkin Sentral untuk ke Terminal Stulang Feri ( waze: Berjaya Waterfront, Johor Bahru sekitar 15 minit dan berharga RM16.  Bab nak ke Berjaya Waterfront aku sarankan korang naik je kereta sapu atau grab. Tapi kalau sampai pagi buta macam kami tu mungkin agak susah sikit nak dapat dan actually murah je kereta sapu sebab aku dengan member-member aku.




Setibanya di Berjaya Waterfront di mana tempat kami nak naik feri tu, kami telah singgah di surau berdekatan dengan Berjaya Waterfront untuk bersihkan diri seketika sambil tunggu subuh dan setelah itu kami ke Level 2, Berjaya Waterfront untuk membeli tiket feri. Kalau korang nak tahu, Berjaya Waterfront ini akan dibuka jam 6.30 pagi setiap hari dan ini membolehkan pelancong atau warga Batam untuk membeli tiket seawal pagi. 


Semasa membeli tiket feri ke Batam Centre:

Honestly, aku agak terkejut jugak dengan harga tiket feri ke Batam Centre ni, mahal la jugak tapi kalau beli return murah gak la. Cuma aku pergi ke Batam, Indonesia ini atas urusan kerja jadi aku beli tiket pergi sahaja dahulu dengan harga RM89 sahaja. Kalau korang nak tahu, jadual feri paling awal adalah jam 7.15 pagi dan aku telah mengambil feri yang pertama iaitu jam 7.15 pagi. Untuk membeli tiket feri ke Batam Centre ini mudah sahaja. Samada boleh dibeli dengan cara online atau di kaunter. Semasa korang sudah sampai di Level 2, Berjaya Waterfront untuk membeli tiket, korang perhatikan ada 2 kaunter di mana sebelah kaunter sebelah kanan akan berlabuh di Harbour Bay dan di kiri akan ke Batam Center. Yang ini tak perlu risau, tanya je orang kaunter kalau tak tahu. Semasa membeli tiket feri ini, mohon jangan lupa juga untuk membawa kad pengenalan/passport bersama untuk urusan pembelian tiket feri.


Cara check in feri di Stulang Laut:

Setel beli tiket feri, yess! Korang boleh terus boleh check in untuk naik feri. Berkenaan beg, bagasi tu korang boleh je bawa dan tak perlu timbang. Cuma, jangan bawa barang-barang terlarang seperti pisau, alat besi yang mencurigakan. Konsep check in dia sama macam nak naik flight, ada kena cek bagasi dan kena scan badan. Tapi tak seketat imigresen di lapangan terbang la kan. Cuma, pastikan semasa check in tu jangan ada barang terlarang dah. Pastikan korang check in mengikut masa boarding seperti yang tertera di tiket tersebut. Lambat korang tunggulah feri seterusnya selang 45 minit macam tu.


Semasa menaiki feri:

Bagi aku, boleh je nak bawak beg bagasi. Cuma masa di tempat penyimpanan..beg korang akan ditindih dan pastikan dalam beg tiada barang berharga dan tempat duduk di dalam feri adalah free seating. Tak kisah nak duduk celah mana pun. Janji selesa dan aku duduk ditepi tingkap, yuhuuu!


Semasa dalam feri:

Yesss! Part ni aku agak shock jugaklah, alaaahhhh tak la shock mana pun. Tapi aku teruja weh dengan anak kapal dorang. Nanti dalam feri korang boleh beli air minuman atau kekacang (kudapan) yang dijual oleh anak kapal. Paling menarik, korang boleh tukar duit MYR ke IDR dalam feri. Tak beza manapun, masih ikut harga semasa and just incase kalau korang tak sempat tukar duit la kan. Make sure, jangan lupa juga bawa stokin dan baju sejuk. Sejuk oiii dalam feri tu. Kalau rasa mabuk laut, jangan berani-berani la makan berat, cukup takat ringan-ringan. 


Perjalanan dari Terminal Stulang Laut (Berjaya Waterfront) ke Batam Center ini mengambil masa selama 2 jam. Jadi, lelapkan mata seketika sebelum sampai ke Batam Center. Tapi sebelum tu, kalau korang nak tahu, korang akan nampak pesisir Negara Singapura dan Pengerang,Johor. Semasa perjalanan juga, korang boleh nampak beberapa pulau seperti Pulau Ubin dan Tekong Island


Sampai di Terminal Feri Batam Centre:

Yess! Welcome To Batam dan untuk tiket feri sekiranya di atas urusan kerja, korang boleh maklum kepada anak kapal dan pegawai yang bertugas pada hari tersebut untuk mendapatkan semula tiket feri atas tujuan tuntutan elaun perjalanan. Sampai je, korang kena masuk di bahagian Imigresen untuk semakan passport dan yesss! korang jangan terkejut sebab selepas keluar dari Imigresen korang akan lalu di dalam kawasan shopping mall. Alang-alang dah sampai shopping mall, ambillah sedikit sarapan sebelum memulakan perjalanan semula. Aku sampai masa tu jam 8.45 pagi waktu Malaysia yang awal 1 jam dari Malaysia.


Jadi jelaskan macamana nak menaiki feri dari Berjaya Waterfront Stulang Laut tadi tu? So, dah...sekarang aku nak tunjukkan tempat-tempat menarik di Batam, Indonesia. Honestly, ini adalah kali pertama aku sampai di Batam, Indonesia.


First sampai di Batam, Indonesia aku pergi ke :

  1. AVJ Mangrove Batam, Indonesia
  2. Kampung Nongsa Tua dan Kg.Terih
  3. Rumah Melayu Limas Potong, Kota Batam
  4. Pantai Terih, Batam
  5. Nuvasa Bay, Batam
  6. Jambatan Barelang
  7. Muzium Vietnam
  8. Tempat makan menarik



JAMBATAN BARELANG

Jambatan Barelang iaitu singkatan dari BAtam, REmpang dan gaLANG adalah nama jambatan yang menghubungkan pulau-pulau iaitu Pulau Batam, Pulang Rempang dan Pulau Galang juga ada yang sebut Jambatan Habibie. Jambatan Barelang ini adalah ikon kepada Kota Batam. Untuk pengetahuan semua, mempunyai 6 buah jambatan sebagai penghubung laluan warga Batam di sesuatu kawasan. 




Jambatan Barelang ini terdiri dari enam buah iaitu:

  1. Jambatan Tengku Fisabilillah (Jambatan I) (Jambatan terbesar)
  2. Jambatan Nara Singa (Jambatan II)
  3. Jambatan Raja Ali Haji (Jambatan III)
  4. Jambatan Sultan Zainal Abidin (Jambatan IV)
  5. Jambatan Tuanku Tambusai (Jambatan V)
  6. Jambatan Raja Kecik (Jambatan VI)


Dan kalau korang nak tahu, banyak sejarah di Batam terutama di Kepulauan Riau dimana tentera Jepun telah menjajah Batam di beberapa kawasan seperti di Nongsa, Kabil, Pulau Buluh dan beberapa tempat sekitar Batam. 


AVJ MANGROVE BATAM

AVJ ini bermaksud Anugrah Ventura Jaya di mana di sinilah lokasi bagi kaki gambar dan sesungguhnya di sini jugalah kita boleh melihat sendiri betapa kreatifnya orang di Batam dalam menghasilkan rekaan seperti di AVJ Mangrove Batam ini. Cuma nak masuk ke kawasan AVJ Mangrove Batam ini dikenakan cas sebanyak Rp.10,000/orang. Haritu aku ke sini sekejap je dan agak rushing untuk bergambar dan mungkin kalau aku ke Batam, aku akan menghabiskan banyak waktu di sini dengan bergambar. Kagum dengan hasil titik peluh warga Batam.















KG.NONGSA TUA DAN KG.TERIH

Kg. Nongsa Tua dan Kg.Terih ini berada di pesisir pantai yang pasir pantainya tidak besar malah diapit oleh rimbunan bakau. Kg.Terih ini  Di sini juga, terdapat beberapa kisah sejarahnya tersendiri. Kg.Terih ini bermaksud batu-bata dimana pada dahulunya masyarakat kampung di situ menambat batu-bata atas tujuan untuk membangunkan tempat tersebut namun kini hanya tinggal kerikilnya sahaja. 


Dan kini, Kg.Terih agak dikenali oleh penduduk setempat dan pelancong-pelancong kerana adanya tempat yang menarik seperti di AVJ Mangrove Batam tadi. Untuk pengetahuan semua, di sini juga boleh beriadah dan sangat tenang serta jangan lupa bawa makanan apabila ingin ke sini. 


Sebut kisah sejarah, Kg.Terih pernah dijajah oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia ke-2 dimana Kg.Terih ini telah menjadi lokasi penyimpanan senjata dan katanya sehingga kini masih terjumpa dengan peninggalan senjata dari tentera jepun. 













RUMAH MELAYU LIMAS POTONG, BATAM

Kalau ke Batam, Rumah Melayu Limas Potong ini adalah lokasi yang wajib korang pergi. Rumah Limas Potong ini adalah salah satu bentuk rumah tradisional masyarakat melayu Riau Kepulauan. Kalau korang nak tahu, rumah Limas Potong ini berbentuk rumah panggung dan memiliki ciri khas seperti rumah tradisional di Sumatera.


Dirumah Limas Potong ini terdapat lima bahagian utama iaitu ruang tamu (teras), ruang depan, tengah, belakang (biasanya dijadikan tempat tidur) dan dapur. Di bahagian depan sekali korang boleh bergambar dan adanya gambar/potret sejarah berkenaan rumah Limas Potong, ruang tengah pula dipamerkan adat perkahwinan orang Melayu, manakala bahagian belakang pula terdapat tempat tidur berkelambu yang disambungkan hingga ke ruang dapur. Paling mengimbau bila ke dapur di rumah Limas Potong ini kerana terdapat beberapa jenis alatan dapur yang digunakan oleh orang dahulu serta masih elok.


Untuk pengetahuan korang, rumah Limas Potong ini adalah milik Haji Sain yang telah menetap di rumah tersebut sejak November 1959 dan telah rasmi menjadi tempat pelancong pada November 2011 sehingga kini. Walaupun banyak penambahbaikan terhadap rumah ini, namun bentuk aslinya masih dikekalkan sehingga kini. Lokasi rumah ini terletak di Kampung Melayu, RT 01 RW 08, Kel.Batu Besar, Nongsa. Bestnya lokasi ini ianya berdekatan dengan pesisir pantai dan sangat damai.










SEA FOREST ADVENTURE

Walaupun di Malaysia ini ada pantai juga, namun di Sea Forest Adventure ini sama cuma beberapa aktiviti yang di sini membuatkan ramai pengunjung setempat dan juga para pelancong datang menenangkan fikiran serta melakukan aktiviti beriadah dan bersukan bersama keluarga dan rakan-rakan.


Sea Forest Adventure ini terletak di Nuvasa Bay , Nongsa dan ianya merupakan kawasan beriadah yang terbaharu dan terbesar di Batam, Indonesia. Jarak Batam Center ke sini hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja dan satu jalan dengan Palm Spring. 


Sea Forest Adventure ini adalah satu lokasi wajib yang perlu dikunjung oleh para pelancong kerana di sini juga terdapat beberapa aktiviti luar seperti paintball, snorkelling dan banyak lagi. Setiap aktiviti juga dikenakan bayaran yang tertentu. Apa yang aku suka dengan Sea Forest Adventure ini adalah pantainya yang bersih dan mungkin malam dia hidup. Sebab masa aku pergi waktu petang sahaja. 

















MUZIUM VIETNAM

Yesss! Muzim ni wajib korang datang juga sebab sepanjang perjalanan ke muzium ini korang sendiri akan teruja melihat hasil peninggalan warga Vietnam juga lokasi ini juga iaitu di Pulau Galang pernah diduduki oleh warga Vietnam semasa perang saudara pada tahun 1975. Pulau Galang ini adalah pulau yang terakhir apabila melalui jambatan yang aku ceritakan atas tadi. Dahulunya, tempat ini dinamakan dengan nama Kampung Vietnam dan banyak kisah sejarah yang boleh kita tengok sendiri di sini. 


Keberadaan masyarakat Vietnam ketika itu disambut dan diterima baik oleh pemerintah Indonesia ketika itu. Jadi kalau korang nak tahu kisah sedih warga Vietnam yang berkampung di Pulau Galang ni, korang boleh google baca sejarah berkenaan itu. 


Di sini juga ada monumen perahu yang telah dibaiki semula dan terdampar di sekitar Pulau Galang yang kini menjadi tarikan pelancong semasa perjalanan ke Muzium Vietnam ini. Kalau korang nak tahu, monumen perahu inilah yang dinaiki oleh warga Vietnam merentasi Laut China Selatan dan seriously aku tak boleh imagine situasi masa mereka sepanjang pelayaran tersebut. I can't but a lot of story sepanjang pelayaran dorang. Sedihhhh





Di sinilah muzium Vietnam yang terletak di Pulau Galang, belakang aku tu para pelancong boleh menyaksikan detik-detik menyayat hati tentang perang persaudaraan yang dilanda oleh warga Vietnam ketika tahun 1975. Di muzium ini juga terdapat barang peninggalan warga Vietnam sepanjang keberadaan warga Vietnam di Pulau Galang ini. Lebih 500 orang telah dikebumikan di makam ini dan masih ada kaum kerabat yang datang sebagai tanda penghormatan.




Menarik kisah sejarah ini dan aku baru tahu, masih ada lagi senarai nama warga vietnam di muzium ini. Sungguh rasa sebak bila mendengar kisah mereka.



MAKANAN ISTIMEWA


Adanya pelbagai jenis makanan di Batam ini, namun aku puji setiap makanan yang dihidangkan cukup sedap seperti gong gong yang cukup terkenal dan bagi kami yang tidak biasa menjamah menu itu sangat hairan bagaimana hendak makan. Kalau korang nak tahu, gong gong ini adalah siput laut yang boleh dimakan, dimasak dengan cara merebus ataupun ditumis menggunakan rempah khas dari Batam. Kira gong gong ni memang femes gila di Batam, jadi kalau korang datang ke Batam, mohon cuba sendiri rasa gong gong ini.


Credit photo to @mawardiyunus


Selain daripada gong-gong, makanan laut lain di sini pun agak femes dan selebihnya makanan seperti Bingka Bakar, Luti Gendeng, Sup Ikan Batam, Mee Sagu, Mee Lendir dan banyak lagi yang wajib korang rasa. Alpukat yesss! tetap ada! Jangan lupa juga untuk cuba tauhu bakar dorang,sedap!





Masa ni aku makan di satu restoran yang berdekatan dengan Jambatan pertama iaitu Jambatan Barelang. Beginilah suasana sewaktu aku menjamu selera. Angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi selera makan dan sangat tenang dan nama restoran itu adalah Barelang Seafood Resto, Batam City.








DATARAN ENGKU PUTERI

Dan aku juga berkesempatan untuk singgah di Dataran Engku Puteri untuk menyaksikan pelbagai acara atau dikenali event. Pelbagai acara kebudayaan yang membuatkan aku terpukau dengan bakat mereka dan malam itu hidup dengan adanya pelbagai gerai dan dibanjiri oleh warga Batam, Indonesia. Sungguh terpaku aku tengok sokongan daripada warga Batam ini sendiri. 










Cuma aku ke Batam adalah bertujuan untuk menyaksikan acara Halalbihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) yang ke X. InshaAllah aku akan berkongsi pengalaman menghadirkan diri di acara Halalbihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) yang ke X di artikel yang ya. Terima kasih juga aku ucapkan kepada BP Batam kerana sudi membawa kami ke sini dan menjaga kami sebaik yang mungkin. InshaAllah aku akan ke Batam lagi di masa akan datang. Tak puas sebenarnya nak enjoy kat Batam tu, tapi disebabkan masa singkat, aku pergi yang mana sempat sahaja. 




KINI LAURIER TAMPAK LEBIH SEGAR DAN BAHARU

$
0
0

Kini Laurier Tampak Lebih Segar Dan Baharu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay finally! Laurier kini tampak lebih segar dan baharu dengan pembungkusan yang super cantik dan lebih ceria berbanding sebelum ini. Sebelum aku bercerita panjang lagi berkenaan tuala wanita yang mengetengahkan kecanggihan teknologi dan inovasi Jepun, jangan terkejut kerana tuala wanita yang luarannya tampak lebih cantik sebenarnya bukanlah produk baharu, tetapi packagingnya yang baharu. Aku juga turut menghadiri majlis pelancaran Laurier serba baharu yang hadir dengan gaya dan penampilan lebih segar oleh Kao Malaysia di Sunway Velocity Mall, Cheras pada beberapa hari lepas.



Sesuai dengan tagline 'Diperbuat dengan Penuh Perhatian' (Made with Love) memperkayakan kehidupan wanita dengan kecanggihan inovasi Jepun turut mengambil kira tentang keperluan dan kemudahan golongan wanita. Kao Malaysia pada beberapa hari lepas telah melancarkan Laurier serba baharu yang hadir dengan gaya dan penampilan lebih segar. Ciri yang terbaharu didapati pada tuala wanita ini adalah "Ultra Absorbent Core".




CIRI-CIRI YANG TERDAPAT PADA KAO MALAYSIA TENTANG TUALA WANITA INI ADALAH:
  • Sangat memenuhi keperluan gaya hidup wanita yang sofistikated dan aktif pada hari ini.
  • Meningkatkan kualiti hidup mereka dan berkongsi keterujaan terhadap produk-produk yang inovatif demi memaksimumkan kepuasan pelanggan.
  • Adanya nilai-nilai seperti "Yoki-Monozukuri" Kao, Laurier serba baharu menggabungkan keperluan pengguna dengan R&D inovatif dalam usaha menawarkan tahap keselesaan yang terbaik kepada wanita apabila mereka datang bulan.

"Sejak 35 tahun lalu, Kao Laurier terus bergabung pada komitmennya iaitu menjaga wanita serta memperkasakan mereka untuk menjalani kehidupan dengan bebas menerusi teknologi dan inovasi Jepun. Laurier serba baharu memberikan wanita keyakinan kerana dapat menjaga diri sendiri dengan baik, menghilangkan rasa bimbang dan ketidakselesaan fizikal sepanjang tempoh datang bulan yang tidak dapat dielakkan." kata Presiden Kao Malaysia, Encik Masaki Fujiwara ketika majlis pelancaran berlangsung.




DISEBALIK REKA BENTUK BUNGKUSAN BAHARU INI ADALAH:
  • Menurut Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling berkata, Kao Laurier "Diperbuat dengan Penuh Perhatian".
  • Reka bentuk dan penampilan bungkusan Laurier serba baharu direka untuk memenuhi keperluan wanita dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Terutama dalam lingkungan usia 18 tahun hingga 22 tahun yang mahukan bungkusan yang ringkas, berwarna-warnia dan segar.
  • Teknologi 'Ultra Absorbent Core' yang inovatif pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita berfungsi untuk memastikan kulit kekal kering serta memberikan keselesaan dan ketenangan minda kepada wanita walaupun pada dua malam pertama kitaran haid berlaku.
  • Pembungkusan baharu bagi Perfect Comfort (Maxi & Slim) dan Night Safe (dengan & tanpa kedutan) ia sememangnya akan menjadi kawan baik sepanjang tempoh kitaran haid berlaku setiap bulan dan boleh menjalankan aktiviti dengan tenang dan selesa.
  • Teknologi Jepun yang baharu ini mampu memastikan kulit lebih kering, mencegah kebocoran dan tiada kebimbangan walaupun pada 2 hari pertama datang haid.



FAKTA TENTANG LAURIER:
  • Kao Laurier ini telah dilancarkan pada tahun 1979 di Jepun sebagai satu jenama yang memenuhi keperluan wanita moden pada hari ini.
  • Misi Kao Laurier adalah untuk memberi keyakinan kepada wanita kerana mampu menjaga diri mereka sendiri dengan baik sama ada dari segi mental ataupun fizikal.
  • Pada tahun 1982, Kao Laurier telah diperkenalkan ke negara-negara Asia dan sejak daripada itu ia menjadi jenama kegemaran dalam kalangan wanita di Asia. 
  • Kao membawakan Laurier kepada pasaran.
  • Kao Laurier akan terus menyumbang ke arah kesejahteraan hidup wanita menerusi produk-produk termaju dan berkualiti tinggi.



FAKTA TENTANG PRODUK:
  • Quick Lock System - Dwi lapisan udara yang lembut dan kering pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita ini.
  • Diamond Surface - Ada pada Laurier serba baharu kecuali Maxi Non Wing yang menawarkan rasa kering mengagumkan dengan penyerapan dua kali lebih pantas, membuatkan wanita rasa lima kali lebih kering.
  • Paling penting, tuala wanita ini juga lebih senang dan cepat dicuci.
  • Laurier Night Safe Serba Baharu - Menampilkan Ultra Absorbent Core untuk penyerapan maksimum bagi menghalang kebocoran, walaupun pada hari dengan aliran darah yang banyak serta menyerap cecair lebih cepat dan memerangkap aliran mendadak di dalam terasnya untuk mencegah kebocoran pada bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.



Maklumat produk:

Laurier Night With Safety Gather : Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for Leakage Prevention
  • Menyerap darah haid 2 kali lebih pantas dan nikmati 5 kali tahap kekeringan, walaupun pada hari aliran besar korang
  • Padan dengan baik pada badan untuk membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur




Maklumat produk:

Laurier Night Safe : Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for Leakage Prevention
  • Menyerap darah haid 2 kali lebih pantas dan nikmati 5 kali tahap kekeringan walaupun pada aliran berat korang.
  • Membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.



Maklumat produk:

Laurier Perfect Comfort Maxi : Maximum Absorbent 360° All Round Leak Guard
  • Ciri anti-kerenyuk mencegah kebocoran dan kerenyuk ke tengah
  • Menahan darah haid dari mengembang ke bahagian tepi.



Maklumat produk:

Laurier Perfect Comfort Slim : Maximum Absorbent Hyper Absorption
  • Menyerap cecair 2 kali lebih cepat dan nikmati 5 kali tahap kekeringan yang tinggi.
  • Kulit lebih selesa untuk jangka masa yang lebih lama.



_________________________________________________________

PERADUAN MENANG PERCUTIAN KE JEPUN


JOM MENANG PERCUTIAN 5 HARI 4 MALAM KE JEPUN DENGAN CARA:

Yeayyyyy ada berita baik juga untuk pengguna tuala wanita Laurier dimana korang berpeluang memenangi percutian ke Jepun untuk dua orang bersama photographer peribadi weiiiii! Ruginya kalau sape tak join peraduan ni. 

Cara untuk menyertai peraduan ini adalah:
  1. Pelanggan perlu beli mana-mana produk Laurier serba baharu bernilai RM20 ke atas.
  2. Rakam idea 'Made with Love' korang dalam sekeping gambar.
  3. Muat naik ke laman Kao Laurier Facebook dengan hashtag #LaurierMadeWithLove
  4. Gambar yang menerima like paling banyak itu adalah pemenangnya.
Maklumat lanjut sila layari Facebook Laurier atau laman web rasmi Kao Malaysia. *Tertakluk kepada Terma dan Syarat


Komen aku tentang produk Laurier ini adalah:
  • Yesssss! Aku memang pengguna setia tuala wanita jenama Laurier.
  • Aku suka yang maxi ! Best gila.
  • Tak mudah bocor.
  • Cepat serap.
  • Mudah dicuci
  • Tak kerenyut (tak bergulung-gulung)
  • Harga dia memang murah dan berbaloi!
  • Mak aku pun pakai tuala wanita jenama ini! Yuhuuuuuu...
  • Aku akan tetap setia dengan tuala wanita Laurier.



FOOD TASTING AND OPEN DAY HANANA GROUP SDN.BHD

$
0
0





Food Tasting Dan Open Day Hanana Group Sdn.Bhd. | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyy finally Hanana Group Sdn.Bhd akan mengadakan Food Tasting Day & Open Day Hanana Group Sdn.Bhd pada 12 Ogos 2018 which is hari ahad. Kepada bakal pengantin, yes! inilah masa yang sesuai untuk korang mencuba sendiri makanan yang disediakan oleh Hanana Group Sdn.Bhd di Ambassador Putrajaya.


Bukan itu sahaja, pelbagai pakej menarik bakal menanti buat bakal pengantin dan diskaun sehingga RM5000 akan diberikan. Jadi, korang yang nak buat majlis perkahwinan tu aku sarankan untuk korang turut serta di Food Tasting Day & Open Day oleh Hanana Group Sdn.Bhd.


Untuk pengetahuan semua, kali ini Hanana Group Sdn.Bhd akan tawarkan pakej RM48,000 dan RM38,000 di Ambassador Putrajaya. Menariknya kali ini, mereka turut memperkenalkan dua pakej untuk dua tempat baharu iaitu LUGAR DE LA BODA - GARDEN WEDDING, PUCHONG dan DEWAN TAN SRI YUSOF HASHIM, MARDI. Lugar De La Boda Garden Wedding, Puchong ini mengetengahkan konsep 'Garden Wedding' dan ia merupakan konsep yang pertama di Puchong. Bertemakan perkahwinan ala-ala garden (konsep terbuka) yang membawa konsep ala-ala santai gitu dan juga seperti di dalam taman ianya bakal beroperasi sekitar Oktober 2018 dan bestnya sesiapa yang nak diskaun sebanyak Rm5,000 di lokasi yang berkonsepkan garden ini korang bolehlah datang ke hari terbuka pada 12 Ogos 2018 di Ambassador Putrajaya nanti.






FOOD TASTING DAY & OPEN DAY HANANA GROUP SDN.BHD.

12 OGOS 2018 
AMBASSADOR PUTRAJAYA

PERHATIAN PERHATIAN:
AKAN DAPAT DISKAUN RM5,000 BAGI SESIAPA YANG DATANG MEMBUAT TEMPAHAN SEMASA OPEN DAY.




Tak sabar nak rasa menu di Ambassador nanti, inshaAllah aku akan pergi dan jumpa di Ambassador Putrajaya ye nanti korang.




Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik, 
Persint 15, 62050 Putrajaya

Telefon:
Farah : 016 - 6700 457
Hanis : 016 - 6700 752
Rezza : 016 - 6700 473
Liana : 016 - 4318 434

PEMENTASAN SEMARAK BANGSAWAN 2018 : BANGSAWAN PUTERI SAADONG

$
0
0



Pementasan Semarak Bangsawan 2018 : Bangsawan Puteri Saadong | Pada sabtu lepas bersamaan 12 Ogos 2018, aku dan rakan-rakan lain telah ke Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur telah menyaksikan pementasan yang aku rasa korang pun kena datang tengok sendiri. Jangan risau, masih ada banyak Pementasan Semarak Bangsawan 2018 (rujuk jadual bawah) yang korang boleh pergi dan hayati sejarah silam dahulu kala.


Jadual Pementasan Semarak Bangsawan 2018:
  1. Bangsawan Puteri Saadong - 10, 11 dan 12 Ogos 2018 (8.30 malam)
  2. Bangsawan Abu Hassan Pencuri - 14, 15 dan 16 Ogos 2018 (8.30 malam)
  3. Bangsawan Zhou Si Anak Yatim - 5, 6 dan 7 Oktober 2018 (8.30 malam)
  4. Bangsawan Dendam Laksamana - 9, 10 dan 11 November 2018 (8.30 malam)

Tiket masuk : RM10, RM25 & RM50 (Premier)


Program Semarak Bangsawan merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Dewan Bandaraya  Kuala Lumpur (DBKL). Program ini bertujuan untuk memastikan kelangsungan dan pengekalan bangsawan melalui pengwujudan kumpulan pelapis, mengembalikan kegemilangan bangsawan sebagai sebuah pementasan cemerlang di samping menjadikan program Semarak Bangsawan sebagai produk untuk tarikan pelancong.


Bangsawan Puteri Saadong yang dipersembahkan oleh Aspek Opera dari kumpulan Anak Seni Pendidikan Kelantan dan Pengarah dan Penulis Skrip, Zack Zaideen merupakan anak kelahiran Kelantan. 



Sinopsis Bangsawan Puteri Saadong

Istana Chinta Wangsa menerima perutusan daripada Maharaja Siam untuk melamar Puteri Saadong kerana terpikat dengan kecantikan rupa paras Puteri Saadong. Namun lamaran itu ditolak oleh Raja Loyor ayahanda Puteri Saadong dan bonda angkatnya Paduka Cik Siti Wan Kembang. Sebaliknya, telah mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah yang merupakan sepupunya. Berita perkahwinan dan perajaan Puteri Saadong sampai kepada Maharaja Siam dan telah menitahkan Panglima Phraya Decho bersama angkatan Siam ke Istana Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayung untuk mengambil Puteri Saadong dengan cara baik ataupun kekerasan. Raja Abdullah dan Puteri Saadong bersama rakyat jelata berundur ke satu kawasan hutan dan mendirikan kota dan bersemayam di situ yang dinamakan Kota Mahligai.


Demi menyelamatkan rakyat dan negerinya, Puteri Saadong telah bersetuju untuk menyerah diri kepada Maharaja Siam. Setelah mendapat keizinan daripada Raja Abdullah, Puteri Saadong akhirnya bertolak ke negara Siam, Puteri Saadong telah berpesan agar Raja Abdullah setia menunggunya kembali dari Siam. Maharaja Siam amat sukacita dengan kedatangan Puteri Saadong namun kegembiraan untuk memiliki Puteri Saadong terpaksa dipendamkannya kerana setiap kali ingin menyentuh Puteri Saadong, tubuh Raja Narai akan gatal-gatal terkena penyakit kedal. Puteri Saadong telah dihantar balik ke Kelantan setelah berjaya mengubati penyakit kedal yang menyerang tubuh Raja Narai dengan memberi minum air basuhan kaki ketika Puteri Saadong mengambil air sembahyang. Pada masa yang sama sewaktu sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berlaku curang dengan mengahwini Puteri Bunga Sekuntum anak Penghulu Ngah dari Kota Jembal.


Puteri Saadong yang merasakan Raja Abdullah telah mungkir janji akhirnya membawa kepada perkelahian antara keduanya. Dalam perkelahian itu Raja Abdullah telah tercucuk sanggul Puteri Saadong lalu mangkat. Akibat terlalu sedih kerana pengorbanan dan kesetiaanya tidak dihargai, Puteri Saadong telah berangkat meninggalkan istana menuju ke Bukit Marak dan bersemayam di situ




Barisan pelakon antaranya Ammar Asyraf, Ellika Azman, Hairi Safwan, Nouris Hida, Asyiekin, Haddi Al Haq dan ramai lagi. Pementasan yang aku rasa ini sangat terbaik dengan bermula daripada Penyelaras Projek, Penulis Skrip, Pengarah, Penolong Pengarah, Pengurus Pentas, Pengurus Produksi, Pengarah Muzik, Pemuzik, Pengarah Teknikal Lampu, Pengarah Teknikal Audio, Pengarah Tari, Pengurus Logistik, Pereka Prop, Busana, Tatarias, Krew dan Taukey Panggung.  Tahniah juga kepada ASPAGAD, ASTERI, Hasnul Mohd Nasir, Abe Mad AC, Muhamad Kumar dan Fieza Stylo. Pementasan yang terbaik dan aku bangga menjadi anak Kelantan. Semoga kita semua ingat akan pengorbanan Puteri Saadong demi rakyat dan negeri tercinta. 



Jangan lupa untuk Pementasan Semarak Bangsawan 2018 seterusnya seperti yang aku kongsikan di bahagian atas artikel ini. Semoga, kita terus mendukung seni untuk seni dan seni budaya untuk kesejahteraan masyarakat. Sayang Malaysia. 














Maklumat lanjut:

JOM MAKAN SHELL OUT DI OMBAK KITCHEN BUKIT JELUTONG

$
0
0
Jom Makan Shell Out Di Ombak Kitchen Bukit Jelutong | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Beberapa hari lepas aku sempat la singgah Bukit Jelutong selepas balik kerja. Alang-alang satu jalan nak balik rumah aku, maka singgah la makan di Ombak Kitchen ni sekejap. Rasa perut ni dah lama tak pekena makanan seafood yang dihidang secara lambak macam ni. Makan pulak dengan kawan-kawan, lagi bersemangatlah nak makan. 


JOM MAKAN SHELL OUT DI OMBAK KITCHEN BUKIT JELUTONG


Sebelum aku bercerita panjang lagi kisah makanan yang aku makan di Ombak Kitchen ni, satu je aku nak puji, dekorasi restoran ini sangat cantik, kemas dan moden. Pelayan semua sangat friendly dan tempat makan pun sangatlah kemas selain daripada tandas mereka. Satu lagi kat sini kalau nak puas, pakai tangan jer kalau nak makan dan korang akan diberi apron untuk menjaga kebersihan baju korang. 


JOM MAKAN SHELL OUT DI OMBAK KITCHEN BUKIT JELUTONG

15 Sebab Kenapa Aku Singgah Makan Di Ombak Kitchen:

  1. Harga makanan di sini sangatlah berpatutan dan sesuai makan dalam group yang besar. Jimat sikit,hehe.
  2. Terkenal dengan sebagai hub makanan laut import segar dan berkualiti premium di Lembah Klang
  3. Antara menu yang disediakan adalah makanan laut lambat serta hidangan a la carte Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobsters, Rock Lobsters, Ireland Oysters, Hamugari Clams dan banyak lagi sebenarnya.
  4. Makanan yang disediakan di Ombak Kitchen ini adalah hidangan makanan laut segar dari kualiti premium dan disediakan sendiri oleh chef dengan pengalaman lebih tiga dekad dari hotel letop kebabom di ibu kota.
  5. Terdapat 5 sos yang sedap mengikut tekak masing-masing antaranya adalah seperti Ombak Hot Cajun, Dark Chili Chocolate, Zesty Lemon Butter with Cheese, Creamy Tom Yum Sauce dan Buttermilk Sauce.
  6. Terdapat minuman mocktails yang rata-rata, ramai yang sukakan dan sudah semestinya ciptaan daripada Ombak Kitchen dan serius memang sedap dan puas hati!
  7. Paling letop kebabom adalah hidangan akhir iaitu pencuci mult artisan iaitu Rainbow Dessert yang pelbagai rasa. ( Boleh rujuk gambar bawah).
  8. Kalau korang nak tahu, di Ombak Kitchen ni dorang tak goreng atau tak goreng betul-betul snagat tau. Dorang banyak guna teknik didihan atau kukus. Hal ini kerana, chef di Ombak Kichen ini nak kekalkan kesegaran makanan laut dan juicy serta kalau korang nak tahu, Ombak Kitchen ini sangat mementingkan kesihatan, maka mereka memiliki kaedah memasak dengan cara didihan atau kukus.
  9. Ombak Kitchen juga memilih ketam yang segar berbanding sejuk beku kerana ketam yang segar dapat mengekalkan rasa yang segar, isinya manis, juicy dan isinya banyak.
  10. Yes! Di Ombak Kitchen ini juga, mereka menyediakan udang yang super besar dan memang puas hati nak makan. Banyak!
  11. Hamaguri Clams pun ada. Di import jauh dari JAPAN kerana isinya lebih segar dan puas hati nak makan berbanding clams tempatan punya.
  12. Menariknya di Ombak Kitchen ni, memang dorang tak gunakan minyak masak tau. Tapi dorang gunakan mentega kerana ingin menjaga kualiti makanan tanpa campuran bahan perisa sekaligus membahayakan kesihatan.
  13. Kalau korang nak makan di Ombak Kitchen, please sila pilih 3 sos utama yang menjadi pilihan pelanggan iaitu Cajun Seasoning, Old Bay Seasoning dan lain-lain.
  14. Yesss! Nasi dia guna beras wangi dan sedap yang amat sangat.
  15. Selain itu, banyak lagi pilihan minuman dan makanan yang boleh dipilih di sini.

Senarai sos yang wajib korang tahu dimana ada disediakan di Ombak Kitchen:

  • Ombak Hot Cajun - Untuk penggemar rempah yang berani ( yang ni aku tak boleh masuk, sebab aku kurang makan pedas, tapi sedap la jugak)
  • Dark Chili Chocolate - Sos ciptaan Ombak Kitchen dengan resepi rahsia yang tersimpan rapi, pedas-pedas manis dan semestinya kena dengan jiwa rakyat Malaysia. Teringin pulak aku nak rasa sos yang ni.
  • Zesty Lemon Butter With Cheese - Yang ni paling aku suka gila, memang sumpah sedah. Honestly, langsung tak muak sebab dia gabungkan dengan lemon! Memang secukup rasa !
  • Creamy Tom Yum Sauce - Yeah! Rasa tomyam la kan? Mesti hantu tomyam akan pilih yang ni. Rasa! Mesti sedap!
  • Buttermilk Sauce - Kesukaan ramai dan next time aku nak try sos ni pulak.




JOM MAKAN SHELL OUT DI OMBAK KITCHEN BUKIT JELUTONG
Zesty Lemon Butter with Cheese

JOM MAKAN SHELL OUT DI OMBAK KITCHEN BUKIT JELUTONG
Ombak Hot Cajun

JOM MAKAN SHELL OUT DI OMBAK KITCHEN BUKIT JELUTONG
Ombak Hot Cajun

JOM MAKAN SHELL OUT DI OMBAK KITCHEN BUKIT JELUTONG
Zesty Lemon Butter with Cheese

JOM MAKAN SHELL OUT DI OMBAK KITCHEN BUKIT JELUTONG
Ombak Hot Cajun

Pencuci Mulut Artisan Rainbow Dessert



Jadi! Overall, aku memang puas hati dengan makanan dan minuman di Ombak Kitchen serta dilayan sangat baik oleh staf di sana. InshaAllah, nanti next time aku nak bawak family aku pulak makan. Dekat dengan rumah je,hehe..Lagi satu, kalau korang nak datang makan di sini, better booking dulu. Hot seat kot!Hehe



Alamat: 5.G.01, D'Vida Business Centre,
Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-7734 4699
Email: ombakkitchen@gmail.com

BANTAL HOTEL LEYNA BEST DAN HOT ITEM!

$
0
0
Bantal Leyna Best Dan Hot Item | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyyyy! Sejujurnya aku ni seorang yang sangat memilih part bantal tidur. Tak suka bantal yang keras dan kadang lembik pun bukanlah selesa ye untuk tidur. Haritu aku try bantal tidur Leyna ni dan yesss ternyata ianya dapat mengurangkan ketidakselesaan sepanjang baring dan bantal hotel murah ni memang sangat bebaloi. Bukan baring sahaja ya, aku ni sejenis yang cepat letih kalau duduk lama-lama. Lagi-lagi part belakang, memang kadang tu lenguh dia Allahurabbi, penattttt sangat. 




Since aku pakai beli bantal tidur Leyna ni, yes! Ia banyak mengubah aku dari tak selesa kepada selesa dengan cara apapun. Kalau nak tahu, aku ni jugak sejenis suka buat kerja meniarap. Tapi since ada bantal Leyna, aku belajar buat kerja dalam keadaan duduk pastu sendal bantal dekat belakang. Alhamdulillah kurang sikit lenguh belakang aku tu. 


10 SEBAB KENAPA AKU SUKA DENGAN BANTAL LEYNA NI:

  1. Dipenuhi dengan fiber poliester berkualiti tinggi yang selesa pada kepala, leher dan bahu untuk memberikan pengalaman yang cukup terbaik dan selesa.
  2. Kualiti kain yang lembut dan selesa serta corak pada kain ditempah eksklusif mengikut citarasa mewah masa kini.
  3. Zip yang ada juga berada dalam keadaan yang tersorok ditepi bantal.
  4. Isian poliester kalau korang nak tahu, boleh juga dikeluarkan untuk selaraskan ketinggian bantal dan keselesaan masing-masing.
  5. Untuk membezakan bantal original dan tidak original korang boleh tengok samada dibantal tersebut mempunyai label LEYNA-FLENAZ COLLECTION. Sekiranya ada ia bermakna bantal tersebut kekal original dan sebaliknya.
  6. Jahitan piping juga kemas disekeliling bantal untuk menimbulkan lagi seni jahitannya serta nampak kemas.
  7. Saiz bantal LEYNA ni adalah 19 inci x 29 inci
  8. Masa mula-mula korang beli, korang akan dapat bantal yang nipis (boleh refer gambar di bawah) dimana bantal tersebut telah divakum yang bertujuan untuk memudahkan pelanggan membawa pulang bantal tersebut.
  9. Buatan Malaysia
  10. Boleh dicuci menggunakan mesin basuh tau. Tapi kalau nak basuh guna mesin, aku sarankan pergi kedai dobi sebab mesin di kedai dobi boleh laraskan suhu basuhan. Ingat, suhu jangan terlalu panas dan terlalu sejuk, bagi sedang-sedang ya.



Ramai jugak tanya aku, bantal ni tahan berapa lama kan? Kan kadang-kadang bantal yang kita pakai ni sekejap je berubah dari segi rupa bentuknya kan. Kalau bantal LEYNA ni, kualiti dia bergantung kepada penggunaan pembeli ataupun pengguna. Untuk mengekalkan bantal LEYNA ni mudah je wak, tips dia perlu dibasuh, jemur dan keringkan untuk buang hama-hama. Selain itu, sekiranya penggunaan bantal LEYNA ni biasa dan tak terlalu lasak, just basuh 3 bulan sekali cukup dah. Kira dibasuh bila perlu sahaja. Kang basuh selalu punoh la bantal oiiiiii.... Lagi satu, nak bagi bantal LEYNA gebu gebaskan, jangan lupa ketuk-ketuk sikit bantal then kalau boleh jemur bantal di cahaya matahari.



4 KELEBIHAN YANG ADA PADA BANTAL LEYNA:

  1. Tak mudah koyak apabila basuh dengan menggunakan mesin basuh.
  2. Kalau korang nak tahu, sebenarnya poliester ini sangat mudah dibasuh berbanding kekabu yang agak rumit nak basuh. Lelagi part nak keringkan bantal bila dibasuh. Ingat ye, tips nak bagi gebu gebas balik bantal tu, lepas cuci/basuh kena jemur di tengah cahaya matahari tau. Jadi, pilihlah hari yang sesuai untuk basuh bantal korang tu. Hal ini kerana, poliester ini sifatnya ringan. Jadi, disebabkan itulah bantal LEYNA memilih poliester daripada kekabu.
  3. Kain sarung bantal ini tak mudah tetas atau terkoyak tau dan boleh dibasuh menggunakan air panas atau sejuk.
  4. Yesss! Seperti yang aku cakap atas tadi, bantal boleh dibasuh dengan menggunakan mesin dobi seperti di kedai dobi tu haaaa....




Yessss! Bantal LEYNA ini juga sesuai dijadikan perhiasan di kerusi sofa kerana rekaan yang mewah dan sesuai sebagai perhiasan juga. Ingat tau korang, masa basuh bantal ni perlukan pengeringan yang betul supaya tiada penggumpalan pada isi bantal. Jadi keringkanlah dengan betul dan kalau boleh dibawah cahaya matahari yang terik, haaaaa...Jadi, kat mana nak beli bantal hotel supaya tidur terus lena dan selesa? Bantal ala hotel ni korang boleh klik link di bawah ini.




PENGALAMAN SCALLING GIGI DI KLINIK PERGIGIAN QASEH DENTAL

$
0
0
Pengalaman Scalling Gigi Di Klinik Pergigian Qaseh Dental | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masuk bulan 9 je aku mesti gelabah bila terlajak beberapa bulan untuk jumpa doktor gigi. Kalau korang pengikut blog mek onie ini, dah tentu korang tahu aku ni seorang pengguna gigi crowning dimana 2 batang gigi aku telah disarungkan. Sedih bila teringat kisah silam sewaktu sebelum pakai gigi crowning. Macam-macam tempias dan ejekan aku kena. Start dari situ, aku kuatkan hati untuk berjumpa doktor gigi. 


Kalau korang nak baca kisah gigi crowning boleh klik link bawah ni ya, hampir 50,000 pembaca telah baca kisah aku di entri tersebut dengan 88 komen dan beratus email dan sms aku terima untuk kongsikan kisah crowning aku tu, jadi inilah entrinya:
(p/s: sorry, gambar banyak hilang,sedihhhhhhh)


So, sejak aku pakai gigi crowning tu, aku dah tak takut dengan doktor gigi pun. Every 3 months aku akan follow up dengan doktor gigi. Kalau korang nak tahu, aku ni sebenarnya tengah follow up di salah satu Klinik Kerajaan dan juga Klinik Gigi Swasta. Untuk entri kali ini, aku nak kongsi pengalaman aku sewaktu ke Klinik Pergigian Qaseh Dental di mana klinik ini adalah klinik swasta yang rata-rata korang tahu harganya lebih mahal dari klinik gigi kerajaan. 


Bagi aku, banyak pro and cons bila kita pergi kedua-dua klinik ini dan aku sedang laluinya. Masing-masing ada pendapat sendirikan. 




Pertama kalinya aku datang ke Klinik Pergigian Qaseh Dental ini adalah kerana untuk berjumpa dengan doktornya sendiri, macam-macam ilmu aku dapat sewaktu tiba untuk kali pertama di klinik gigi ini dan ternyata first impression aku terhadap dr yang akan merawat aku adalah seorang yang sangat memahami pesakitnya, peramah, lemah lembut dan helpful. The things yang aku rasa susah gila nak cari doktor gigi yang betul-betul nak merawat pesakitnya. Kalau korang nak tahu, dengan dr.huda (tengok gambar atas) inilah aku mendapatkan rawatan dan consultation. Sangat seronok bila mendengar part gigi.


Aku kenal dr.huda dan Klinik Pergigian Qaseh Dental ini pun dari sorang member aku dan dia cerita seronok katanya. Maka aku dari Puncak Alam pun gigih menapak ke Bangi semata-mata nak jumpa dr.huda dan nak buat rawatan di  Klinik Pergigian Qaseh Dental. Kalau korang nak tahu jugak,  Klinik Pergigian Qaseh Dental ini adalah kepunyaan dr.huda sendiri. Hebatkan? U deserve it dr.huda.


Di sini sebelum aku cerita panjang lagi,adalah baiknya kalau aku berkongsi sedikit informasi berkenaan gigi dan juga  Klinik Pergigian Qaseh Dental ini:-
  1. Penggunaan ubat gigi yang mempunyai kandungan fluorida ini sangat baik kerana dapat mengelakkan kehadiran karies pada gigi malah dapat kurangkan kerosakan gigi. Fluorida ini adalah mineral yang mampu mencegah kerosakan gigi. Jadi, amalkan ketika usia muda dan sesuai untuk kanak-kanak juga. 
  2. Pemilihan berus gigi pun sangat penting dan aku sekarang memang banyak guna bulu yang halus (brand systema, a bit pricey) dan soft.
  3. Kalau korang nak tahu, gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadinya, gula ini boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubi. Oleh itu, amalkan gosok gigi selepas makan makanan yang mengandungi karbohidrat.
  4. Amalan penjagaan gigi ini sebenarnya sangat mudah dan antaranya adalah jaga gigi dengan berus gigi yang sesuai, flos gigi selepas makan terutama makanan yang mudah terselit dicelahan gigi, kurangkan gula dan amalkan jumpa doktor setahun 2 kali untuk cuci gigi/scalling gigi. 
  5. Mouth wash (pencuci mulut) sebenarnya tidak digalakkan untuk diguna kerana kandungan bahan aktif antiseptik tidak bertindak secara berkesan dengan kehadiran buih yang dihasilkan oleh ubat gigi. Jadi kurangkanlah penggunaan mouth wash dan lebihkan pada berus gigi seperti biasa.
  6. Bagi mereka yang mempunyai masalah dengan gigi bongsu yang belum naik lagi, ia mempunyai beberapa side effect dimana mungkin boleh menyebabkan pesakit akan sakit dan mulut membengkak selama 3 hari selepas pembuangan gigi bongsu. Untuk pengetahuan semua, pembuangan gigi bongsu ini boleh menyebabkan susah untuk membuka mulut dan ini kerana ia mempunyai hubungan dengan urat saraf di bahagian gigi bongsu (boleh google untuk maklumat lanjut).
  7. Untuk rawatan di Klinik Pergigian Qaseh Dental  ini, dr.huda atau beberapa doktor termasuk doktor pakar juga akan bertanya sekiranya pesakit mempunyai alahan ubat atau ada sakit kronik supaya proses rawatan gigi tidak terganggu dan terjaga. 
  8. Pernah dengar implant tak? Kalau pernah, rawatan implant ini menggunakan titanium dan langsung tidak nyilukan gigi serta sesuai untuk tulang di sekitar gigi agar tulang gigi tidak beralih atau berada dalam kedudukan kedalaman (bayangkan gigi nenek atuk kita). Kira implant ini, more to support our teeth yang asal supaya tiada peralihan gusi dan a bit pricey.
  9. Part paling menarik di Klinik Pergigian Qaseh Dental  ini adalah, pesakit akan diberi pakai headphone dan dipasangkan lagu sepanjang rawatan dibuat. Hal ini adalah kerana, untuk mengurangkan perasaan nervous dan takut pesakit sepanjang rawatan. Memang enjoice!
  10. Free consultation oleh dr.huda akan diadakan setiap hari rabu. Jadi bagi sesiapa yang perlukan khidmat dr.huda untuk gigi kesayangan itu, jadi datanglah hari rabu untuk FREE CONSULTATION. Bagus wehhhhh! Free je. 
  11. Klinik Pergigian Qaseh Dental  ini dibuka pada setiap hari bermula 10 pagi hingga 8.30 malam kecuali ahad bermula 10 pagi hingga 6 petang.




Phewwwwwww itu baru intro, sebenarnya aku sangat teruja dengan Klinik Pergigian Qaseh Dental ini kerana di sini korang boleh tengok keadaan gigi korang yang sebenar. Doktor pun tak ganas, setengah doktor gigi kadang aku ada dengar cerita ganas. Dah orang takut nak jumpa doktor gigi. Tapi alhamdulillah, sekarang ni memang aku banyak jumpa doktor gigi yang baik-baik.




Paling terkejut bila aku tengok keadaan gigi aku yang sebenar. Okay mengikut sesi consultation bersama dr.huda, ini adalah:

Gambar atas kiri: Kurang karies pada gigi dan ini membanggakan aku.

Gambar atas kanan : Kan aku ada share atas tadi dimana aku tengah ada follow up dengan klinik kerajaan dan aku ceritakan all situasi aku sebenarnya dan dr.huda suggestkan aku teruskan dengan rawatan di klinik kerajaan tu. Sebab untuk kes ini aku tengah buat rawatan akar gigi, tapi tampalan dia dah tercabut,haha.. Maklumlah, gigi gerahamkan gigi untuk mengunyah. Jadi selepas setel rawatan akar aku tu, dr.huda suggestkan untuk aku pakai crowning kerana lubang dia terlalu besar dan tak sesuai untuk tampalan. Okay kechinggggggggg! duit marilah dikau,haha

Gambar bawah kiri: Ada gigi pecah dan tampalan aku berjuta kali dah tercabut. Pun dr.huda suggestkan untuk aku pakai crowning pada gigi tersebut selepas rawatan akar sekiranya keadaan gigi tersebut teruk. Ada gigi bertindih dan inshaAllah aku akan buat temujanji di Klinik Pergigian Qaseh Dental kemudian. Sekarang busy je weh, stress yakmat!


Jadi, seronok weh datang ke Klinik Pergigian Qaseh Dental ini. Rasa taknak balik sebab nak tengok gigi kita puas-puas. Klinik Pergigian Qaseh Dental ini dikendalikan oleh Doktor Norhuda Daud yang menawarkan rawatan pemutihan gigi, rawatan estetik pergigian seperti pemasangan braces, tampalan gigi hadapan sewarna dan juga crown and bridge (gigi sarung). 


Seronoknya Klinik Pergigian Qaseh Dental ini, ia dibuka setiap hari termasuk cuti kelepasan am (secara temujanji) dan harganya juga cukup kompetitif. Boleh juga buat sebut harga dulu sebelum menerima rawatan selanjutnya dan jangan risau tiada cas tersembunyi di akhir rawatan. Bukan itu sahaja, di Klinik Pergigian Qaseh Dental ini juga disediakan wifi dan air minuman percuma demi pelanggan yang disayangi. Inikan doktor gigi yang kita nak?hehe..




Disebabkan masa hari aku scalling tu aku macam berminat nak cabut gigi geraham bertindih tu, tiba-tiba dr.huda tanya aku selepas cabutan gigi tersebut esokkan hari ada apa-apa program tak? Sebab takut lambat nak healing. Then, aku cakap la aku busy pastu dr.huda suruh booking apointment lain pulak. Actually, gigi bertindih tu better buang supaya kehadiran karies itu tidak terjadi. Maklumlah payah nak gosok celah tersembunyi itu,huhu.




Masa sesi consultation tu, aku cerita yang aku ni memang gosok gigi 3 kali sehari then dr.huda terkejut sebab teruja aku gosok gigi 3 kali sehari. Yesssss, since aku ni pemakai gigi crowning dan ada beberapa gigi yang bermasalah, makanya part penjagaan gigi tu aku sangat titikberatkan dan yessss, aku takde karies pada gigi, cuma ada beberapa gigi sahaja ada.


SEKARANG TENGAH ADA SALE RM50 UNTUK SCALLING/CUCI GIGI. JADI JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA SEBAB PROMOSI INI AKAN BERAKHIR PADA 30 SEPTEMBER 2018.



Bersama rakan blogger Ahmad Fauzi Aryaan dan Dr.Huda

LATAR BELAKANG DOKTOR NORHUDA DAUD:-

Doktor Norhuda menerima Ijazah Doktor Pergigian (Doctor of Dental Surgery, DDS) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 11 Ogos 2007. Kemudian beliau berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Sembilan selama 3 tahun. Pada tahun 2010, beliau menubuhkan Klinik Pergigian Qaseh Dental di Bandar Baru Bangi. Doktor Norhuda atau Doktor Qaseh boleh dihubungi pada bila-bila masa menerusi saluran media sosial seperti:



ALAMAT:
21 GF Seri Bangi,
Jalan 8/35, 
Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi, Selangor

No.Telefon: 03-89127609 / 013-992 7609

FESYEN.INSTA KINI DI HURR.TV

$
0
0
Fesyen.Insta Kini Di Hurr.Tv | Bagi gadis-gadis di luar sana yang sukakan fesyen, kini tibalah masa untuk korang sendiri melihat apa itu Fesyen.Insta yang akan ditayangkan di hurr.tv bermula 31 Julai 2018 lalu sehingga 2 Oktober 2018 setiap jam 5 petang. Bagi mereka yang mencari tips bergaya yang trendy dan mengikut masa terkini, inilah peluangnya untuk melihat sendiri program fesyen dan beli-belah online terutama bagi hijabista moden setiap selasa di hurr.tv. Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv juga telah memperkenalkan sebuah program fesyen dan beli-belah online iaitu Fesyen.Insta, khususnya untuk hijabista yang menginginkan gaya Muslimah yang modest dan stylist.






Jujur aku cakap, program sebegini sebenarnya adalah sangat bagus untuk mereka yang tercari-cari terutama panduan berkenaan berfesyen. Untuk pengetahuan semua, rancangan Fesyen.Insta ini menampilkan beberapa buah butik  menjual pakaian atau aksesori yang menepati citarasa gaya hijabista serta mereka yang ingin kelihatan elegan, bergaya dan selesa. Program yang merangkumi 8 episod ini dihoskan oleh 2 orang instafamous tak lain tak bukan iaitu Sharifah Rose dan Tasnim Shah. 


FULL VIDEO : EPISOD 6 WITH SOFEAROSE | EPISOD 7 WITH MINIMALACE
JOM BELI DI SHOP.HURR.TV


Setiap episod program ini, Sharifah dan Tasnim secara bergilir-gilir akan melawat butik fesyen terpilih yang menjual pakaian serta aksesori sesuai untuk diperagakan bagi wanita yang inginkan inspirasi dari segi berfesyen dan dalam masa yang sama kesopanan dikekalkan serta membuat si pemakai selesa dengan gayanya.





Antara butik yang dilawati kedua-dua hos rancangan ini adalah Miss Lily Shop, Muslimah4U, Arco.my, Calaqisya, Ameera Zaini, Sofea Rose dan Minimalace. Kesemua butik yang mereka pergi ini adalah butik kesukaan aku juga terutama Miss Lily Shop yang sering berkongsi gambar pembeli di platform instagram mereka sekaligus memberi inspirasi kepada gadis di luar sana.




Setiap episod juga menampilkan hos yang akan menggayakan beberapa koleksi pakaian dan aksesori mengikut tema daripada butik fesyen berkenaan bagi memberi peluang kepada penonton untuk melihat sendiri rekaan yang dijual. Hos akan turut berkongsi tips 'do's & don'ts' sebagai panduan antaranya bagaimana untuk tampil lebih bergaya dan berkeyakinan dengan cara mix & match dan paling penting tidak tersalah pilih gaya berfesyen. Penonton juga boleh beli di laman web Beli@hurr.




Pengenalan tentang Program Fesyen.Insta:


  1. Merupakan program panduan fesyen untuk hijabista dimana sesuai dengan wanita islam moden yang ingin tampak bergaya dan tetap menjaga kesopanan mereka.
  2. Menerusi kerjasama dengan butik-butik fesyen terpilih ini, penonton juga boleh mendapatkan pakaian serta aksesori yang ditampilkan dengan harga yang berpatutan di laman web Beli@hurr. 
  3. Episod ke-6 yang disiarkan minggu lalu menampilkan butik Sofea Rose yang menawarkan 'custom-printed shawl' sementara episod ke-7 bersama Tasnim Shah membawa penonton ke butik Minimalace yang mempunyai busana perkahwinan yang elegan dan feminin bermula dengan harga RM400. Di episod ke-8 pula, rancangan Fesyen.Insta ini akan ditayangkan pada 2 Oktober 2018, dimana episod terakhir rancangan Fesyen.Insta ini serta akan membawa penonton ke Butik Qhaleesaa.
  4. Untuk makluman semua, sepanjang bulan oktober ini, Kempen Jualan MurMur #FesyenInsta akan berlangsung di mana pakaian dan aksesori dari empat butik pakaian termasuk MissLilyShop, Ameera Zaini, Calaqisya dan Arco.my boleh didapati di laman web Beli@hurr.tv yang menawarkan diskaun sebanyak 15% serta bestnya penghantaran adalah percuma wak.
  5. Pembeli juga berpeluang memenangi 2 pasang tiket wayang GSC setiap minggu di bulan Oktober sekiranya jumlah pembeliannya melebihi RM100 dan nama pemenang akan diumumkan pada hujung bulan Oktober 2018.


Jangan lupa juga untuk muat turun aplikasi hurr.tv di pautan google store atau apps store untuk tengok rancangan Fesyen.Insta. Yuhuuuu :D


BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS

$
0
0
Bersihkan Muka Dengan NION BEAUTY Opus Express | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yuhuuu! Sebenarnya aku seorang yang sangat cerewet bila sentuh bab muka terutama dalam pembersihan muka. Untuk pengetahuan semua, bagi sesiapa yang mencari peranti yang bertujuan membersihkan muka secara mendalam dan boleh membuatkan kulit muka sentiasa glowing yes, korang kena baca entri ini sampai habis. Actually, memang dah banyak drugstore yang menjual device untuk membersihkan muka tetapi harganya jauh lebih mahal daripada yang lain dan ya NION BEAUTY Opus Express ini harganya adalah sangat reansonable dan semua orang pun boleh membelinya.


Nion Beauty Opus Express

NION BEAUTY Opus Express



Sebelum aku bercerita panjang, NION BEAUTY ada menyediakan peranti pembersihan kulit muka dimana syarikatnya berpangkalan di Amerika Syarikat juga dibangunkan oleh pasukan daripada Amerika Syarikat dan Korea yang menggabungkan 'Japan cutting-edge Technology'. Peranti pembersihan NION BEAUTY dilengkapi dengan 'Kinetic Skin Cleansing' dan 'S-ION Technology' yang menjadikan jenama NION BEAUTY ini berbeza dengan jenama lain. Sistem pembersihan yang menggunakan konsep kinetik ini menggunakan tenaga getaran untuk membuang kotoran yang ada pada muka sekaligus membuatkan kulit muka tampak bersih dan lembut.


BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS

Nama Produk: NION BEAUTY Opus Express
Harga: RM187.90

Jangan pelik kerana NION BEAUTY Opus Express ini menggunakan mekanisme getaran yang lembut untuk menghilangkan kotoran, pencemaran tanpa membuatkan kulit muka kering malah dapat mengekalkan kelembapan pada kulit muka. Teknologi S-ION ini merujuk kepada campuran silikon getah dan turmalin (tourmaline) yang boleh menghasilkan ion negatif untuk memberi manfaat kepada kulit kita. Ion-ion negatif ini berfungsi seperti magnet kecil yang melekat pada toksin alam sekitar yang berisiko positif (kotoran) pada kulit dan mampu mewujudkan elemen yang berat bertujuan untuk senang dibasuh/dicuci.


BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS


Bila Teknologi S-ION bergabung dengan Kinetic Skin Cleansing:
  1. Secara semulajadi dapat menghasilkan negatif ion.
  2. Meneutralkan toksin alam sekitar.
  3. Membersihkan lagi kulit muka secara mendalam dan meremajakan kulit.
  4. mampu provide natural glow tanpa ada kesan sampingan pada kulit muka.
  5. Meningkatkan kulit muka yang tegang.
  6. Kulit akan lebih lembut dan licin.

BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS


Kenapa menggunakan silikon adalah TERBAIK?
  1. Lebih tahan lama berbanding getah
  2. Tahan daripada kewujudan kulat dan bahan kimia
  3. Tahan terhadap sinaran UV dan haba
  4. Ketahanan yang luar biasa
  5. Bulu tidak akan melekat
  6. Sesuai untuk kulit muka.
  7. Bertahan sehingga jangkamasa sekurang-kurangnya 250 jam

BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS


Dalam produk NION BEAUTY ini terdapat produk seperti:
  1. Opus Renew (Eye Pad) - RM64.90
  2. Opus 2Go (For Travel) - RM140.90
  3. Opus Express - RM187.90
  4. Opus Daily - RM319.90
  5. Opus Luxe - RM470.90
  6. Opus Elite - RM621.90


NION BEAUTY Opus Express ini menawarkan nilai yang tiada tandingan dan pelbagai ciri inovatif, Opus Express ini adalah merupakan pembersih muka yang kita semua wajib ada untuk membersihkan kulit muka lebih bersih. Percayalah, dengan teknologi S-ION dan Kinetik ini ianya mampu membersihkan kulit muka dengan baik dan membuatkan kulit muka sentiasa lembap tanpa meninggalkan kesan sampingan yang tidak diingini. Sesuai juga untuk dihadiahkan kepada sesiapa yang inginkan satu kelainan dan membuatkan seseorang itu sentiasa akan ingat di atas pemberian kita.


Ciri-ciri yang ada pada NION BEAUTY Opus Express ini adalah:
  • 3 kelajuan Kinetic Skin Cleansing Vibration.
  • S-ION Technology silicone tip
  • Mudah dicuci selepas digunakan
  • Selamat digunakan semasa mandi dan terkena air
  • Digunakan bersama 2 bateri bersaiz AA (tidak termasuk bateri semasa beli produk ini)
  • Mempunyai 2 warna iaitu putih dan pink

BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS



Cara menggunakan NION BEAUTY Opus Express ini seperti:
  1. Tanggalkan penutup bateri dibahagian bawah produk Opus Express mengikut arah jam.
  2. Masukkan 2 bateri bersaiz AA.
  3. Tutup penutup bateri sehingga betul-betul ditutup rapat supaya air tidak masuk.
  4. Tekan butang on dibahagian badan peranti ini mengikut kesesuaian masing-masing dimana kelajuan terdiri daripada High,Medium, Low dan OFF.
  5. Basahkan muka dengan air dan gunakan produk pencuci muka kesukaan korang.
  6. Basahkan permukaan bulu silikon Opus Express dengan air suam.
  7. Biarkan Opus Express ratakan pembersih muka pada muka dalam pergerakan bulatan selama 1 - 2 minit. Untuk penggunaan pertama kali, digalakkan untuk menggunakan selama 3 minit untuk pembersihan yang mendalam.
  8. Bilas muka dan rasai sendiri hasilnya. Muka akan jadi lembut, lembap, bersih dan bersinar. 


BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS

Nama Produk: NION BEAUTY Opus 2Go
Harga: RM140.90 ( 3pc/pack)

Bagi yang selalu travel, yes aku sarankan untuk beli satu NION BEAUTY Opus  2Go. Mempunyai konsep yang sama seperti Opus Express yang wajib ada untuk produk kecantikan untuk mana-mana trip. Mudah di bawa dan hasil yang sangat mengujakan. Mempunyai 3 jenis warna iaitu putih, pink dan biru. Selamat digunakan semasa mandi, mudah dibersihkan, pakai buang dan sangat sesuai dibawa kemana sahaja.


BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS

BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS

BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS

BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS

BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS

BERSIHKAN MUKA DENGAN NION BEAUTY OPUS EXPRESS


Komen aku tentang NION BEAUTY Opus Express:

First aku pegang NION BEAUTY Opus Express ini aku sangat impress dengan rekaan yang selesa dipegang dan semasa pakai. Teknologi S-ION dan Kinetik ini membuatkan kulit muka selepas pembersihan sangat bersih, lembut dan dapat mengekalkan kulit muka yang lembap. Harganya juga mampu milik dan seronok dipakai. So sekarang ni kalau kemana-mana memang aku bawak Opus Express atau Opus 2Go untuk bersihkan muka. Maklumlah bila melancong 


Produk boleh dibeli di:

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

$
0
0
Pengalaman Menginap Di Resorts World Kijal, Terengganu | Alhamdulillah, akhirnya aku berpeluang untuk menginap di Resort World Kijal dan aku dapat bilik yang super comfy and seaview! Kebetulan datang Resorts World Kijal hujung minggu memang dapat release tension lelagi bila berada di kesibukan kota. Sejujurnya, first time aku sampai di Resorts World Kijal ini, hati aku cukup tenang. First thing first, aku mengambil peluang selama berada di Resorts World Kijal ini aku akan membuat aktiviti luar iaitu team building bersama rakan-rakan dan aktiviti bersama penyu iaitu melihat cara penyu menetas, menanam telurpenyu dan melepaskan penyu. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Jadi perjalanan aku ke Resorts World Kijal ini bermula daripada Wisma Genting, Kuala Lumpur terus menaiki kenderaan yang disediakan. Perjalanan ini bermula jam 7 pagi dan sampai sekitar jam 1 tengahari. Actually kalau gerak naik kereta sendiri cepat je sampai. Tapi ini adalah FAM Trip yang dianjurkan oleh Resorts World Genting. Yuhuuuu, apapun terima kasih Resorts World Genting kerana sudi menjemput diri ini. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Setibanya kami di Resorts World Kijal ini, kami disambut meriah oleh pihak Resorts World Kijal beserta tarian daripada Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh yang terletak di Kemasek, Kemaman, Terengganu. Tahniah buat adik-adik dan cikgu-cikgu kerana sudi mempersembahkan tarian kebudayaan pada kami semua yang hadir tempoh hari. Semoga terus maju jaya.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Masing-masing kepenatan dan kami telah diberi bilik yang super selesa dan besar. Bilik yang aku stay haritu adalah premier room dan memang menghadap ke laut. Korang tahu tak, betapa happynya aku bila dapat bilik yang menghadap laut. Susah tau nak dapat view macam tu lagi-lagi bila stay di hotel yang biliknya sentiasa penuh. Jadi rezeki di situ, hehe..


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Sebelum itu, kami menjamu selera di Restoran Kampong Meraga Beris yang dihidangkan di atas sampan dan pelbagai menu tempatan disediakan di Restoran ini. Semua makanan puas hati dan bagi sesiapa yang mencari nasi dagang silalah makan di sini.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Untuk bilik premier room (sea view) tu aku memang puji sebab semuanya sangat mencukupi. Antara kelengkapan yang disediakan adalah Televisyen yang mempunyai pelbagai rancangan, Free Wifi line yang berdesup laju, teh dan kopi 2 dalam 1 penghibur hati, pengering rambut dan  alat mandian, Air cond dan kipas siling disediakan, katil yang super besar, Peti sejuk mini, Air mineral dikala kehausan,  peti keselamatan (electronic safe), Baby cot pun boleh dimohon sekiranya diperlukan. Bagi aku, bilik yang aku stay haritu memang cukup selesa kalau nak tidur seorang atau berdua. Sesungguhnya lagi selesa bila bilik aku menghadap laut yang cukup menenangkan hati, (gituuuuuuu,hehe). 


Selepas daftar masuk hotel, aku dan rakan lain bersiap untuk aktiviti luar seterusnya. Aktiviti ini dinamakan sukaneka antaranya menarik upih, membawa bola dipeha, mengukur buah kelapa (nyo) memancing botol air dan pelbagai lagi yang membuatkan aku teringat kembali akan zaman kanak-kanak. Untuk pengetahuan semua, terutama bagi yang syarikat yang suka adakan team building aku sarankan juga untuk cuba di Resorts World Kijal ini. Selain itu juga, boleh dijadikan sebagai aktiviti semasa hari keluarga. Aktiviti sebegini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Part paling tak boleh lupa adalah permainan menarik upih,bhahaha... Kelakar yang amat.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Di Resorts World Kijal ini juga terdapat beberapa kategori aktiviti yang terbahagi kepada iaitu Rediscover Leisure dan Rediscover Adventure. Untuk aktiviti Rediscover Leisure ini kemudahan rekreasi dan fasiliti yang telah disediakan di Resorts World Kijal. Bagi aktiviti Rediscover Adventure ini pula adalah aktivti yang sangat bermakna terutama bagi mereka yang ingin melihat cara hidup dan budaya tempatan sekitar Resorts World Kijal. Kesemua aktiviti ini sebenarnya korang boleh runding dengan pihak RWK untuk aktiviti yang ingin dilakukan. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Antara aktiviti Rediscover Leisure seperti:

  • Jungle trekking dan aktiviti berhalangan.
  • Menunggang basikal
  • Kolam renang
  • Jakuzi dan sauna di sekitar kolam renang 
  • Bersukan dalam air (water polo), bola keranjang dan bola tampar
  • Tenis (meja tenis ada disediakan)
  • Aktiviti memanah
  • Pusat Kecergasan yang menyediakan peralatan cukup lengkap
  • Snuker
  • Taman permainan kanak-kanak dalam dan luar yang turut disediakan.

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Antara aktiviti Rediscover Adventure seperti:
  • Berjalan di sekitar bandar dan kampung berdekatan dengan Resorts World Kijal
  • Melawat di perkampungan nelayan dan pasar malam
  • Melihat kelip-kelip di waktu malam
  • Melihat penyu (bermusim dan bermula dari bulan februari hingga september)
  • Durian trip (bermusim juga)

Di Resorts World Kijal ini juga terdapat aktiviti bermain golf yang mempunyai harga tersendiri dan lubang golf di sini juga mempunyai 18 lubang golf. Untuk aktiviti golf ini juga orang awam boleh bermain dan harga mengikut hari serta jumlah lubang golf samada 9 lubang golf atau 18 lubang golf.


Setelah selesai segala aktivti bersukaneka tadi, kami diberi masa untuk ke sesi makan malam di Oasis Beach Bistro yang terletak betul-betul di persisir pantai Kijal. Sambil makan kami boleh menikmati keindahan Pantai Kijal serta dendangan lagu yang dinyanyikan oleh live band. Untuk Oasis Beach Bistro ini akan dibuka bermula jam 3pm sehingga 12.00am setiap hari. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Selepas kami menjamu selera di Oasis Beach Bistro tadi kami telah dibawa ke Pantai Teluk Mak Nik sekitar Kemaman, Terengganu dimana dahulunya dikenali sebagai Monica Bay dan jaraknya lebih kurang 25 kilometer dari Resorts World Kijal. Tujuan aku dibawa ke sini adalah untuk melihat sendiri penyu-penyu mendarat dan bertelur di tempat mereka mula dilepaskan pada berpuluh tahun penyu meninggalkan darat. Kebiasaannya penyu akan naik semula ke darat sewaktu tiba musim bertelur dan penyu ini akan mendarat di sekitar pantai di Terengganu atau Pahang sahaja. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

Menurut Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Pusat Konservasi Penyu Rantau Abang, pantai yang kerap penyu mendarat untuk bertelur adalah:

  • Pantai Telaga Papan, Setiu
  • Pantai Bukit Cakar, Paka
  • Pantai Ma Daerah, Kerteh
  • Pantai Rantau Abang/Kuala Abang
  • Pantai Teluk Mak Nik,Kemaman (dahulu dikenali Monica Bay)

Di sinilah penyu-penyu akan mendarat dan kebiasaannya untuk melihat penyu ini mendarat adalah sekitar jam 11.30 malam dan kami tidak ada rezeki untuk bertemu dengan penyu sewaktu kami ke Pantai Teluk Mak Nik,Kemaman pada 22 September 2018 yang lalu. InshaAllah mungkin rezeki seterusnya. Pelbagai jenis spesis penyu yang terdapat di dunia dan antara penyu yang kerap mendarat di Malaysia adalah Penyu Belimbing, Penyu Karah, Penyu Lipas dan Penyu Agar. Kesemua penyu ini mempunyai saiz yang berbeza dan rupa bentuk cengkerang yang berbeza mengikut spesis.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Apapun, malam tu kami tak dapat tengok pun penyu mendarat namun aktiviti menanam telur penyu dan melepaskan telur penyu diteruskan keesokan harinya. Satu pengalaman yang luar biasa dan pertama kali aku melepaskan penyu di lautan yang luas. Tak boleh bayangkan bagaimana anak penyu boleh survive dengan kehidupan yang cukup luas sedangkan masih anak penyu lagi.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU


Selepas sesi melepaskan anak penyu, kami diberi peluang untuk menanam anak pokok kelapa di persisiran pantai. Bagus aktviti seperti ini sebenarnya dan semoga usaha memulihara dan mencantikkan pantai di sekitar Resorts World Kijal ini diteruskan. Tahniah buat team Resorts World Kijal. 


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

Hampir sejam kami membuat aktivti menanam telur penyu, melepaskan anak penyu di lautan dan menanam anak pokok kelapa di persisir pantai Resorts World Kijal ini kami meneruskan pula aktiviti melawat ke perkampungan nelayan dan Pantai Penunjuk di sekitar Kijal. Cantik dia tak terkata dan rasa macam taknak balik je. Melihat awan biru, tutur kata orang di sana membuatkan hati ini kuat berkata sayangkan akan Negeri Terengganu dan indahnya negeri ini.


PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

PENGALAMAN MENGINAP DI RESORTS WORLD KIJAL, TERENGGANU

Cara nak ke Resorts World Kijal ini ada 2 cara iaitu melalui udara atau darat:


UDARA:

Dari Kuala Lumpur:

- Turun di Lapangan Terbang Kuantan mengambil masa selama 50 minit ke RWK
- Turun di Lapangan Terbang Kuala Terengganu mengambil masa selama 1 jam ke RWK
- Turun di Lapangan Terbang Kerteh mengambil masa selama 1 jam ke RWK


DARAT:

Dari Kuala Lumpur:
- Melalui Lebuhraya Pantai Timur mengambil masa selama 3 jam ke RWK
- Melalui Lebuhraya Karak mengambil masa selama 5 jam ke RWK (352km)

Dari Johor Bahru:
- Melalui Lebuhraya Pantai Timur mengambil masa selama 6 jam ke RWK (407km)

Dari Tangkak:
- Melalui Tangkak - Segamat - Kuantan mengambil masa selama 7 jam ke RWK (379km)

Dari Kuantan:
- mengambil masa selama 1 jam 20 minit ke RWK

Dari Cherating:
- mengambil masa selama 30 minit ke RWK

Dari Kuala Terengganu:
- mengambil masa selama 50 minit ke RWK

Dari Kerteh:
- melalui Lapangan Terbang Kerteh mengambil masa selama 20 minit ke RWK




Apapun, pengalaman menginap di Resorts World Kijal ini sangat seronok dan pemandangan yang cantik ini membuatkan aku akan kembali semula ke Resorts World Kijal satu hari nanti. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Korang dah pernah menginap di Resorts World Kijal? Best tak? Kalau yang belum, yes aku sarankan untuk korang menginap di sini. Confirm tak menyesal.


KOMEN AKU TENTANG RESORT WORLD KIJAL:

Makanan: 4.5 / 5 
Bilik: 5 / 5
Servis: 4.5 / 5
Fasiliti: 4.5 / 5


KM 28, 24210, Jalan Kemaman,
Dungun, Kampung Meraga Beris,
24100, Kijal Terengganu, Malaysia

CANTIK BERSAMA UFORA

$
0
0
Cantik Bersama UFORA | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Finally! Dalam kesibukan aku, masih lagi sempat curi masa untuk kemaskini blog kesayangan aku ni. Actually, aku telah dapat jemputan ke majlis pelancaran produk UFORA kira-kira 2 minggu lepas dan balik dari majlis pelancaran aku dapat perkhabaran berita yang tidak menggembirakan di kampung maka kami sekeluarga buat keputusan untuk pulang ke kampung kelantan selepas aku balik dari majlis pelancaran ini. Sesungguhnya penat tu Allah je tahu sebab siang aku bekerja,malam pulak aku curi masa untuk memenuhi jemputan ke majlis pelancaran produk UFORA ini dan alhamdulillah,aku diberi kesempatan untuk berkongsi tentang produk yang baru dilancarkan dipasaran dan rata-rata aku yakin, korang pun ada dengar iklan produk UFORA ini di radio Suria.FM kan? Jadi inilah dia produknya dan aku sangat gembira kerana dapat mengenali produk ini lebih mendalam.


CANTIK BERSAMA UFORA


Sebelum aku bercerita panjang, sudilah kiranya untuk aku war-warkan bahawa produk UFORA ini telah mendapat kelulusan KKM dan selamat digunakan. Apa yang buat aku tertarik dengan produk ini adalah pelancaran 3 produk yang terbaharu iaitu Facial Foam, Sunscreen dan Night Serum serta produk promosi ini didatangkan juga bersama 3D Blend Puff dengan harga RM139 untuk Semenanjung Malaysia dan RM149 Sabah/Sarawak yang kini telah mendapat sambutan tinggi di pasaran.


CANTIK BERSAMA UFORA


Ini adalah set penjagaan kulit muka UFORA yang didatangkan dengan 3 produk seperti Facial Foam, Sunscreen dan Night Serum serta setiap pembelian set ini, pembeli akan mendapat 1 3D Blend Puff.


CANTIK BERSAMA UFORA


3D Blend Puff | Untuk pengetahuan semua, 3D Blend Puff ini memang memuaskan hati setiap pembeli set penjagaan kulit muka ini kerana blend puff ini sangat lembut dan sewaktu proses blend sunscreen ianya sangat berhasil dan rata. Memang kalau taknak guna tangan, yes 3D Blend Puff ini ada untuk menyelamatkan sewaktu bersolek atau mengenakan sunscreen/foundation supaya solekan terus nampak sekata dan cantik.


CANTIK BERSAMA UFORA


Night Serum | Kelebihan yang ada pada Night Serum ini adalah seperti mencerah kulit, merawat kulit kusam, menanggalkan pori-pori, menanggalkan parut, melembutkan kulit wajah dan menegangkan kulit wajah. Seronoknya, bila sapu night serum ini pada parut dimuka kesannya dapat dilihat 4 atau ke 7 hari. 


CANTIK BERSAMA UFORA


Sunscreen | Kelebihan yang ada pada Sunscreen ini juga adalah mampu untuk menutup cela, perlindungan UVA dan UVB yang efektif, menanggalkan pori-pori, mencerahkan dan meratakan tona kulit muka dan diperkaya dengan vitamin E. Seronoknya sunscreen ini, walaupun didatangkan dengan bekas yang kecil, namun produk ini mampu tahan lama atas cara penggunaan setiap orang.


CANTIK BERSAMA UFORA


Facial Foam | Kelebihan Faciam Foam ini pula adalah dapat membersihkan dan menyegarkan kulit muka, menanggalkan kotoran dan sel kulit mati, mencerahkan kulit, memperbaiki serta mengembalikan seri wajah. Phewww, bila kelebihan facial foam ini ada mengatakan boleh kembalikan seri wajah, yeahhh inilah masa untuk aku cuba sendiri produk facial foam. Kalau korang nak tahu, facial foam ini bila dipicit keluar ianya bukan gel tetapi dia keluar dalam bentuk buih dan that's why produk ini dinamakan Facial Foam. Haaaaaa


CANTIK BERSAMA UFORA

Haaaa, inilah dia 3 jenis produk yang aku ceritakan di atas tadi. Sunscreen untuk kulit aku ni memang agak cerah tapi boleh disapu dalam kuantiti yang nipis dan tak perlu banyak supaya kulit muka tidak nampak pelik dan perbezaan ketara, night serum pula sangat selesa dipakai dan tidak berminyak serta mudah serap ke dalam kulit muka. Orait, nampak tak facial foam tu dia berbuih? Itulah yang aku maksudkan tadi, hehe... 


CANTIK BERSAMA UFORA


Apapun, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Nik Mohd Hilman dan Puan Supina Saupi atas jemputan ke majlis pelancaran produk UFORA ini beberapa minggu lepas dan tahniah juga buat usahawan muda ini atas pelancaran produk penjagaan kulit muka yang terbaharu ini. Semoga UFORA terus dikenali.


Untuk maklumat lanjut berkenaan produk UFORA ini korang boleh rujuk seperti di bawah:

TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS

$
0
0
Tarikan Terbaharu Awana Bio Park, Genting Highlands | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bagi sesiapa yang belum membaca pengalaman aku menginap di Resorts World Kijal, Terengganu tempoh hari silakan baca. ( just klik sini: Pengalaman Menginap Di Resorts World Kijal, Terengganu ) Sejujurnya aku tetap rindu dengan perkampungan Kijal yang sungguh cantik dan tenang. InshaAllah satu hari nanti aku akan sampai lagi. Kali ini, aku berada di Genting Highlands pula yang rata-rata ramai yang belum tahu akan tarikan terbaharu iaitu laluan alam semulajadi terbaharu di Awana Bio Park yang hanya 15 minit berjalan dari hotel. 


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS


Siapa tak suka akan tempat yang sejuk dan hijaukan? Aku yakin, ramai yang akan ke Genting Highlands untuk tenangkan fikiran dengan alam semulajadi yang terbentang kehijauan tanpa membuatkan pelancong yang akan datang ke sini langsung tidak akan jemu. Kali ini, seperti yang aku perkatakan di perenggan atas, Resort World Genting memperkenalkan laluan alam semulajadi terbaharu iaitu Awana Bio Park yang terletak di Genting Highlands. Para pelancong yang datang ke Genting Highlands sila jangan lepaskan peluang dimana mereka sendiri boleh meneroka dan menikmati keindahan alam semulajadi yang mengagumkan di hutan hujan purba, Gunung Ulu Kali.


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS


Bagi mereka yang menginap di Awana iaitu hotel lima bintang yang menyediakan padang golf 18 lubang yang cukup luas, pemandangan gunung-ganang yang indah, kolam renang yang mempunyai sistem pemanasan dan bermacam-macam jenis fasiliti sukan. Tujuan utama tarikan terbaharu iaitu 3 laluan jalan hutan yang terbaharu adalah satu usaha untuk memulihara tumbuh-tumbuhan periuk kera dan buluh di Awana Bio Park. Hutan Hujan Tropika yang sudah berusia lebih daripada 130 juta tahun dan juga kaya dengan biodiversity tersebut menggalakkan para pencinta alam untuk datang melawat dan meneroka keajaiban ekologi di sini. 


Menurut Encik Isaaz Ishak Yunus, Pengurus Besar Awan Hotel, "Awana Bio Park juga merupakan usaha Resorts World Genting untuk meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya biodiversity. Dalam proses membangunkan resort tersebut, hanya 4% yang digunakan daripada kawasan sekeliling untuk proses pembangunan. Hal ini kerana, demi menjaga keindahan hutan hujan dan mengekalkan kehijauan di Genting Highlands."



Untuk pengetahuan semua, Resorts World Genting telah bekerjasama dengan pakar alam semulajadi iaitu TREKS. Kerjasama ini melibatkan projek-projek yang melibatkan keseluruhan hutan. Selain itu, meneroka hutan hujan  di Genting Highland ini akan dibimbing oleh pakar alam semulajadi iaitu Eddie Chan dan Pat Ang yang cukup arif dengan kawasan hutan hujan sekitar Genting Highlands. Seronoknya pada permulaan aktiviti, kami diberi peluang untuk melihat sendiri kehadiran burung-burung eksotik dengan menggunakan teropong yang telah disediakan.


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS


Pelbagai ilmu aku dapat semasa aktiviti melihat burung antaranya adalah perlu menjadi seorang yang sabar, gunakan lens kamera yang cukup panjang supaya detail burung yang diambil terserlah, bawa buku jenis-jenis burung iaitu Bird Guide Book - South East Asia, tidak bising semasa melihat burung, pakaian semasa aktiviti melihat burung ini juga sangat penting kerana warna yang cerah membuatkan burung cemas dan pakailah pakaian yang berwarna hijau hutan atau gelap supaya burung tidak lari. Apabila dapat melihat burung melalui teropong yang disediakan oleh TREKS tadi, pastikan lakarkan gambar burung supaya dapat rujuk pada Bird Guide Book dan melihat sendiri spesis burung yang bagaimana dpaat lihat. Selain itu, pastikan jarak perlu diawasi supaya burung tidak terbang. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai seperti kasut, baju dan seluar. Untuk makluman korang semua, sebanyak 250 spesis burung termasuk burung dari luar negara dan dalam negara yang akan datang bermigrasi di sekitar Genting Highlands mengikut peredaran masa. 


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS


Masa aku melihat burung di sekitar Awana, aku ternampak burung helang yang bebas berterbangan di udara. Rasa rindu untuk melihat burung-burung eksotik yang lain memang satu impian buat aku sebenarnya dan semoga suatu hari nanti aku dapat turut serta bagi aktiviti melihat burung yang datang migrasi di negara Malaysia.


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS


Selepas melihat burung, jangan terkejut dengan teknologi yang cukup canggih disediakan di Awana Bio Park iaitu perkongsian maklumat tentang hidupan hutan hanya dengan menggunakan imbasan NFC sahaja. Untuk pengetahuan semua, imbasan NFC ini hanya ada pada pengguna telefon mudah alih android sahaja. Jadi, untuk puaskan hati sendiri, jangan lupa untuk bawa telefon mudah alih yang tersedia sistem NFC. Kalau tak tahu NFC apa? Sila google sekarang atau buat carian di setting telefon masing-masing dan taip 'NFC', hehe... Btw, first time aku tahu kewujudan dan kegunaan NFC. 


TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS

Antara tiga laluan alam semulajadi itu adalah:

  • Laluan Pemuliharaan ( Conservation Trail) - satu pusingan laluan ini adalah sepanjang 800 meter yang fokus pada flora Hutan Dipterokarp Atas yang beketinggian 750 - 1200 meter paras laut. Di sini juga terdapat biome yang kaya dengan tumbuhan seperti periuk kera, rotan, buluh montane, orkid liar, teratai kelawar hitam, semua tumbuh di bawah bayangan Strangler Fig dan pokok kayu gunung yang menjulang tinggi. Kawasan Pemuliharaan Tumbuhan Periuk (Pitcher Plant Conservation) - Tempat yang agak menarik untuk melihat sendiri tumbuh-tumbuhan jenis karnivor. Di kawasan ini, sekiranya ada rezeki, maka dapatlah tengok burung Hornbill serta laluan ini juga adalah kawasan yang sedang diusahakan bagi memulihara spesis-spesis primeval ini seiring dengan hasil tumbuh-tumbuhan, tidak kira dari segi penggunaan praktikal, budaya dan juga semulajadi.
TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS

TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS

TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS

TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS



  • Laluan Hutan Herba (Herba Forest Trail ) - ini yang aku katakan tadi dimana boleh belajar dengan menggunakan sistem NFC. Laluan ini sepanjang 1.8km dimana untuk melibatkan lebih banyak lagi rupa hutan hujan purba Gunung Ulu Kali. Pasukan TREKS akan memberi pendedahan kepada semua dimana terdapat spesimen-spesimen yang tertentu juga diberi fokus dengan adanya teg NFC yang boleh diimbas dengan telefon mudah alih untuk mendapatkan maklumat selebihnya. Di sini juga, korang boleh tengok rumpun-rumpun buluh liar yang tebal atau herba-herba hutan yang penuh dengan zat perubatan.

TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS
  • Laluan Biodiversity - Laluan ini sepanjang 2.7km dan kalau korang nak tahu, ini adalah laluan yang sesuai untuk bergambar,trek beralun yang menurun ke arah sebuah lembah dan perlu melintas sebatang sungai yang mengalir, diteduhi oleh pokok kayu gunung yang meninggi melintasi awan.
TARIKAN TERBAHARU AWANA BIO PARK, GENTING HIGHLANDS



Ketiga-tiga laluan terbaharu ini kalau korang nak tahu, ia menawarkan lima jenis pengembaraan yang boleh diadakan di hutan-hutan Genting Highlands dan bakal mendedahkan aspek yang berbeza daripada hutan tersebut. Hutan ini juga dikenali sebagai hutan Wi-Fi bersama Shinrin Yoku merupakan satu pengalaman yang berbeza dimana ianya menggabungkan konsep Shinrin Yoku iaitu pembelajaran di dalam hutan secara kontemplatif dari Jepun bersama penggunaan aplikasi telefon mudah alih. Selain itu, The Experience pula mengalakkan seseorang itu menjadi lebih berani dan sesuai untuk kumpulan 'Team Building". Yihaaaa! 




Untuk mereka yang ingin merasai pengalaman melalui 3 laluan ini, korang boleh bertanya di kaunter check in di hotel untuk membuat tempahan. Harga setia laluan adalah seperti:
  • RM75/seorang - Conservation Trail
  • RM95/seorang - Herb Forest
  • RM135/seorang - Biodiversity Trail



Untuk sebarang tempahan luar, korang boleh hubungi :
Trek Events: +60133993667
Email: info@treks.events



Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Projek Pemuliharaan Buluh ( Bamboo Conservation Project), korang boleh hubungi :
Telefon: 013-3993667


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Projek Pemuliharaan Buluh ( Bamboo Conservation Project), korang boleh hubungi :
Telefon: +603-61011118


JUS ENDON CANTIK DALAM CANTIK LUAR

$
0
0
Jus Endon Cantik Dalam Cantik Luar | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Akhirnya, lama gila kot weh aku tak luangkan masa dengan blogging. Sejak dua menjak ni, sumpah hidup aku ni busy gila. Entah apa yang busy pun aku tak tahulah. Actually, aku tak boleh dan baring lama-lama menghadap laptop, aku give up tapi aku cuba juga untuk update entri ini seikhlas yang mungkin, cewah! 




InshaAllah, bulan November ni aku cuba untuk jadi seorang blogger yang cukup rajin dimata pembaca,haha..Doakan kita wak moga terus rajin,haha..First thing first, aku nak kongsi dengan korang berkenaan Jus Endon yang nama dia so classy orang kata. Suka gila dengan nama dia dan  packaging dia yang super klasik. Dengar kata Jus Endon ini bukan sekadar jus tapi jus ini yang membuatkan cantik dalam cantik luar. 




Cara pengambilan Jus Endon ini cukup mudah iaitu 1 sudu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu malam sebelum tidur. Nak sedap lagi letak dalam peti ais. Serius sedap! Lepas minum Jus Endon ni aku lebih suka perbanyakkan minum air masak. Sejujurnya, ramai rupanya wanita yang tak dapat kawal emosi dan bau badan merekakan? Jadi, minumlah Jus Endon sebab dalam Jus Endon ini memang banyak khasiat yang tak ternilai lelagi untuk wanita yang dah berkahwin,hehe... Memang digalakkan untuk minum Jus Endon ini. Antara kebaikan yang ada pada Jus Endon ini adalah:


Kebaikan yang ada pada Jus Endon:

😍 Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan rangsangan
😍 Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
😍 Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
😍 Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
😍 Meningkatkan sistem tahan tubuh serta menstabilkan hormon
😍 Mengurangkan tekanan dan tension
😍 Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan
😍 Payudara tegang 
😍 Mengurangkan bau badan




Supplemen dalaman yang membantu menyelesaikan masalah wanita serta menghilangkann bau badan ini mempunyai daun sirih dimana fungsinya adalah untuk membantu melancarkan kitaran haid, menghilangkan kegatalan pada bahagian intim wanita, dapat melembabkan kulit dan menghilangkan bau yang kurang enak pada badan, mulut, serta bahagian intim wanita.



Jamu Jus Endon ini juga khusus untuk wanita dengan ekstrak ros yang baunya sangat wangi dan tidak memeritkan tekak apabila minum jamu ini. Antara kandungan yang terdapat dalam Jus Endon ini adalah Delima, Madu, Daun Sirih, Manjakani, Kacip Fatimah, Ekstrak Bunga Ros dan Kayu Serapat dan kesemua ini mempunyai fungsi yang cukup baik.


Orang kata, apa pelik bebeno macamana Jus Endon ini dapat membantu masalah kewanitaan ni? Rahsianya adalah kalau korang nak tahu, Jus Endon ini diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba lain yang dapat mengatasi masalah bau kurang enak dari tubuh. Produk ini juga kalau korang nak tahu, ia sangat sesuai kepada semua wanita zaman kini.


Jujur aku kata, bab keputihan ini sangat merimaskan bagi wanita terutama apabila ke sesebuah majlis. Jadi, mohon jangan pandang remeh pada keputihan dan kalau korang nak tahu juga, keputihan ini sebenarnya boleh menyebabkan kemandulan, kematian bayi, pendarahan, kesakitan dan kanser. Jadi, cegah sebelum kena awak-awak semua.


Harga: RM60 (SM) / RM70 (SS)

Untuk maklumat lanjut:


Whatsapp: 019-4921807 (Sha) // 011-36376095


BEST GILA NH COLLA-PLUS 3 DAN RAHSIA CANTIK JANNA NICK

$
0
0
Best Gila NH Colla-Plus 3 Dan Rahsia Cantik Janna Nick | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, alhamdulillah.. masih berjaya untuk menaip sebuah entri di blog sendiri dan berkongsi tentang minuman botani iaitu NH Colla-Plus 3 dimana pada sabtu minggu lepas, aku berkesempatan ke majlis Meet & Greet bersama Janna Nick di IOI City Mall. Yesss! Janna Nick merupakan pertama kali menjadi duta untuk minuman kecantikan. Sesi perjumpaan bersama Janna Nick ini terdiri daripada peminatnya sendiri dan Ahli Watson Elite yang telah dijemput bagi memeriahkan lagi majlis ini. 




Sebelum majlis perjumpaan ini diteruskan, beberapa pembeli NH Colla-Plus 3 yang bertuah telah dipilih pada hari tersebut untuk sesi bergambar bersama Janna Nick. Sungguh aku kata, peminat Janna Nick memang ramai gila. Semasa ketibaan Janna Nick pada hari tersebut turut diadakan majlis pembukaan dan ucapan dari pengacara serta Janna Nick juga turut diundang ke atas pentas untuk berkongsi pengalamannya sepanjang pengambilan NH Colla-Plus 3 ini. Patutlah kulit Janna Nick ni cantik Ya Rabbi, ini tips dia rupanya. 








Part paling best, bila kami iaitu blogger diberi peluang untuk hi tea bersama Janna Nick dan bergambar bersama Janna Nick secara individu. Weh, sumpah aku kata, aku sebenarnya peminat Janna Nick okay. Semua lakonan dia aku suka. Walaupun Janna Nick ini berusia muda lagi dari aku, tapi dia berjaya mencetuskan aura yang super power dan seorang yang sangat peramah! Terima kasih Watsons Malaysia kerana memberi peluang untuk aku mendekati Janna Nick dan NH Colla-Plus 3. Serius aku memang suka gila dengan NH Colla-Plus 3 ini. Rasa sedap dan lagi sedap kalau letak dalam peti ais,hehe.. 






Apa itu NH Colla-Plus 3?

NH Colla-Plus 3 ini adalah campuran ramuan semulajadi terkini iaitu Yis Seramida dan Ekstrak Zaitun  yang membantu untuk merangsangkan kecantikan kulit. Yis Seramida ini berfungsi untuk membaikpulih dan mengekalkan kelembapan kulit agar tetap anjal dan muda. Ekstrak Zaitun pula melindungi kulit daripada serangan radikal bebas seterusnya membantu mencerahkan kulit wajah. Kedua-dua ramuan unggul ini akan membantu peningkatan lagi proses pencerahan kulit yang mulus tanpa cela apabila digandingkan bersama. Tambahan lagi, dengan sokongan ramuan Kolagen Marin, formula kecantikan baru ini akan mendorong kepada perubahan kulit wajah yang menakjubkan dalam tempoh singkat!


Kerana ramuan semulajadi untuk manfaat yang terbaik ada dalam NH Colla-Plus 3 ini iaitu hanya menggunakan ramuan semulajadi tanpa bahan pengawet, perisa ataupun pewarna sintetik mahupun bahan kimia lain. 





Keajaiban Yis Seramida?

  • Membantu menggantikan semula seramida kulit yang hilang akibat faktor persekitaran yang tidak sihat dan penuaan.
  • Meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit.
  • Membaikpulih dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Membantu mencegah pembentukan melanin dan mencerahkan tona kulit.
  • Menyokong struktur kulit bagi mencegah kedutan




Cakap lebar-lebar, dah tu apa benda SERAMIDA KULIT ni onie oi? Seriously, ini adalah kali pertama juga aku tahu berkenaan seramida kulit ini dan bermaksud molekul lipid yang terdapat pada lapisan kulit paling luar. Molekul lipid ini menyokong struktur kulit dengan memegang ikatan sel kulit bersama. Ia juga mengekalkan kelembapan kulit dan bertindak sebagai halangan terhadap bakteria dan pencemaran alam sekitar.


Korang jangan tak tahu ya, dalam NH Colla-Plus 3 ini terdapatan satu keajaiban dari ekstrak zaitun (15% hydroxytyrosol) yang merupakan satu agen antioksida yang terkandung dalam buah zaitun. Ia mempunyai aktiviti antioksida sebanyak 15 kali lebih tinggi daripada ko-enzim Q10,CoQ10. Selain itu juga, ekstrak zaitun ini dapat meningkatkan penghasilan glutathione dalam badan bagi membantu mengurangkan pigmentasi kulit dan mencerahkan kulit wajah.


Kesan dia korang boleh tengok selepas pengambilan pek pertama dimana pek yang ada 6 botol tu dan berharga RM48 sahaja. Kesannya adalah dimana korang sendiri boleh dapat kulit sihat dan yang seperti apa yang korang impikan bergantung kepada individu tersebut. Consume..consume juga, cara pengambilan makanan pun kena onzzz juga ye korang. Thats why kesan di sini mungkin berbeza bagi setiap individu yang meminum produk ini. Sebelum aku terlupa, NH Colla-Plus 3 ini adalah minuman botani anggur dengan yis seramida. Sumpah aku cakap, minum NH Colla-Plus 3 ini sangat seronok sebab rasa dia best! Lagi best bila letak dalam peti ais dan minum sejuk-sejuk. 


Masa aku share berkenaan NH Colla-Plus 3 ini di instastory aku tempoh hari ramai yang DM kata produk ni sesuai ke untuk lelaki? Yeeeee, dah tentu sesuai awaknya. Peringkat umur yang sesuai untuk minum minuman botani ini adalah bermula umur 18 tahun dan ke atas serta sesuai untuk lelaki atau perempuan. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, yesssss...korang pun sesuai untuk ambil produk ini dan bagi kulit yang sihat, anda juga digalakkan untuk minum minuman botani ini.




Cara pengambilan yang patut diikutkan adalah hari pertama hingga ke 6 tu perlu minum sebotol setiap hari ketika perut kosong pada waktu pagi atau sebelum tidur dan hari ketujuh dan seterusnya perlu minum sebotol selang sehari. Lepastu, jangan lupa lebihkan air masak ya kawan-kawan semua. Haaaaa...So, sehingga ke harini, onie dah consume sehingga botol yang keenam dan rasa sangat puas hati! Lelagi bila part kulit muka, makin lembap dan helok! Alhamdulillah. Nak consume untuk hari ketujuh dan seterusnya pula. Moga terus berhasil la kan :)

Harga:

NH Colla-Plus 3 ( 6 botol x 50ml) : RM48
NH Colla-Plus 3 (12 botol x 50ml) : RM86.80


Korang boleh dapatkan NH Colla-Plus 3 di seluruh outlet Watsons Malaysia di seluruh Malaysia. Ye! Korang dah boleh cari sekarang. BOLEH BELI ONLINE DI WEBSITE ATAU WALK IN DI SELURUH CAWANGAN WATSONS MALAYSIA

BEAUTY REVIEW - PETAL VELVET SET DARI ALTHEA KOREA

$
0
0




Pernah dengar Althea?

Siapa yang selalu follow kisah aku di facebook atau instagram mungkin tahu Althea tu apa dan seronok dia macam nak matik! #SeriousTalk

So, bila aku try search part Althea Exclusives dan aku perasan ada satu BRAND yang harga dia SANGAT BERBALOI nak matik jugekkkk dan set ini baru sahaja dilancarkan juga menjadi produk terbaharu di Althea atas jenamanya sendiri. Harga tak kisah, first yang aku akan tengok adalah review dari dorang-dorang yang pakai PETAL VELVET SET tu. Seminggu ni direct aku pakai dan apa yang aku boleh cakap di sini, PETAL VELVET SET ni SANGAT BEST! Berbalik pada review tadi, lebih 30 review dari pengguna yang telah pakai Petal Velvet Set ni. One by one aku scroll. Mostly, positive feedback dan bertambah excited aku nak pakai.







Beauty Review - Petal Velvet Powder Althea RM16 Je? | Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua. Yeay! So, finally! Benda yang aku paling tertunggu-tunggu adalah APAKAH PRODUK YANG AKAN DIKELUARKAN OLEH ALTHEA ? Jadi, persoalan untuk aku dah habis dan dah terjawab pun pada 1 Ogos 2017 yang lalu. Apapun, sebelum aku berulas panjang lagikan. Nah! Onie menyusun 10 jari (sambil angkat tangan) mengucapkan hoorayyyyy hoorayyyyyy dan tahniah diucapkan kepada Althea selagi kerana telah mengeluarkan produk yang baharu di website my.althea.kr. Sesungguhnya aku sangat teruja dan terdetik juga di benak hati aku ni. Adakah MAHAL produk yang akan dikeluarkan nanti? Atau adakah berbaloi nanti? JAWAPAN DIA ye ada kat bawah ni. Sila baca berjemaah!


Apa dia Petal Velvet Powder?

Yes. Petal Velvet Powder. So, what ur first impression for the name onie? My impression is wowwwww! Petal Velvet Powder? Adakah ada bersangkut paut dengan kelopak bunga dan bedak? Yeeee...tepat sekali... Petal Velvet Powder ni sebenarnya adalah loose powder yang ramai gadis-gadis WAJIB cuba! Bestnya, produk Petal Velvet Powder ni lembut dan texturenya lembut bak sutera yang asli dan mengandungi bahan-bahan semulajadi dan korang tak perlu risau pun tentang ingredient dia. Kalau korang nak tahu, the main ingredients is Althea flower extracts. Hebat tak? Althea flower extracts weh! Sah-sah bau dia semerbak nanti kat atas muka. Dannnnn kalau korang nak tahu jugak, Petal Velvet Powder ini bermula dari bahan asli iaitu petal atau lebih berbahasa melayunya adalah kelopak bunga, ekekekekekekeekekkeke... U know kelopak bunga? Haaaa...






Komen aku tentang Petal Velvet Powder ini adalah:

1. Harga dia murah dan adik-adik se level sekolah rendah pun mampu beli weh. Iye. MAMPU! Sebab harga dia RM16 sahaja oiiiii...
2. WAJIB beli sebab harga dia tengah murah sekarang weh. Mana tahu lepas ni naik harga. Jeng jeng. HAHA.. Mandai je aku kan. 
3. Siap ada span yang lembut dan bila nak dap kat muka tu, Ya Ampun! Rasa nak termeninggal sekejap dengan kelembutan dia. Rasa kalau boleh, setiap saat nak kena dap oleh span tersebut. (Yeke ni?) Eh. iyeeee laaaaaa oiiii! Takkan aku nak tipu pulak. Tak mainlah tipu-tipu ni wak.
4. Mampu membuatkan mekap kita tahan lama dan sentiasa cantikkkkkkk!hikhik...YAKIN?eh of course la wak!
5. Serbuk bedak dia tu lembut dan licin je bila kita rasa dengan tangan kita sendiri atau tempek di muka. 
6. Sebum control, pore blurring, Micro-fine particles, soft and smooth.




Kalau sebelum ini, Petal Velvet Powder dikeluarkan untuk semua jenis kulit muka iaitu berwarna putih tapi kali ini ada 3 jenis produk yang boleh dibeli set iaitu:

  1. Untuk semua jenis warna kulit : #0 (White)
  2. Untuk liputan semulajadi : #23 (Brown)
  3. Untuk kulit yang lebih cerah : #Pink Lavender (Pink Lavender)





Siapa yang sesuai pakai Petal Velvet Powder?

Semua orang sesuai! 
Yang kulit berminyak, yang nak mekap tahan lama, yang ada parut, yang ada pori-pori terbentang luas, yang muka licin macam muka saya? Semua sesuai. Jangan risau. HIHI. Petal Velvet Powder ni memang sesuai untuk menjaga skin barrier dan liang pori dari terus terbuka dan menghasilkan minyak yang banyak sekaligus membuatkan kulit muka berminyak dengan teruk. Untuk make up setting u guys should apply this for make up yang tahan lama.


Kenapa perlu pakai Petal Velvet Powder?

Siapa pernah pakai loose powder? Sejujurnya, aku ni jarang pakai loose powder. Ada sahaja loose powder yang tak berapa nak berkenan atas sebab teksturnya yang membuatkan make up kita tak berapa menjadi dan ada jugak yang jenis rosakkan mekap kita balik, iye wak....Nak kata kita tak pandai mekap, hallo... i pandai okay... WALAUPUN...Tapi percayalah, kalau nak bagi make up tahan lama pakailah Petal Velvet Powder. Harga bukan menggunung, tapi harga sangat kasih sayang. Haaaaa...

Berapa harga Petal Velvet Powder?
Althea Malaysia - RM16
Althea Singapore - SGD6
Althea Philippines - PHP210
Althea Indonesia - THB150
Althea US - 4.5USD

Untuk jenis PINK LAVENDER ini, harga dia adalah RM17 dan ianya edisi spesial dan memang memutihkan muka dan teksturnya seperti yang lain, sangat lembut.




Bila Petal Velvet Powder dilancarkan?
Ya! Kalau korang nak tahu jugak, Petal Velvet Powder ni baru sahaja dilancarkan di website Althea.kr dan aku sangat happy! Tarikh keramat Petal Velvet Powder ini dikeluarkan adalah pada 1 Ogos 2017. Tahniah Althea! Itu yang warna putih tau. Yang warna coklat dan Pink Lavender ini baru sahaja dilancarkan pada Oktober 2018 lalu dan dibawah produksi Petal Velvet juga. Setting powder ni sebenarnya penting untuk mengawal rembesan minyak pada kulit muka terutama bila kita keluar rumah dan terkena cuaca panas. Tapi the most important thing is sunscreen yang dikenali Petal Velvet Sunaway. 

Nak beli Petal Velvet Powder dekat mana?
Haaaa, korang boleh beli atau tengok lebih lanjut berkenaan PETAL VELVET POWDER di SINI




Petal Velvet Set and u guys can choose any Petal Velvet Powder in cart. Btw, thank you for the hologram pouch Althea. Always, made my day with cute stuff from South Korea. Love it!




The most important thing for every person out there is Sunscreen and hallo Petal Velvet Sunaway. This product very helpful to me and i love because a lightweight sunscreen that protects the skin from UV rays with a petal-like. Damn cool ! Tekstur yang ringan ini membuatkan si pemakai selesa. Bagi aku, untuk sunscreen biarlah sifatnya ringan dan yes i got it from Althea. Thank you Althea u guys always made my day again,hehe..


Sukanya aku dengan Petal Velvet Sunaway ini adalah kerana sifat yang ringan, melindungi kulit muka dari sinaran UVA dan UVB yang bahaya serta sangat sesuai untuk kulit muka yang sensitif kerana tidak mengandungi bahan kimia. First thing first, i love this product because contain hyaluronic acid which is dia membantu untuk menghidratkan lagi kulit muka kita. Penting tau sebenarnya hyaluronic acid pada kulit muka terutama bagi mereka yang kulit kering.




Bukan tu je tau, bila pakai Petal Velvet Sunaway ni, kulit barrier skin dapat dikawal tanpa mengelurkan minyak yang banyak sekaligus mengurangkan jerawat pada kulit muka. Bahaya tau, kalau salah pilih produk. Lelagi melibatkan skin barrier ni. Walaupun sifatnya putih, tetapi produk ini tidak menampakkan putih pada kulit muka malah ianya mudah menyerap dan tidak melekit.


Kandungan paling utama dalam Petal Velvet Sunaway ini adalah Damask Rose yang bertindak untuk melembutkan kulit muka dan melembapkan kulit muka. Produk ini juga sesuai digunakan setiap hari. Jadi pilihan ditangan anda samada nak menjaga kulit muka atau tidak. Kedua-dua produk ini iaitu Petal Velvet Powder dan Petal Velvet Sunaway ini sangat penting terutama perlindungan dari sinaran UVA dan UVB. Suka dan puas hati guna Petal Velvet Powder dan Petal Velvet Sunaway ni. Harga dia pun takde la mahal mana pun. Semua mampu beli dan hasilnya cukup berbaloi. Yesss! Tak sabar tunggu mask sheet dari jenama Althea sendiri. Ohya! Untuk pengetahuan semua, Petal Velvet Set ini adalah jenama Eksklusif dari Althea sendiri. Jadi kita tunggu mask sheet jenama Althea lak. Pleaseeee Althea <3





Salam Sayang,
mekonie@yahoo.com



9 KOLEKSI TERUNGGUL PERKENALKAN KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA

$
0
0


Lilis Syafiza Mohd Yatim merupakan Konduktor Koir


9 Koleksi Terunggul Perkenalkan Koir Kebangsaan Malaysia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih ramai masyarakat di luar sana tidak memahami kepentingan industri seni sekaligus memandang persembahan koir sebagai satu wadah hiburan yang kreatif, bernilai, serius dan intelektual. Untuk komersilkan lagi pasaran Koir ini maka usaha untuk merakyatkan koir telah dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini selama dua hari serta ternyata kehadiran tetamu ketika itu sangat ramai dan meriah.


Pementasan Mek Mulung dengan elemen Klasik Barat; Kumpulan Kesenian Jabatan
YBhg. Tan Sri Norliza Rofli (Barisan hadapan berbaju hitam), Ketua Pengarah JKKN ; Tunku Marina Tunku Dato' Zubir (Blazer Merah), Pengarah Koir Kebangsaan Malaysia


Demi memperkenalkan lagi Koir Kebangsaan Malaysia ini, sebuah persembahan khas yang dinamakan 9 Koleksi Terunggul telah diadaptasi oleh gabungan 9 Konsert Koir Kebangsaan yang telah dipentaskan bermula tahun 2009 hingga 2017. Untuk konsert kali ini pula adalah bertujuan untuk melestarikan muzik koral tempatan ke peringkat tertinggi melalui gabungan lagu-lagu terbaik susunan komposer tempatan dan luar negara melalui pemilihan karya-karya lagu yang terbaik susunan komposer tempatan dan antarabangsa yang mendapat tempat di hati masyarakat.




Kalau korang nak tahu, 9 Koleksi Terunggul ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan Koir Kebangsaan kepada masyarakat dan memperluaskan produk baru Koir Kebangsaan Malaysia. Konsert ini adalah lambang kejayaan Siri Konsert Koir Kebangsaan Malaysia dan Jelajah Koir sejak 2005. Selain itu juga, Konsert Koir Kebangsaan Malaysia 2018 akan membawa satu kelainan dan akan mendendangkan lagu-lagu terpilih dalam siri Koir Kebangsaan Malaysia yang pernah dipentaskan bermula tahun 2009 sehingga 2017 dan sehingga kini, mereka masih giat aktif mempersembahkan bakat yang sungguh luar biasa.






Koir Kebangsaan Malaysia juga pernah mengadakan konsert yang pelbagai genre dan antaranya adalah:

  1. Classical
  2. Broadway
  3. Tradisional
  4. Jazz
  5. Pop dan Rock

Sebanyak 21 buah lagu popular tempatan, Hindi dan Luar Negara akan dipersembahkan oleh 21 orang ahli koir Koir Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Syafinaz Selamat melalui gubahan persembahan berentak acapella, rock, pop, pop rock, jazz, balada, tradisional, latin dan hindi. Datuk Syafinaz Selamat juga adalah seorang penyanyi bersuara Soprano dimana suara jenis ini adalah penyanyi yang bersuara tinggi berbanding semua jenis suara manusia. Ini membuatkan aku lagi terkesima dan meremang akan vokal yang dilontarkan.


Sebelum ini juga, aku banyak menghadiri Konsert Koir Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara. Pada mulanya, aku agak pelik dengan persembahan mereka seolah-olah tiada maksud sebenar seni dimata masyarakat seperti aku ini. Namun apabila banyak membaca berkenaan Koir, minat aku terhadap persembahan Koir terutama dari Koir Kebangsaan Malaysia tidak buat aku lupa untuk hadir bagi sama-sama memberi sokongan.


Nur Fatihah Quzansrea Johari Kamal memiliki suara Soprano 


Konsert-konsert yang dipersembahkan pada malam itu adalah:

  1. In Love With Peace (2009,2010,2011)
  2. Dir (2010,2012)
  3. No Wrong Notes (2011)
  4. Kembara Muzikal Teater & Filem (2013)
  5. Classique (2014)
  6. 4th Bali International Choir Festival (2015)
  7. In Love With Rock (2015)
  8. Wajah (2016)
  9. Warna (2018)
Kalau korang perasan dalam persembahan koir ini, mereka aku buktikan pelbagai jenis suara yang ada seperti Soprano, Alto, Tenor dan Bass. Setiap suara ini mempunyai kategori tersendiri dimana, Soprano ini mempunyai range suara dan ruang lingkup julat suara paling selesa bagi seseorang penyanyi berbanding semua jenis suara. Kedua, Alto. Dimana jenis suara Alto ini adalah suara wanita yang rendah. Ia merupakan suara keda tertinggi dalam variasi 4 kumpulan suara penyanyi koral berharmoni. Ketiga, Tenor. Untuk tenor ini pula spesifik kepada suara lelaki dewasa yang tinggi, berdasarkan julat suara, tessitura, kualiti dan warna suara. Setiap jenis suara boleh dibahagikan kepada beberapa sub kategori. Antaranya adalah leggero, lyric, spinto, dramatic dan Heldentenor. Couternor pula merupakan suara lelaki yang mempunyai kualiti dan julat suara yang bersamaan dengan suara alto. Keempat, Bass. Bass ini adalah jenis suara terendah dalam klasifikasi vokal lelaki dewasa serta bersesuaian dengan namanya, bass ini juga ada fungsi tersendiri iaitu akar yang membawa maksud dasar dari sebuah lagu dalam setiap komposisi paduan suara campuran atau paduan suara lelaki.


Apapun, kalau korang nak tengok persembahan Konsert Koir Kebangsaan Malaysia 2018 ini yesss! korang boleh tengok di TV2 pada 24 November 2018 jam 10.30 malam. Korang kena tengok sebab persembahan mereka semua sangat hebat dan boleh buat bulu roma sendiri meremang. Jangan lupa set masa okay? Tahniah dan persembahan mereka sangat mengagumkan.




Permata Seni Remaja Koir ( Pemuzik Iboq)

Permata Seni Remaja Koir ( Pemuzik Iboq)

Gabungan suara Alto, Soprano dan Coutertenor

Lilis Syafiza Mohd Yatim merupakan Konduktor Koir dan memiliki suara soprano

Ahmad Suffian Mohd Pauzi di barisan hadapan tengah memiliki suara Tenor


Persembahan Toyol dari PERMATA Seni Koir

Lilis Syafiza Mohd Yatim dan Koujee (beatboxer)





PERMATA Seni Tari

JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG

$
0
0
JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG

Jakel Hadiahkan Pakej Umrah Kepada 200 Orang Pemenang | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pertama sekali aku ucapkan terima kasih atas jemputan pihak Jakel kerana sudi menjemput diri ini semasa majlis taklimat ringkas dan penyerahan sebagai tanda pengharagaan kepada 200 bakal jemaah Umrah serta pemberian mock-up cek berjumlah RM1.3 juta turut diserahkan kepada pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn.Bhd bagi simbolik kepada majlis yang berlangsung pada baru-baru ini di HQ Jakel yang terletak di Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG


Apa yang aku sangat tertarik dengan Syarikat Jakel ini adalah sikap yang suka membantu ini membuatkan mereka terus dilimpahkan dengan pelbagai rezeki dan sokongan padu daripada pelanggan setia Jakel yang tak pernah berhenti memberi sokongan pada setiap tahun terutama sewaktu Jualan Akhir Tahun.


Bagi yang tertanya-tanya, kenapa majlis ini diadakan dan bagaimana Jakel menghadiahkan seramai 200 orang pemenang pada majlis itu? Majlis ini dijalankan lanjutan daripada Kempen Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang telah diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Patutlah aku tengok ramai yang membeli masa akhir tahun dan kalau tahu aku pun join juga peraduan ni,hehe..


JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG


Bestnya, pemenang yang telah memenangi peraduan ini dapat Hadiah Eksklusif Pakej Umrah dimana semuanya ditanggung speenuhnya oleh pihak Jakel termasuk makan minum, penginapan yang jaraknya hanya 50m dari Masjidil Haram. Malah pemenang tidak perlu bayar 1 sen pun. Pada majlis itu, aku sempat bertanyakan pada pemenang atas kemenangan ini dan rata-rata ingat kemenangan ini adalah scam. Yelah, mana taknya bila peluang dapat Pakej Umrah ni merupakan satu peluang yang sangat susah nak dapat dan mereka adalah yang terpilih untuk melangkah ke Tanah Suci. 


Jakel juga telah membuat pemilihan pemenang mengikut semua cawangan Jakel di seluruh Malaysia dan ini juga adalah satu penghargaan kepada pelanggan Jakel yang telah banyak menyokong Jakel dari awal sampai akhir. Untuk pengetahuan semua, syarikat Alkhatiri Travel & Tours Sdn.Bhd dipilih kerana mereka telah bekerjasama beberapa kali dan syarikat ini memberi reputasi yang baik dan telah memberi kepercayaan kepada pihak Jakel sendiri. Majoriti yang membeli dan menyertai kempen ini adalah bangsa Melayu dan beragama islam.


JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG


Pemenang juga akan bertolak ke Tanah Suci bermula pada 1 Januari 2019 berperingkat. Penyertaan peraduan ini menggunakan kaedah dimana pelanggan yang berbelanja produk Jakel dengan pembelian RM1,000 ke atas layak untuk menyertai dan mengisi maklumat di kupon penyertaan serta memasukkan kupon tersebut ke dalam kotak yang disediakan di bahagian kaunter pembayaran. Kesemua penyertaan dikumpulkan selama 30 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan. Untuk makluman semua, cabutan tersebut dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.

JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG


Antara hadiah yang akan dibawa pulang oleh pemenang adalah produk dari Jakel, Ariani dan juga produk dari Alkhatiri Travel & Tours Sdn.Bhd.


JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG

JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG

JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG

JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG

JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG

JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG

JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG

JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG

JAKEL HADIAHKAN PAKEJ UMRAH KEPADA 200 ORANG PEMENANG


Bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel kepada pelanggannya, menandakan ketelusan Jakel dalam memenuhi janji yang ditawarkan dan impian ini terlaksana. Pada majlis baru-baru ini juga, Tuan Hj Salim Bin Salleh iaitu Pengarah Urusan Al Khatiri Group turuh hadir bersama warga kerja Al Khatiri yang lain.  


Untuk pengetahuan semua, Jakel turut mengadakan Jualan Akhir Tahun 2018 di semua cawangan Jakel berlangsung pada 23 November 2018 sehingga 6 Januari 2019. Pelbagai pilihan corak yang baru, fresh dan trendy sesuai untuk semua golongan terutamanya para wanita dan keluarga. Koleksi terkini seperti koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019 antara koleksi yang menjadi pilihan ramai.


Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok di:


ISKARNIVAL 2018 BAKAL BERLANGSUNG DI ISKANDAR PUTERI,JOHOR

$
0
0
ISKARNIVAL 2018 Bakal Berlangsung Di Iskandar Puteri,Johor | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Untuk pengetahuan semua, ISKARNIVAL 2018 bakal berlangsung di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor pada jam 12.00 tengahari hingga jam 12.00 tengah malam bermula pada 8 dan 9 Disember 2018. Tema bagi ISKARNIVAL 2018 pada tahun ini adalah "Main-Main" (Play) dan tujuan karnival ini diadakan adalah untuk menggandingkan usaha bakat-bakat tempatan dan antarabangsa  untuk meraikan ulangtahun pertama pengiktirafan Bandaraya Iskandar Puteri. Sudah tahun ke-7 karnival ini dijalankan dan ini adalah satu hub inovasi dan kreativiti. Selama 2 hari festival ini berlangsung, ini adalah satu platform untuk inisiatif dan bakat tempatan untuk terus explore dan eksperimen dengan idea yang telah digunakan untuk semua peringkat umur.






Untuk makluman semua, pesta ini dianjurkan oleh UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise). Seronoknya, masyarakat tempatan yang berdekatan dengan lokasi ini boleh bawa keluarga tersayang bersama-sama untuk meluangkan masa kerana di sini masuk adalah PERCUMA. 








"Creative industries are a powerful force not only to fuel economic development but also to facilitate social and cultural change",Kenny said.








Menarik lagi, pelbagai aktiviti yang ada termasuk aktiviti utama iaitu Moscow Circus dan lebih 50 persembahan artis sepanjang karnival ini. Antara artis yang ada adalah Zee Avi, Hujan, Zamaera,Joe Flizzow dan ramai lagi. Bagi tiket masuk untuk Moscow Circus ini terhar hanya untuk 200 orang yang terawal sahaja. Maka,jom jadi orang terawal untuk dapatkan tiket PERCUMA Moscow Circus. Selain itu, Dinosaur Kingdom turut serta dimana terdapat 25 jenis dinosaur bersama live show tema dinosaur, pelbagai mainan interaktif dan booth pendidikan sesuai untuk keluarga dan anak-anak.




Bagi mereka yang suka ambil gambar, inilah masanya untuk rebut peluang menjadi pemenang dimana korang boleh membawa pulang hadiah wang tunai. Jujur aku kata, sepanjang sidang media tempoh hari yang aku hadir aku merasakan ini adalah Karnival yang terbaik dan tidak akan rugi pun kalau korang datang kerana pelbagai aktiviti kita boleh lakukan terutama bersama keluarga dan sahabat. Luangkan masa hujung minggu  korang di ISKARNIVAL 2018 dan rakamkan detik manis bersama orang tersayang serta rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik serta temui artis tempatan kesayangan korang. Terdapat jugapermainan seperti bamboo art, basket weaving, ceramic,comic,fotografi dan pelbagai kraftangan.



ISKARNIVAL 2018 ini juga turut menampilkan pelbagai aktiviti sihat. Dah jom korang ke ISKARNIVAL 2018 beramai-ramai. 

Instagram:@iskarnival

AGAR-AGAR PANDAN YEO'S YEOGURT ANGGUR SEDAP!

$
0
0
Agar-Agar Pandan Yeo's Yeogurt Anggur Sedap | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay finally! Untuk entri kali ini izinkan aku untuk berkongsi tentang resepi yang cukup mudah dan aku rasa budak 7 tahun pun boleh buat. Tapi sebelum tu, aku sengaja pilih minuman air kotak dari Yeo's Yeogurt Berperisa Anggur ini sebagai pilihan resepi utama dalam pembuatan agar-agar, gitoh! Tapi sebelum itu, ingin aku perkenalkan Yeo's Yeogurt ini dirumus khas untuk semua peringkat masyarakat yang semakin menitikberatkan gaya hidup yang sihat. Bagus Yeo's Yeogurt ni.




Selain itu, Yeo's Yeogurt diperkayakan dengan susu dan asid laktik di mana ia baik untuk sistem penghadaman badan kita. Jadi yang mana rasa susah nak hadam-hadam tu, please minum minuman Yeo's Yeogurt ini, inshaAllah lancar segalanya,hehe.. Cuba dulu, tak cuba mana tahu ye dok? Yeo's Yeogurt ini juga tak perlu nak disejukkan dan ia kekal segar walaupun berada di suhu bilik. Mudah! Minuman ni memang wajib ada atas meja kat pejabat dan dirumah juga, asal pagi tu rasa payah nau nak membuang, haaaa tips dia minumlah Yeo's Yeogurt untuk melancarkan lagi sistem penghadaman.




Seperti yang aku cakap atas tadi, please izinkan aku untuk berkongsi tentang resepi yang cukup mudah iaitu Agar-Agar Pandan Yeo's Yeogurt Anggur Sedap! Resepi ni memang senang yang amat. Memang senang la aku kata. Jadi marilah baca resepi yang mudah ini. Untuk pengetahuan semua, sedap pulak Yeo's Yeogurt Anggur bila jadi agar-agar wak. Rasa dia lain dari yang lain, masam manis semua ada. Tapi, betul aku kata..Rasa dia sedap! lagi sedap kalau bubuh dalam peti sejuk semalaman pastu esokkan tu makan. Dah, sila tengok video aku yang simple gila ini. Alaaaa kalau dah ada asas buat agar-agar, takkan la nak buat macam aku buat ni tak bolehkan?haha






Resepi:

1 paket agar-agar (rujuk video)
6 sudu besar gula
1 kotak Yeo's Yeogurt Anggur
1 lembar daun pandan 
2 gelas air putih 


Cara penyediaan:
  1. Bahagikan agar-agar paket kepada 2 periuk. Kiranya satu untuk lapisan lain dan satu lagi lapisan khas untuk Yeo's Yeogurt Anggur. Bersihkan agar-agar paket tadi dan masak!
  2. Untuk lapisan Yeo's Yeogurt Anggur ini, pastikan air yang digunakan sedikit sahaja janji agar-agar paket tadi tu dapat hancur sepenuhnya kemudian baru boleh letak Yeo's Yeogurt Anggur sementara itu perlahan api. Kacau sebentar dan tutup api. (tak letak gula, kurangkan gula semasa pengambilan makanan itu kan lagi manis?,hehe)
  3. Untuk lapisan satu lagi tu, letak 1 lembar daun pandan dan kacau sehingga agar-agar paket tu betul-betul hancur dan asingkan 2 gelas di mana 1 gelas untuk warna hijau dan 1 lagi untuk warna oren
  4. Cuma part lapisan Yeo's Yeogurt Anggur tu, mohon jangan letak air putih banyak sangat. Takut tak jadi dan lapisan jadi lembik gitu. 
  5. Haaaa gitulah, aku rasa resepi aku ni memang simple gila. 
  6. Budak 7 tahun pun boleh buat.
  7. Tapi jangan lupa untuk tapis setiap lapisan sebelum dimasukkan dalam bekas acuan.
  8. Siap dan sila masuk peti untuk rasa yang lagi sedap!
  9. Mesti anak-anak lagi suka nak makan agar-agar sebab guna Yeo's Yeogurt Anggur. Haaa!
  10. Selamat mencuba ye!










FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO' ONN MERIAH

$
0
0

Festival JLand 2018 @Bandar Dato' Onn | Yeay hujung minggu di Festival JLand 2018 @Bandar Dato' Onn yang telah dianjurkan oleh Land Berhad (JLand) bermula 14 hingga 16 Disember 2018 dimana lokasi festival ini bertempat di Tapak Ekspo Bandar Dato' Onn.


Untuk yang tak tahu Festival kali ini bertemakan Raikan Kemeriahan, Lestari Kehidupan itu bertujuan mempromosi produk hartanah dan kawasan kediaman yang dibangunkan oleh JLand selain menjadi platform membina ukhuwah dan meraikan pelanggan setia syarikatserta menjalinkan jaringan sosial dan profesional dalam kalangan agensi kerajaan berkaitanpihak swasta mahupun masyarakat.

Festival tersebut juga diadakan sempena meraikan Sambutan Ulangtahun Ke-50 Johor Corporation. Pengunjung boleh hadir seawal jam 8 pagi hingga 11.30 malam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.


Antara pengisian programnya ialah  pameran oleh syarikat Kumpulan JCorp seperti KPJ Johor Specialist Hospital dan Waqaf An-Nur Corporation Berhadserta agensi kerajaan dan swasta termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), Bank Islam Malaysia, Proton Edar Sdn Bhd dan Jalen Distributors Sdn Bhd.



Tak lupa juga di Festival ini bukan slot hiburan semata-mata tetapi majlis ilmu dengan slot Bicara Hijrah dan Forum Perdana. 

Paling best,banyak gila aktiviti menarik dan unik untuk seisi keluarga seperti belon udara panas, e-Sports Challenge, Green Run dan jualan Food Truck dan part paling best buat mereka yang hadir adalah cabutan bertuah. Yes! Jom jadi pengunjung yang bertuah dengan memenangi hadiah,yuhuu. Festival yang aku rasa cukup meriah dan wajib datang bersama keluarga dan kawan-kawan.



Festival JLand turut membuat penampilan khas maskot Angry Birds Activity Park serta Didi & Friends buat pengunjung kanak-kanak.

Pada sebelah malampengunjung berpeluang menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka seperti Ruffedge, Ismail Izzani dan Siti Sarah dalam Konsert Festival JLand.

Untuk maklumat lanjut mengenai Festival JLand 2018 @Bandar Dato’ Onn, sila layari laman Facebook rasmi Festival JLand 2018 atau hubungi talian 07-2221767.
Viewing all 439 articles
Browse latest View live