Quantcast
Channel: Mek Onie
Viewing all 439 articles
Browse latest View live

PROMOSI 'PERDANA 188 DEALS' DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU

$
0
0
Promosi 'Perdana 188 Deals' Di Hotel Perdana Kota Bharu |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Cuti sekolah dan tak tahu nak bercuti dimana? Yes! Anda kini berada dipautan yang tepat sekali untuk mereka yang mencari lokasi sebenar cuti sekolah bersama keluarga tercinta dan sahabat handai. Di Hotel Perdana Kota Bharu kini sedang mengadakan Promosi 'Perdana 188 Deals' dimana pakej promosi bilik ini untuk satu malam. Harga termasuk sarapan pagi untuk 2 orang dewasa serta 2 orang kanak-kanak berumur 5 tahun yang berkongsi bilik dengan ibubapa.


Untuk pengetahuan semua, Hotel Perdana Kota Bharu ini merupakan sebuah hotel premier yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu,Kelantan. Hotel ini membawa imej kebudayaan Melayu Klasik yang unik dengan sentuhan moden yang mewah. Hotel ini juga mempunyai 272 bilik yang berkonsepkan moden kontemporari,sesuai buat mereka yang berkunjung ke Kelantan untuk bercuti mahupun atas urusan perniagaan. 


Biik Deluxe Classic yang super cantik dan luas

Berdasarkan tajuk di atas, kita semua telah menghampiri ke penghujung tahun 2018 dan Hotel Perdana Kota Bharu telah mengadakan promosi 'Perdana 188 Deals' bagi menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong dan memilih Hotel Perdana Kota Bharu.


'Perdana 188 Deals' merupakan pakej promosi bilik pada harga terendah yang telah dilancarkan pada 18 Disember 2018. Menerusi promosi ini, tetamu dapat meneumpah bilik Deluxe Classic dengan harga serendah RM188 untuk satu malam. Harga promosi ini termasuk sarapan pagi untuk 2 orang dewasa serta 2 orang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang berkongsi bilik dengan ibubapa. Bestkan? Dah la murah, siap dapat sarapan lagi. Siapa taknakkan?




View dari Hotel Perdana Kota Bharu


Dengan harga promosi serendah RM188, pelanggan akan mendapat keselesaan bilik yang berkeluasan 32 meter persegi dimana bilik ini cukup luas untuk percutian bersama keluarga tersayang. Selain itu, bilik Deluxe Classic juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti LCD TV Skrin Rata beserta siaran Astro, kemudahan mesin pembancuh kopi,minibar, seterika serta papan alas seterika, peti simpanan, sejarah serta akses Wi-Fi secara percuma. Ye, korang pasti akan puas hati dengan kemudahan yang disediakan di Hotel Perdana Kota Bharu ini. Paling best, lokasi hotel ini sangat strategik dimana tenpat-tempat yang wajib dikunjungi ada berdekatan dengan hotel ini. Antara lokasi yang wajib singgah sekitar Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah, Pasar Terapung Pulau Suri, Air Terjun Jelawang, Masjid Ar-Rahman, Pasar Malam Wakaf Che Yeh, Bazar Tok Guru, Rumah Api Pantai Senok, Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Muzium Negeri Kelantan, Masjid Kampung Laut, Pasar Besar Siti Aishah Jelawat, Pantai Tok Bali, Pantai Irama, Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat), Muzium Diraja (Istana Batu), Kampung Kraftangan,Pantai Cahaya Bulan dan banyak lagi.






Untuk makluman semua, harga promosi ini hanya sah dengan tempahan atas talian di laman sesawang Hotel Perdana Kota Bharu sahaja iaitu di www.hotelperdanakotabharu.com dari 18 hingga 22 Disember 2018. Tempahan ini sah sehingga 22 Mac 2019 dan tertakluk kepada kekosongan bilik. Harga Promosi Perdana Deals adalah tertakluk kepada terma dan syarat.


Selain itu, jangan lupa untuk menikmati 'Festive BBQ Buffet Dinner' dengan harga RM75 seorang pada 24 Disember 201& dan 31 Disember 2018. Untuk tempahan 'Festive BBQ Buffet Dinner' boleh berhubung di talian 09-7458888
   

MAJLIS PELANCARAN DEWAN PERKAHWINAN LUGAR DE LA BODA, PUCHONG PRIMA

$
0
0
Majlis Pelancaran Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Yeayyy finally! Setelah pelancaran Ambassador Putrajaya pada tahun lepas, kini Hanana Group Sdn.Bhd telah mengadakan Majlis Pelancaran Dewan Perkahwinan Lugar De La Boda pada 5 Januari 2019 yang lepas. Kepada bakal pengantin, yes! inilah masa yang sesuai untuk korang menempah awal lokasi perkahwinan dengan harga pakej yang berbaloi serta lokasi yang cukup strategik dan indah.


Untuk pengetahuan semua, kali ini Hanana Group Sdn.Bhd akan tawarkan pakej RM28,000 setelah diskaun pada hari pembukaan adalah RM23,000 which is jimat RM5,000. Menariknya kali ini, mereka turut memperkenalkan dua pakej untuk dua tempat baharu iaitu LUGAR DE LA BODA - GARDEN WEDDING, PUCHONG. Lugar De La Boda Garden Wedding, Puchong ini mengetengahkan konsep 'Garden Wedding' dan ia merupakan konsep yang pertama di Puchong. Bertemakan perkahwinan ala-ala garden (konsep terbuka) yang membawa konsep ala-ala santai gitu dan juga seperti di dalam taman ianya telah beroperasi pada 5 Januari 2019 dan bestnya sesiapa yang nak diskaun korang kena alert. Sebab biasanya, diskaun yang ditawarkan cukup lumayan dan puas hati.






Tahniah saya ucapkan atas pelancaran Lugar De La Boda sekali lagi buat pemilik Hanana Group Sdn.Bhd. 




Satu yang aku nak cakap tentang pakej perkahwinan di Lugar De La Boda dibawah kelolaan Hanana Group Sdn.Bhd ini adalah super friendly juga sangat helpful terutama dari segi pemilihan tema, pakaian dan makanan. Dorang akan serve mengikut kemampuan dan tema apa yang kita nak.


Untuk makluman semua, Hanana Group Sdn. Bhd telah membuka cawangan dewan perkahwinan yang kedua iaitu di kawasan Puchong, Selangor iaitu Lugar De La Boda. Nama Lugar De La Boda ini  diberi bersempena perkataan wedding place di dalam bahasa Sepanyol. Dewan ini juga mempunyai ciri-ciri modern english yang bertatahkan warna emas dan juga warna putih manakala daun-daun dan pokok-pokok yang pemilik ini tanam terdiri daripada pokok-pokok palm dan juga pokok-pokok taman.


Dewan Perkahwinan Puchong ini boleh memuatkan sehingga 50 biji meja dan 500 biji kerusi chivari gold di dalam satu masa.Bagusnya Lugar De La Boda ini, terdapat juga tandas lelaki dan tandas perempuan di bahagian belakang dewan juga surau lelaki dan perempuan di bahagian tepi dewan. Pejabat HGSB berada di sebelah surau lelaki dan mereka juga kalau korang nak tahu ada sediakan bilik akad nikah untuk bakal pengantin, haaaa...cukup lengkap dah rasa tu kan :)




Maksimum tetamu di sini boleh mencukupi sehingga 1,000 pax dengan harga yang dipamerkan seperti gambar di atas dan minimum tetamu adalah 300 pax. Pada yang ingin tahu makanan yang disajikan di sini cukup sedap dan puas hati mengikut bajet yang diperuntukkan. Dengan dewan yang cukup indah dan selesa, tuan rumah pada majlis ini tidak perlu risau akan semua itu.





Semasa majlis pelancaran Lugar De La Boda ini, kami semua turut dihiburkan bersama Azlee Kumpulan Senario dan juga band The Potai yang cukup meriah. Tanpa mereka juga, tidak lengkap juga kenangan manis semasa majlis pelancaran Lugar De La Boda ini kan. Apapun tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Hanana Group Sdn.Bhd atas pelancaran lokasi dewan perkahwinan terbaharu mereka.



Alamat HQ:
Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik, 
Persint 15, 62050 Putrajaya

Alamat Lugar De La Boda:
Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor

Telefon:
Farah : 016 - 6700 457
Hanis : 016 - 6700 752
Rezza : 016 - 6700 473
Liana : 016 - 4318 434


KENAL HUKUM TAJWID DIUSIA MUDA BERSAMA BEANAHOMEQURAN

$
0
0




Kenal Hukum Tajwid Diusia Muda Bersama Beanahomequran | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Diusia kecil inilah, ibubapa perlu mendidik anak-anak untuk mengenal Huruf Hijaiyah. Permulaan untuk mengenali hukum tajwid adalah bermula daripada pengenalan huruf hijaiyah dahulu. Namun, pengenalan hukum hijaiyah ini menjadi senang kepada mereka terutama yang berusia muda seperti kanak-kanak dengan menggunakan konsep fun, colouring, game dan pelbagai lagi.


Biasalah, bila diusia muda mula ingin belajar terutama dalam kalangan kanak-kanak, pelbagai dugaan yang perlu dilalui oleh ibubapa atau tenaga pengajar. Maklumlah, minat kanak-kanak ini berlainan dengan orang dewasa kerana adalah pemikiran kanak-kanak mereka ingin bermain dan sekaligus minat untuk belajar sesuatu yang berfaedah kurang diminati.


Untuk memupuk minat yang mendalam buat kanak-kanak ini adalah dengan mengajar sambil bermain atau terpulang kepada tenaga pengajar bagaimana mereka ingin dedahkan ilmu agama sehingga menarik minat kanak-kanak untuk seronok belajar. Nak mudah bukan senang dan nak senang bukan mudah. Jadi untuk membuatkan mereka kenal hukum tajwid diusia muda bersama BeanaHomeQuran bukan satu hal yang remeh malah nakkan sesuatu yang hebat buat anak-anak adalh bermula daripada didikan ibubapa. Moga aku menjadi ibu bapa (sempat) yang rajin mendidik anak-anak sejak dari kecil dan terima kasih juga buat umi abah sebab korbankan masa, wang dan tenaga untuk menghantar aku ke kelas pengajian.


Kalau korang nak tahu, kini BeanaHomeQuran telah beroperasi hampir lebih kurang 2 tahun sejak mereka mula beroperasi sejak disember 2016 dan sehingga kini mendapat sambutan oleh orang ramai kerana BeanaHomeQuran ini memudahkan urusan orang ramai dalam belajar ilmu agama.



Mengenai BeanaHomeQuran:

Kalau korang nak tahu, BeanaHomeQuran ini merupakan home tutor kelas mengaji dan asas fardhu ain. BeanaHomeQuran menawarkan  perkhidmatan mengajar mengaji dan fardhu ain secara persendirian iaitu dari rumah ke rumah. Ini yang aku katakan, banyak memudahkan urusan orang ramai kerana mengajar mengaji dan fardhu ain secara persendirian atau berkumpulan dari rumah ke rumah. BeanaHomeQuran juga turut menjalankan perkhidmatan mengajar mengaji secara berkumpulan sama ada kecil atau besar yang mengandungi tidak lebih daripada 6 orang pelajar.


BeanaHomeQuran merupakan kelas mengaji yang disediakan untuk orang dan menyediakan home tutor untuk datang ke rumah anda dan mengajar anak-anak anda. Paling penting, anda (ibubapa) tidak perlu lagi bersusah payah untuk datang ke pusat tertentu. Hanya perlu daftar dan beritahu hari yang sesuai untuk belajar mengaji dan tutor kami akan segera ke rumah anda mengikut hari yang telah ditetapkan. See, dah la tutor datang ke rumah, jadual kita pula yang susun sendiri. Memang sangat okay.


BeanaHomeQuran ini menawarkan kelas tutor mengaji khusus untuk kanak, remaja dan dewasa. Sekiranya anda dan juga anak-anak anda ingin belajar mengaji bersama juga tidak menjadi masalah. Belajar secara personal dan berdepan dengan ustaz atau ustazah kami pasti akan lebih mudah difahami dan lebih mudah untuk tangkap dengan apa yang dipelajari kerana setiap tutor mempunyai kaedah yang tersendiri untuk membuatkan mereka terus minat dalam belajar terutama kanak-kanak.




Suasana Pembelajaran:

Suasana di rumah yang kondusif dan selesa membuatkan tumpuan akan menjadi lebih fokus. Anak-anak akan lebih mudah dan cepat faham akan apa yang dipelajarinya. Kesalahan-kesalahan yang dibuat ketika membaca Al-Quran dapat didengari dan diperbetulkan dengan segera. Pada permulaan kelas, anak-anak berkemungkinan merasa kurang selesa, tetapi lama-kelamaan ianya akan menjadi perkara biasa.


Kesemua aktiviti belajar mengaji dan kelas fardhu ain boleh dilakukan di rumah, di pejabat ataupun di mana-mana tempat yang bersesuaian. BeanaHomeQuran ini menggunakan konsep talaqi iaitu pertemuan atau perjumpaan yang berasaskan pengajian ilmu islam. Ia akan disampaikan oleh tenaga pengajar kami kepada kanak-kanak, remaja dan juga dewasa supaya lebih tekun dan fokus dalam pengajian membaca Al-Quran dan Ilmu Fardhu Ain.




Servis Yang Ada Di BeanaHomeQuran:

Sejak 2016 BeanaHomeQuran beroperasi, terdapat lebih daripada 200 orang pelanggan telah berdaftar dan menjalani kelas mengaji Al-Quran dan kelas Fardhu Ain. Tenaga pengajar juda telah ramai yang berdaftar dengan kami dan kini kami telah mempunyai lebih daripada 100 orang yang mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.


BeanaHomeQuran juga turut menyediakan pusat pengajian bergerak. Ia merupakan pusat pembelajaran kami yang terletak di Kota Damansara, Selangor. Pusat pembelajaran ini sangat strategik kedudukannya kerana ianya terletak di antara Petaling Jaya dan Subang. Jika anda tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian BeanaHomeQuran, anda juga boleh terus berdaftar dan belajar mengaji di sini.


Sekiranya anda tinggal jauh dari kawasan pusat pengajian BeanaHomeQuran, tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan utama BeanaHomeQuran adalah mengajar mengaji secara persendirian dari rumah ke rumah. Di BeanaHomeQuran, mereka mempunyai ramai tenaga pengajar yang secukupnya. Tenaga pengajar kami akan dihantar ke rumah anda atau tempat yang anda cadangkan untuk mengajar mengaji Al-Quran kepada anda.


Servis Beana Tawarkan:
  • BeanaHomeQuran menawarkan membaca Al-Quran selama 50 jam menggunakan kaedah-kaedah tertentu.
  • Menawarkan kelas kelas Asas Fardhu Ain secara percuma kepada sesiapa yang mendaftar kelas mengaji Al-Quran.
  • Kelas Tasmi'
  • Kelas Fardhu Ain
  • Kelas Bahasa Arab
  • Kelas Tahsin Ibadah

Lokasi BeanaHomeQuran
  • Beroperasi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Lokasi termasuklah di Puncak Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Bandar Klang, Banting, Dengkil, Bangi, Serdang, Kajang dan Hulu Langat.

Keistimewaan pelajari bersama BeanaHomeQuran

  • Dapat pelajari ilmu dengan mudah.
  • Tidak perlu bersesak-sesak untuk ke pusat pengajian.

Peluang Pekerjaan Kepada Pelajar IPT, Fresh Grad Atau Sesiapa Yang Berminat:

Skop Kerja 
  • Mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain
  • Mengajar Kelas Asas Hafazan
  • Mengajar dalam Bahasa Melayu atau English
  • Mengajar Kelas Advance

Syarat-Syarat Kelayakan
  • Warganeraga Malaysia
  • Berumur 20 tahun ke atas
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pengajian Islam atau apa-apa sijil yang diiktiraf
  • Mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
  • Memiliki kenderaan
  • Memiliki smartphone

Kelebihan Menjadi Tutor Beana
  • Anda berhak menyusun jadual kerja anda sendiri
  • Bekerja dengan waktu yang fleksible
  • Mengajar disekitar tempat anda sahaja KL/Selangor/Putrajaya Sahaja
  • Elaun yang lumayan
  • Insentif Belian Kereta & Umrah
  • Penyata elaun disediakan
  • Reward Tutor Bulanan
  • Latihan dan konsultansi diberikan

Jika berminat boleh emailkan resume ke info.beanahomequran@gmail.com atau whatsapp cik sofea - 011-37391905 . Ustazah diutamakan dan borang pendaftaran tutor di sini.



Sebelum bercerita lebih panjang lagi tentang BeanaHomeQuran ini, izinkan aku untuk berkongsi sedikit tentang 15 kelebihan bila kita membaca al-quran:



  1. Dapat pahala dan kebaikan
  2. Dapat memberikan darjat yang lebih baik
  3. Memperoleh lindungan dan rahmat daripada malaikat
  4. Memberikan syafaat
  5. Membuatkan seseorang menjadi baik
  6. Membuatkan hati tenteram
  7. Agar selamat dunia akhirat
  8. Sebagai penawar penyakit
  9. Sebagai penyembuh penyakit hati
  10. Memberi kenikmatan kepada orang tua
  11. Mendapat ganjaran dengan membaca dan mendengarnya
  12. Menambahkan iman
  13. Menjadi panduan hidup
  14. Memudahkan untuk mendidik anak supaya pandai mengaji
  15. Memudahkan untuk menghafal al-quran


Email: beanahomequran@gmail.com
Tel: 011-5223 4111

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

$
0
0
MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

Menginap Di Hotel The Pearl Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay! Hotel pertama yang aku menginap pada tahun 2019 adalah di The Pearl Kuala Lumpur. Hotel ini dahulunya dikenali sebagai Hotel Pearl International dan kini, The Pearl Kuala Lumpur. Sejujurnya, aku agak cuak juga sebenarnya bila dah nak dekat sampai tapi bila tengok dari jauh, nama hotel tu Hotel Pearl International. Kau cuak dia tu,macam weiiii lampu merah dah tinggal 2 saat betul ke tak hotel ni? Karang aku park pastu salah buang masa aku je. Then, time tu jugak aku call member aku, yess!hotel yang nak pergi tu betul dan bangunan hotel tu akan ada signboard Econsave. So yes! Jangan terkejut macam aku lak. Korang waze je The Pearl Kuala Lumpur then betullah tu. Memang signboard hotel tu masih ada nama 'Hotel Pearl International'. Just makluman je,kot sesiapa yang nak pergi lepas tu dah nak sampai jadi cuak macam aku,haha..


First thing first, ini adalah pertama kali aku datang hotel The Pearl Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Klang Lama which is, hotel ini memang berdekatan dengan segalanya. Kira dekat la jugak dan bukan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur tau. Jadi untuk mengalami kesesakan lalu lintas tu lebih kurang tipis sikit kecuali kalau nak ke hotel ni masa peak hour. So, pilih timing yang betul ye guys. Masa aku pergi hotel ni pada hari jumaat jam 1 petang dan jalan sangat lancar. Seronok pulak rasa. Aku menginap di sini atas sebab ada urusan kerja pada hari tersebut. Alang-alang ada urusan kerja di The Pearl Kuala Lumpur ni jugak, aku decide untuk terus stay je satu malam di hotel sini. Saja la nak pelepas angin lepas tu siapkan kerja di hotel tu. Suasana buat kerja di hotel dan di rumah ni memang 100% lain macam tau. That's why aku nak stay hotel malam tu.


MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR


Sedikit informasi berkenaan The Pearl Kuala Lumpur:

Yes. Seperti yang aku maklumkan di perenggan atas tadi, hotel ini sekarang dikenali sebagai The Pearl Kuala Lumpur. Hotel ini terletak di lokasi yang sangat strategik between Kuala Lumpur and Petaling Jaya. The Pearl Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel ikonik yang berkelas perniagaan terletak di tengah-tengah Jalan Klang Lama yang menawarkan 480 bilik tetamu yang cukup selesa, moden dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti menarik.


Seronoknya bagi yang menginap di The Pearl Kuala Lumpur adalah kerana para tetamu dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang hebat kerana hotel ini terletak di Pusat Beli-Belah Pearl Point dan di sebelahnya Pearl Point Shopping Mall dengan menggunakan jambatan berdekatan. Kemudahan fasiliti yang lain seperti kolam renang, Fitness (Level 5), Pusat Perniagaan, Dobi, Perkhidmatan Internet, In-Room Dining, Free Parking, Podium Parking, berdekatan dengan pusat beli belah dan bilik seminar.


MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

SEKARANG IAITU MASA AKU MENAIP ENTRI INI PADA 14 JANUARI 2019 THE PEARL KUALA LUMPUR TENGAH ADA PROMOSI BILIK DELUXE SEPERTI YANG AKU DUDUK NI. HARGA BERMULA RM180+. HAA, CEPAT TEMPAH SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!

Bilik aku adalah Deluxe dan ya sangat selesa cuma pada masuk awal-awal tu aircond dia lambat sikit nak sejuk. Tapi okaylah, best. Bilik aku view dengan jalan raya which is boleh nampak highway NPE, Jalan Klang Lama, Kuchai Lama, Perumahan sekitar Pantai Dalam. Tempat parking pun mudah nak cari dan aku sarankan bagi sesiapa yang nak stay di The Pearl Kuala Lumpur ini carilah signboard (kecik jugaklah) Parking Lobby Hotel. Haaa follow je signboard tu supaya masa nak ke hotel tu tak lost. Maklumlah bangunan hotel ni dia bercampur dengan Pusat Beli-Belah dan makanya ikut macam cara aku cakap. Aku haritu parking dekat Basement 2 betul-betul depan pintu lif,haha..Dasar pemalas nak jalankan :P


MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR


Sampai depan lif Basement 2, aku picit ke level Lobby. Yes, jangan pening-pening. Direction nak ke lobi semestinya mudah sahaja. Rasa lost sikit, jangan segan untuk bertanya rakyat sekitar bangunan itu okay?


MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR


Dan mempersembahkan inilah bilik aku. Nama bilik aku adalah Deluxe dan masa aku stay harga satu malam dia boleh tahan mahal jugak, maklumlah hotel 4 bintang chuols. Tapi puas hati jugaklah cuma yang tak puas hati aku tak dapat mandi dekat bath tub, ginilah menginap sambil bekerja. Tak sempat manjang nak manjakan diri dekat bath tub dalam toilet. Kebersihan di bilik aku, yes okay cuma macam aku cakap tadi, aircond dia kemain lambat nak sejuk,haha. Nasib la penyabo. Tv jela, hadoi siaran kat bilik aku ni tak berapa nak onzzzzzz... geram kita wak,haha..


Berkenaan parking tu, memang la free parking. Masa parking jangan lupa simpan kad parking tu untuk di validate di Front Desk Counter dan selepas validate jangan lupa pula untuk sahkan kad parking korang sekali lagi di mesin Auto Pay dan sediakan RM3. Memang kena bayar RM3 tau. Kalau tak, bapak mahal weh parking dia. So bagi sesiapa yang stay di The Pearl Kuala Lumpur jangan lupa untuk validate kad parking di front desk counter di lobi hotel tau.


MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR


Ya, gambar atas ni adalah view dari swimming pool dan inilah view bilik aku, cuma swimming pool berada di tingkat 5 dan bilik aku di tingkat 13. Memalam kalau shoot timelapse kat bilik or executive lounge tingkat 23 tu cun gak. 


Di The Pearl Kuala Lumpur juga terdapat bilik seminar, bilik mesyuarat yang sesuai bagi mereka yang nak buat kursus, seminar/bengkel, pelancaran produk, birthday party, majlis perkahwinan dan banyak acara yang boleh dijalankan di sini kerana terdapat 1 ballroom dan 13 function rooms termasuk swimming pool ( gambar pool ada dibawah). Kemudahan di sini cukup lengkap bagi mereka yang nak jalankan acara.

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR


Bukan tu sahaja, kebetulan masa aku menginap di sini. Di Executive Lounge ada King of the Grill BBQ Buffet Italian. Huiii, makanan kegemaran tu oii. Dah alang-alang jugak stay sini aku makan malam sekali di sini. Gambar makanan boleh tengok di bawah nah :)


Gambar atas ni pulak adalah tempat aku breakfast di level 5, makanan breakfast dia bagi aku bolehlah dan kena ada peningkatan sikit. Heee.. 


Gambar-gambar sekitar dalam Bilik Deluxe:

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR



Makan Malam Di Executive Lounge Tingkat 23

Yihaaaaaa, time for dinner. Benda ni la paling aku suka. Makan! Dengar kata makan malam berkonsepkan makanan Itali dan King Of The Grill yang terletak di Executive Lounge Tingkat 23. Makanan dia tengok sikit tapi bila nak mula ambik makanan tu, haiyoooooo dah kenapa tiba-tiba banyak pulak makanan ni. Pening nak pilih makanan mana dulu. Tapi kalau makanan Itali ni aku tak risau dah, dulu-dulu je macam tak tahu nak start makan yang mana dulu. 


MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR


First aku akan ambil Fettuccine Carbonara, Baby Lobster, Penne Corto Con Verdure In Concasso Di Pomodoro, Verdure Grigliate Con Erbe Fresche E Parmigiano, Black Mussel dan Oyester. Wei serius! Kalau korang makan makanan itali benda first korang kena cuba adalah Fettuccine Carbonara. Allahu, sedap yang amat, sepinggan jugak aku makan. Habis sepinggan tambah pinggan kedua, bhahahaha.. Pheww, rindu pulak dengan makanan Itali dorang ni. Siapa yang mengidam nak makanan Itali ni, korang kena datang ke The Pearl Kuala Lumpur dan buat tempahan sebelum terlambat.

Harga:

King Of The Grill - Chinese New Year ( 1 - 1 Feb 2019 )
  • Dewasa : RM98+
  • Kanak-Kanak : RM45+

Chinese New Year Eve ( 4 Februari harga akan naik)
  • Dewasa : RM118+
  • Kanak-Kanak : RM45+

Chinese New Year Eve ( 4 Februari 2019 sahaja, Level 5, Cafe 5). 
Menu seperti di Executive Lounge Level 23 ( King Of The Grill, Buffet Italian)

  • Dewasa : RM98+
  • Kanak-Kanak : RM35

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR


MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

MENGINAP DI HOTEL THE PEARL KUALA LUMPUR

Dan atas inilah view malam yang aku cakap tu, cantikkan kalau shoot night mode ni. Anyway, terima kasih banyak The Pearl Kuala Lumpur atas layanan yang diberikan. Rindu makanan Itali itu T_T





Salam Sayang,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com


KONSERT SABYAN LIVE IN MALAYSIA 2019 MERIAH

$
0
0


Konsert Sabyan Live In Malaysia 2019 Meriah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru-baru ini iaitu pada 12 Januari 2019 aku berkesempatan ke Konsert Sabyan Live In Malaysia 2019. Sejujurnya, aku seorang peminat pada artis muda dari negara jiran iaitu Indonesia, Sabyan Gambus. Kemunculan Sabyan Gambus ini membuatkan ramai pendengar dari corong radio di Malaysia semakin mengenali akan lagu beliau. 


Pada 12 Januari 2019 yang lalu, Konsert Sabyan Live In Malaysia 2019 telah mendapat sambutan yang luar biasa di Malaysia. Kumpulan nasyid Sabyan Gambus dari negara jiran tampil dengan konsert sulung mereka di Malaysia bertempat di Stadium Malawati Shah Alam. Bagi yang belum mengenali Sabyan Gambus ini jom kita kenali mereka dengan lebih rapat lagi. Sabyan Gambus mula ditubuhkan pada tahun 2015 dan terdiri daripada enam orang ahli. Mereka adalah Khoirunnisa atau Nissa,19 (vokalis), Ahmad Fairuz (Ayus)Keyboard, Sofwan Yusuf atau Wawan (perkusi), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh (Tebe) biola, dan Anisa Rahman (backing vokal).





Mula menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia apabila lagu saduran yang telah dinyanyikan oleh mereka yang berjudul Deen As Salam mendapat perhatian di saluran Youtube. Setakat ini sebanyak 190 juta tontonan dan lagu ini sentiasa mendapat putaran lagu diradio-radio Malaysia mahupun di negara asal mereka. Bukan itu sahaja, lagu lain seperti Ya Habibal Qolbi, Rohman Ya Rohman dan Ya Asyiqol turut mendapat ratusan juta pendengar di laman Youtube.


Syarikat MHH Laguna Sdn.Bhd telah mengambil langkah berani dengan menganjurkan "Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019". Acara konsert selama 3 jam yang akan menampilkan persembahan pembukaan oleh Kumpulan Nasyid terkenal Malaysia, UNIC serta The Helmies (Heliza Helmi & Hazwani Helmi). Manakala Sabyan Gambus menyampaikan keseluruhan 13 buah lagu sepanjang malam tanpa henti. Hebat sungguh vokal Sabyan. 


Istimewanya pada malam Konsert tersebut, Sabyan turut memperkenalkan single terbaharu mereka yang berjudul 'Sukron Lillah'. Menurut Nisa juga, tahun 2019 ini adalah permulaan tahun yang baik buat beliau dan teamnya kerana seawal 2019 mereka telah mengorak langkah mengadakan acara yang dalam berskala besar seperti ini di luar Indonesia. 


Senarai Lagu Persembahan pada malam Konsert Sabyan Live In Malaysia 2019:
  1. Nassim
  2. Ahmad Ya Habibi
  3. Ya Asyiqol Medley Ya Habibal
  4. El Oum
  5. Deen As Salam
  6. Sukron Lillah
  7. Lawkan Bainana
  8. Atuna
  9. Jamalu
  10. Ya Maulana
  11. Allahumma Labbaik
  12. Kun Anta
KONSERT SABYAN LIVE IN MALAYSIA 2019 MERIAH


KONSERT SABYAN LIVE IN MALAYSIA 2019 MERIAH

Apapun, satu pengalaman yang cukup menarik dan luar biasa bila dapat join konsert islamik sebegini. Semoga tahun 2019 ini, merupakan tahun yang terbaik buat semua umat. Turut hadir dan membuat persembahan pada Konsert Sabyan tempoh hari adalah The Helmies (Heliza Helmi dan Hazwani Helmi) serta UNIC. Paling terkesima bila The Helmies perlu ke Syria pada malam konsert tu. Sungguh bertenaga beliau dan untuk Sabyan Gambus, moga terus sukses dan dikenali ya. Konsert yang luar biasa tanpa henti oleh Sabyan Gambus. Moga ada lagi Konsert islamik sebegini :)


 Salam Sayang, 
Mek Onie
mekonie@yahoo.com



MAKAN JAMU RAHSIA BIDAN KAMPUNG UNTUK KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN WANITA

$
0
0



Makan Jamu Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran Wanita  | Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Untuk entri kali ini aku nak share berkenaan jamu. Haa, siapa sini memang consume jamu? Jamu kali ini adalah jenis tablet dan aku sendiri pernah minum jamu beras (kot namanya) di Jogjakarta bulan 12 haritu, haiyooo. Jenis jamu yang minum ni aku seriau sikit, tapi jangan risau korang.. jamu yang aku nak share ini adalah dalam bentuk tablet dan nak telan pun mudah sahaja. Ada 3 jenis jamu dan antaranya adalah Jamu Rahsia Bidan Kampung, Jamu Persona Wnaita dan Jamu B-Natural. Aku akan kongsikan kelebihan-kelebihan yang ada pada jamu ini dan jom baca dulu then nanti baru aku cerita pengalaman aku sepanjang consume jamu ni.


Actually baru seminggu sahaja aku consume jamu ini dan moga-moga dapat hasil yang baik. Tapikan bila sebut sahaja berkenaan jamu. Mesti ramai kata, eh! aku belum kahwin mana boleh makan jamu. Haaa, salah ye kawan-kawan, masa bujang ni la kita kena makan jamu terutama untuk kesihatan dalaman dan luaran wanita. Nak nampak kulit cantik, segar berseri kenalah makan jamu. Tapi makan jamu ni boleh memang boleh, cuma pemakananan kena jaga. Pengambilan air kosong pun kena jaga juga. Minum air secukupnya supaya badan tidak lesu. Untuk ketiga-tiga kapsul jamu yang aku kongsi ini, remaja berusia 17 tahun ke atas pun sebenarnya dah boleh makan. Ibu selepas bersalin boleh amalkan juga tapi 2 minggu selepas bersalin la seeloknya. Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi dan darah rendah yess korang boleh pergi





Siapa Je Yang Boleh Makan Ketiga-tiga Kapsul Ni?
  • Remaja dah boleh start ambil jamu paling penting 17 tahun ke atas
  • Ibu selepas bersalin boleh amalkan (2 minggu selepas bersalin)
  • Pesakit kencing manis, darah tinggi dan darah rendah
  • Yang ada masalah sembelit dan gastrik boleh consume gak


3 Jamu (30 biji/botol):
  • Jamu Rahsia Bidan Kampung
  • Jamu Persona Wanita
  • Jamu B-Natural
Jamu Rahsia Bidan Kampung (Herba Asli Turun-Temurun)

Jamu Rahsia Bidan Kampung antara jamu yang mendapat permintaan ramai wanita. Dirumus khas dengan herba 100% semulajari kacip Fatimah dan Manjakani bagi menyelesaikan masalah kewanitaan masa kini. Jamu Rahsia Bidan Kampung hanya yang terbaik mereka hasilkan. Dengan kepakaran 5 bintang mampu memberikan keyakinan kepada wanita ketika menghadapi masalah di bahagian dalaman.


Produk yang dirumuskan dengan ramuan terbaik seperti kacip fatimah, manjakani, akar serapat, belimibing tanah dan juga mas cotek cukup untuk memastikan anda tampil menarik berdepan suami serta mempunyai dalaman yang elok dan kembali dara terutama bagi wanita selepas melahirkan anak.




Ada kelulusan KKM,NOT KKM : MAL07061483T

Kelebihan Jika Mengamalkan Jamu Rahsia Bidan Kampung:
  • Mengecutkan peranakan dan urat yang kembang
  • Mengatasi masalah period yang tidak teratur
  • Melegakan sengugut
  • Mengetatkan bahagian keintiman
  • Memberikan tenaga dan meringankan badan
  • Merawat keputihan dan masalah lelehan pada faraj
  • Mengawal bau yang tidak menyenangkan pada bahagian intim wanita
  • Menghilangkan gatal-gatal di faraj
  • Payudara kembali tegang
  • Mengeluarkan angin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah

Cara Pengambilan:
  • 1 Biji selepas makan malam (makan setiap malam)
  • Untuk kesan yang lebih cepat korang boleh makan 2 biji selepas makan
  • Jangan ambil ketika waktu period
  • Sekiranya ada mengambil ubat lain, jarakkan pengambilannya dan jamu ini seeloknya diambil waktu malam selepas makan malam atau sebelum tidur.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Ciri-Ciri Jamu Rahsia Bidan Kampung Dan Keistimewaannya:
  • Mudah dibawa
  • Senang untuk digunakan
  • Ada 5 bintang yang menunjukkan kepakaran kami adalah membantu para wanita menyelesaikan masalah kewanitaan
  • Kesan dapat dirasai dalam masa seminggu
  • Mereka hanya menggunakan bahan terpilih untuk menghasilkan kualiti produk yang betul-betul membantu para wanita.
  • Manfaat untuk keseluruhan kesihatan dalaman wanita
  • Berbentuk kapsul yang mudah untuk dibawa kemana sahaja.



Persona Wanita

Persona Wanita adalah jamu khas untuk payudara dihasilkan oleh formula herba 100% original asli dan dibuat secara moden tanpa menggunakan bahan kimia. Persona wanita herba tradisional yang dihasilkan daripada pilihan 5 herba kampung terbaik khas untuk para wanita mengekalkan kecantikan payudara mereka bagi yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Dengan kepakaran 5 bintang dari pakar menjadikan aset wanita ini lebih ajal dan mantap tanpa perlu berbelanja besar. Antara herba terpilih adalah seperti Barrington Acutangula, Radic Hippocreatea (Serapat), Pueraria Mirifica Rhizome ( Ubi Lobata), Nigella semestinya sempurna bagi memastikan para wanita mendapatkan keanjalan payudara yang dimpikan selama ini.




Ada kelulusan KKM,NOT KKM : MAL10053710T 

Kelebihan Jika Anda Mengamalkan Jamu Persona Wanita:
  • Membesarkan lagi payudara
  • Mencerahkan puting payudara
  • Menjadikan payudara lebih padat
  • Mengurangkan kedutan pada payudara
  • Menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi
  • Menegang dan menstabilkan kedudukan payudara
  • Menganjalkan payudara
  • Dapat kekalkan kecantikan payudara

Cara Pengambilan:
  • Diambil 2 biji pagi (Selepas sarapan pagi)
  • Minum air putih seperti biasa
  • Elakkan airlimay/lemon dan kelapa sebab potong kesan jamu
  • Elakkan kafein untuk botol pertama pengambilan (boleh diambil tapi kesan jamu akan lambat)
  • Period dan pregnant tidak boleh ambil dan bagi yang susukan bayi pastikan bayi 3 bulan ke atas.
  • Seeloknya ambil bersama susu


Kapsul B'Natural

Kapsul B'Natural diformulasi oleh herba 100% original asli yang dihasilkan daripada pilihan 6 herba kampung terbaik khas untuk para wanita mengekalkan kecantikan badan dan mengurangkan berat badan secara sihat. Menampilkan kepakaran 5 bintang oleh pakar menjadikan bentuk badan anda menarik, kurus dan sihat secara natural. tampil kurus dan sihat, dimana ia mengandungi bahan berkualiti terutamanya asam keping dan habbatussauda (baik untuk mengurangkan kadar lemak dan kolestrol dalam badan). Antara herba terpilih adalah seperti Garnicia Cambodia (asam gelugor), Rhizome Zingiber Officiale (Halia), Folium Apium Graveolens (Abstract selery), Semen Azadiracta India (Neem Tree), Hydrocortisone Asiatica (Pegaga), Semen Nigella Sativa (Habbatussauda) dan Folium Cinnamimuun Owners.




Ada kelulusan KKM,NOT KKM :MAL 11105006T 

Kelebihan Kapsul Kapsul B'Natural:
  • Memberikan tenaga kepada badan
  • Mengurangkan selera makan
  • Menahan nafsu lapar
  • Baik untuk mencantikkan kulit
  • Baik untuk mengurangkan lemak dalam badan
  • Baik untuk membuang toksin dalam badan

Cara Pengambilan:
  • Ambil 1 biji atau 2 biji sebelum sarapan pagi
  • Sekiranya pagi ada ambil supplement apa-apa boleh consume Kapsul B'Natural ni pada waktu malam ye korang
  • Elakkan makanan yang berminyak
  • Banyakkan minum air kosong
  • Lebihkan air daripada makanan

Bahan-Bahan Dalam Kapsul B'Natural
  • Asam gelugor
  • Halia
  • Abstract Celery
  • Neem Tree
  • Pegaga
  • Habbatussauda
  • Teja Wangi


Harga Asal:
1 botol = RM70
2 botol = RM140
3 botol = RM210
6 botol = RM420


Harga Promosi (Jamu Yang Sama):
1 botol = RM60 + Free Postage
2 botol = RM100 + Free Postage
3 botol = RM120 + Free Postage + Free Gift
6 botol = RM200 + Free Postage + Free Gift


Sebarang maklumat atau tempahan produk jamu boleh hubungi talian di bawah:


Whatsapp:
Jamu RBK : 013-5300655
Persona Wanita : 013-9650546
Kapsul B'Natural : 019-2457869





PENGUMUMAN: EKSKLUSIF UNTUK PELANGGAN, SETIAP PEMBELIAN JAMU AKAN ADA CABUTAN BERTUAH TAHUNAN DIMANA SYARIKAT EXTRAPRIMA SDN.BH.D AKAN MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-6. PEMENANG BERTUAH AKAN MENDAPAT HADIAH MENARIK TERSEDIA UNTUK PARA PEMENANG.


AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD

$
0
0

AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD


Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum Dari Syafiqah Aina Dan Hafiz Mahamad | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat pasangan dua sejoli ini kerana berjaya dalam perniagaan selepas berkahwin. Aku follow kisah Syafiqah Ainaa dan Hafiz Mahamad masa birthday suprise yang naik kereta limosin then hafiz bawak sejambak bunga yang besar nak mampus tu. Lepas pada video tu viral aku terus follow dorang. Happy for your life. Moga bahagia hingga ke syurga jannah ya. 


AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD


Selepas video mereka viral, aku happy sebab dorang dah berjaya keluarkan produk terbaharu dengan packaging yang all white ditambah sedikit dengan element golden pada tulisan dan border di packaging produk tersebut. Harga kedua produk ini pun sebenarnya harga mengikut pasaran dan mampu dimiliki oleh semua orang yang inginkan kulit yang sihat dan cantik.


AINAA CLEANSER

Ainaa Cleanser ini bukan sekadar cleanser atau pencuci muka sahaja tau korang. Ainaa Cleanser ini boleh digunakan dengan 2 cara juga. Pertama, cuci muka seperti biasa. Kedua, remove make up. Kira produk Ainaa Cleanser ini 2 in 1 jugalah. Mudah kalau nak bawak travel sebab boleh gunakan produk ini sahaja untuk bersih dan tanggalkan solekan pada wajah sekaligus membersihkan kulit muka.


AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD


Antara kandungan yang ada dalam produk Ainaa Cleanser ini adalah Cocamidopropyl ( membersih dan membuang segala kotoran dari kulit), Lecithin ( Merawat kulit wajah ), Dimethicone ( Melembabkan kulit wajah ), Trehalose ( Mengekalkan hidrasi kulit ), Coco Glucoside ( Merawat masalah jerawat ).


Untuk makluman semua, dalam produk Ainaa Cleanser ini juga terdapat Castor Oil dimana tujuannya adalah untuk merawat sunburn, mencegah masalah jerawat, mengekalkan keremajaan kulit, membantu menghilangkan parut jerawat, melembutkan kulit wajah, merawat masalah kekeringan, melindungi kulit dari bakteria dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat.


AINAA SERUM

Ainaa Serum ini pula bertujuan untuk membuatkan kulit muka nampak segar, lembab, mengurangkan ruam, mengurangkan kulit muka kusam dan sesuai buat mereka yang ada jerawat. Untuk pengetahuan semua, serum ini terdiri daripada 5 bahan semulajadi seperti Timun, Lavender, Aloe Vera, Saponaria Officinalis / Soapworts dan Asparagopsis Armata.


AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD


Kelebihan selepas memakai Ainaa Serum ini adalah lebih nampak muda dan mempunyai kulit yang lebih cerah, meremajakan kulit dan bina semula kulit muka, mengecilkan liang roma pada wajah, meningkatkan pembaharuan sel dan mengurangkan pigmentasi serta parut pudar. 


Antara kebaikan yang ada pada Ainaa Serum ini adalah Timun, Lavender, ALoe Vera, Saponaria Officinalis / Soapworts dan Asparagopsis Armata.


TIMUN
Kelebihannya adalah untuk menyegarkan kulit muka, kulit lebih nampak muda, kulit nampak cerah, mengurangkan eyebag, melegakan sunburn, melembabkan kulit, melewatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan.


LAVENDER
Kelebihannya adalah untuk anti penuaan, menyihatkan kulit, sifat anti oksida untuk mengelakkan iritasi kulit dan sesuai untuk orang yang kulit kering, ekzema dan jerawat.


ALOE VERA
Kelebihannya pula adalah untuk mengurangkan pigmentasi, menghilangkan parut jerawat, jeragat, melembabkan kulit wajah dan merawat luka external.


SAPONARIA OFFICINALIS
Kelebihannya untuk merawat peyakit kulit bersisik, ekzema, bisul dan jerawat.


ASPARAGOPSIS ARMATA
Kelebihannya untuk membantu membersihkan kulit dari dalam, sekatakan tona wajah, anti bakteria dan anti fungus di kulit wajah dan kulit kepala serta sesuai juga kulit muka yang berminyak dan kusam.



AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM DARI SYAFIQAH AINA DAN HAFIZ MAHAMAD


TESTIMONI MEK ONIE BERKENAAN PRODUK AINAA CLEANSER DAN AINAA SERUM


First sekali adalah harga produk Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum ini adalah berjumlah RM110 dimana harga Ainaa Cleaser RM45 dan Ainaa Serum RM65. Harga mampu milik untuk semua golongan. Packaging produk Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum ni putih suci dan simple sahaja. Kelebihan yang ada pada produk ini membuatkan aku ingin mencuba.


Ainaa Cleaser: Cara aku menggunakan Ainaa Cleanser ini adalah dengan membersihkan solekan wajah pada muka dengan menggunakan alat pembersih supaya solekan mudah lagi tertanggal dan sah-sah bersih dari terselit di pori-pori muka. Kalau tak pakai tool pun okay je kalau nak bersihkan guna tangan. Ikut keselesaan masing-masing. Then lepas aku cuci solekan pada wajah aku bersihkan pula muka, kira cara bersih kulit muka aku ni adalah dengan menggunakan konsep double cleansing supaya kulit muka betul-betul bersih ya. Pakai makeup kalau buat sekali cucian awas, Miss J akan datang nanti,haha. Selepas cuci makeup apa yang aku dapat rasakan adalah kulit muka sangat lembut selembut kulit bayi. Phew!


Ainaa Serum: Cara aku apply serum ini kadang sekali pump dan kadang 2 kali pump, jangan letak banyak sangat takut terover pulak, cukup sekadar layangkan pada kulit muka. Cepat  menyerap dan boleh dijadikan sebagai make up base. 


Bagi onie, hasil bagi setiap kulit muka tak semestinya sama macam kulit muka onie. Sehingga kini onie sangat bersyukur kerana kulit muka onie adalah bukan dari kategori kulit muka bermasalah. Jadi, sementara kulit muka onie masih elok ni, time ni la kena jaga betul-betul.


Haaaa, korang dah try ke belum? Kalau belum jangan lupa untuk cuba tau. Di sini aku kongsikan video berdurasi 1:05, enjoy the video guys 💜








SALAM SAYANG,
Mek Onie
mekonie@yahoo.com


MENGINAP DI KOMUNITI RUMAH KAYU ATAU RUMAH NORDIN AHMAD DI SABAK BERNAM

$
0
0
Menginap Di Komuniti Rumah Kayu Atau Rumah Nordin Ahmad Di Sungai Besar, Sabak Bernam | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Thank you bos bawa kami kesini. Kalau sebelum ni Homestay Sg.Haji Dorani kan? Yes, sekarang MyDesaStay atau Komuniti Rumah Kayu . Lebih dikenali Rumah Nordin Ahmad. MyDesaStay ini terletak di Sungai Besar,Sabak Bernam. Seronok wak suasana dia, tenang je rasa. ❤️❤️❤️❤️ 




Aku stay di sini atas sebab urusan kerja dan yeah! Satu pengalaman luar biasa which is suasana kampung yang luar biasa dan penginapan yang sangat cantik! Homestay MyDesaStay ni baru je rasmi dibuka pada 16 September 2018 dan telah dirasmikan oleh Dato Rosyam Nor dan Haji Mohd Sidik Ahmad (Adik Kandung Allahyarham Nordin Ahmad)


Antara jenis penginapan yang disediakan:

1. Kolong Stay
2. Kontena Bajet
3. Rumah Nordin Ahmad
4. Rumah Kayu Suite
5. Rumah Kayu Studio
6. Kontena Eko






Apa yang korang boleh buat kat MyDesaStay ni? 

1. Boleh chill-chill layan makanan beramai-ramai
2. Boleh buat aktiviti luar seperti sukaneka
3. Persembahan kesenian pun ada wak
4. Pengalaman menginap yang lain dari yang lain wak.
5. Bengkel inovasi pun boleh dibuat di sini.


Lokasi menarik yang berdekatan dengan MyDesaStay ini adalah:

1. Kedai Kerepek sepanjang Jalan Sungai Besar.
2. Restoran Makanan Eksotik,Lembah Bernam
3. Book & Bike Cafe boleh layan karipap cheese kat sini.
4. Mentarang banyak boleh dapat disekitar Sungai Besar ni wak.
5. Pasar Ikan Sg.Haji Dorani.
6. Banyak kedai tekstil terutama bagi mereka yang gilakan tudung. Harga buat korang kelabu mata weh. Kualiti santek!
7. Boleh fefeeling dekat bendang.
8. Layan Cendol Atok di Sg.Limau.
9. Gerai Kerepek Simpang Lima
10. D'Muara Marine Park
11. Makan-makan di Orang-Orang Cafe
12. Boleh pergi ke Kilang Nata De Coco


Alamat:

MyDesaStay@Tebuk Haji Yusof
Jalan Tebuk Haji Yusof,
Kampung Sg.Limau,
45300 Sg.Besar,
Selangor

Untuk tempahan: 017-6070772


GAMBAR-GAMBAR LAIN SEKITAR PENGINAPAN KOMUNITI RUMAH KAYU ATAU RUMAH HAJI NORDIN DI SUNGAI BESAR, SABAR BERNAM






















LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

$
0
0
LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

Lunch Dim Sum Di Dorsett Grand Subang @The Emperor | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Beberapa minggu lepas aku berkesempatan lunch di Dorsett Grand Subang. Bila perut teringin Dim Sum, maka inilah jadinya,haha. Parking dekat Dorsett Grand Subang ni mudah je, dari tepi jalan pun dah boleh nampak. 


Paling penting, makanan dim sum buatan sendiri ini adalah HALAL. Kalau korang nak tahu, restoran yang aku singgah makan Dim Sum ini memang terletak betul-betul dalam Dorsett Grand Subang dan nama restoran tersebut adalah The Emperor Chinese Restaurant. Restoran ini memang famous untuk buffet dim sum sekitar Subang Jaya. That's why la aku lunch dekat sini haritu. Ternyata, kesemuanya memang puas hati!


LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR


Konsep di restoran ini adalah 'All You Can Eat' which is, bayar je RM78/orang dan minimum spend of 2 persons. Antara hidangan yang disediakan adalah steamed crystal prawn dumpling, steamed chicken  "siew mai", deep fried cheese prawn roll, oven-baked homemade egg tart dan banyak lagi. Nak kenyang, boleh jugak order nasi goreng cina. Sedap! Bagi sesiapa yang memang suka dengan buffet dim sum, yes. Korang kena makan di sini. Rasailah sendiri. Suasana di restoran ini pun sangat selesa dan bersih :)


Waktu beroperasi:
Setiap Selasa hingga Sabtu : 12.00pm - 2.30pm
Harga: RM78.00/orang (minimun spend of 2 persons)


Setiap Ahad dan Cuti Umum: 10.00am - 12.30pm
Harga: RM82.00/orang (50% diskaun untuk warga emas dan kanak-kanak lebih 5 tahun)


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
03-5031 6060 ext.1912 atau email: bookfnb.subang@dorsetthotels.com


LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR

LUNCH DIM SUM DI DORSETT GRAND SUBANG @THE EMPEROR




Salam Sayang,
mekonie

PERKAHWINAN SYED NAQUIB DAN BALQISS DI ORCHARD VILLA GOMBAK

$
0
0


Perkahwinan Syed Naquib Dan Balqiss Di Orchard Villa Gombak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bulan 1 dah pun nak menutup tirai, jadi macamana bakal pengantin semua? Dah siap sedia cari lokasi perkahwinan ke belum? Anyway, haritu aku sempat ke majlis perkahwinan Syed Naquib dan juga Balqiss di Orchard Villa Gombak. Kali kedua sebenarnya aku sampai ke lokasi perkahwinan yang sungguh cantik dan jauh dari kesesakan lalulintas dan kesibukan bandar. Konsep lokasi perkahwinan di Orchard Villa Gombak ini bertemakan alam semulajadi dan kehijauan serta klasik.


Dengan lokasi yang tepat ini, bakal pengantin dapat merasai suasana yang lain dari yang lain apabila melangsungkan perkahwinan di sini. Anyway, tahniah juga buat pengantin Syed Naquib dan Balqiss kerana majlis yang dilangsungkan beberapa minggu lepas sungguh indah dan lengkap segalanya. Dari   lokasi yang tersergam indah, makanan, servis katering, pelamin, meja makan beradap dan iringan lagu klasik tradisional membuatkan majlis pada hari tersebut sungguh indah. Tahniah buat kalian.






Kepada bakal pengantin terutama sebelah Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan yang berdekatan aku sarankan untuk kalian terjah di lokasi indah ini untuk abadikan hari-hari bahagia korang bersama orang tersayang. Lokasi yang cukup tenang dan jauh dari kesibukan kota dan berkonsepkan alam semulajadi ini bakal meninggalkan kenangan manis suatu hari nanti. Kedengaran air sungai sekitar lokasi ini membuatkan majlis perkahwinan menjadi lebih bermakna. Indahnya :)




Orchard Villa
Batu 10 1/4 , Sungai Salak,
53100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan.

Part yang paling aku risau kalau pergi majlis kahwin orang ni adalah parking kereta. Untuk kali kedua aku datang sini, tempat letak kereta di Orchard Villa ini mudah sahaja. Tak macam kali pertama aku nak ke lokasi ni. Punya la takut sebab aku ni kalau bab parking kereta memang cerewet sikit. Alhamdulillah, parking kereta di Orchard Villa ini masih sama macam aku datang kali pertama di sini. Mudah je nak parking. Siap ada RELA wak! No worries, parking di Orchard Villa ni luas. 




Yeayyyyyyy! Tempat kedua. Pintu gerbang nak masuk kat majlis orang kawen ni memang glamour jugaklah. Nice gila dia punya dekorasi. Senang la sahabat,keluarga nak bergambar berlatar belakangkan pelamin raja sehari. Tempat pengantin nak jalan pun senang,takdelah serabut macam kat sesetengah majlis perkahwinan. Kau ingat kalau serabut-serabut tu feeling nak pergi treasure hunt jumpa bakal pengantin perempuan? aihhhh...haha..


Apapun persekitaran majlis yang sangat tenang dan seronok :D





Macam aku cakap atas tadi, laluan nak ke pelamin bagi pengantin sangat selesa dan tiada halangan namun, tempat ambil makanan pun sesetengah katering kena ambil serius. Jangan la letak kat tempat yang tak strategik yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada para tetamu yang hadir. So, kita sebagai tuan rumah kadang-kadang berhak bersuara untuk keselesaan tetamu kita nanti. Tapi untuk servis katering kali ini, apa yang aku perasan tempat makanan dia tu sangat strategik dan tidak membuat kesesakan lalulintas terutama laluan utama ke pelamin. 


Apapun katering di Orchard Villa ni memang memahami keadaan dan masa aku ada kat sana, memang tidak kelam kabut terutama semasa nak ambil makanan. Pinggan dan gelas pun banyak disediakan. Kadang-kadang la kan,setengah katering ni main ikut suka hati je susun,pastu lambat pulak tu nak sediakan pinggan balik kalau dah habis. Jadi yang tetamu sah-sah la menunggukan? Apa yang aku perasan haritu, balang air yang disediakan dibahagian atas tu satu, namun tuan rumah mohon untuk adakan 2 balang serta katering dari Felda D'Saji ini sangat memenuhi citarasa tuan rumah. 




Dekat Orchard Villa ni kan korang ( bakal pengantin terutamanya ) . Mereka sangat profesional dan kalau korang nak tahu, katering Orchard Villa ni dari FELDA D'SAJI, korang pernah dengar tak FELDA D'SAJI? Femes kot ! Memang merata dah FELDA D'SAJI ni ada. Sebelum ni aku pernah pergi ASMARA PENCHALA pun katering dia dari FELDA D'SAJI. Memang kalau kat Asmara Penchala pun sedap makanan dia,sah-sah kat Orchard Villa pun sedap.



Buktinya, aku try sendiri makanan kat Orchard Villa tu. Honestly la, time tu aku memang takde selera makan,tapi totally memang sedap dan puas hati! Lauk dia yang penting tu. Sumpah sedap ! Dari segi refill makanan tu pun, sangat cepat. Jadi, apa yang Felda D'Saji ini tawarkan memang sangat puas hati. 


Selain dari makanan dari Felda D'Saji di Orchard Villa ni, dekorasi dia pun memainkan peranan penting jugak. Yela korang, pengantin mesti nak shoot yang bebaik yang lelawa dan sedap mata dipandang jugakkan. Apa yang kat atas ni memang inilah dekorasi dia. Fresh flower gaisssssss...geram aku nak petik masuk dalam beg sekuntum,haha.. Sebenarnya fresh flower ni la yang membuatkan majlis bertambah berseri serta boleh request kalau nak upgradekan pelamin ke, meja makan beradap ke. Boleh je request dengan Felda D'Saji. Aku mampu bet dengan korang, servis Felda D'Saji memang tip top!




Meja makan beradab pengantin. Alooooooooo. Comel sangat haaaa... Nampak tak bunga tu? Yesss, Fresh Flower gaissss... Nak cerita pasal meja makan beradab ni, sebenarnya. Ada jugak yang selalu lakukan kesilapan. Dari segi peralatan, siapa yang bakal duduk kat meja beradab dan layanan kepada pengantin. Well,nama pun raja sehari, takkan la raja sehari nak layan diri dia sendirikan. Apapun, semua perfect masa kat Orchard Villa ni. Kelengkapan semua tip top dan yang penting pengantin selesa dengan meja makan beradab tu kan :)




Sampai masa bab pelamin pulakkkkkk... Yeayyy! Kalau korang nak tau pelamin ni memang pelamin idaman aku wei. Sebab?


  • Keluasan pada bahagian pelamin sangat puas hati,senang keluarga nak ambil gambar segala.
  • Kerusi pengantin jenis memanjang dan aku kalau kawen kalau boleh nak kerusi macam tu, dekat sikit dengan suami,bhahahahaha... (tibeh) kalau kerusi yang sesatu tu rasa tak puas, yela..kan dah kawen..bolehlah kepit kat pelamin,wakakakakka...Tapi ini semuanya terserah pada pengantin nak kerusi macamana. Request je :)
  • Dekorasi pelamin yang simple but nice. Memang aku suka. Tambah-tambah dengan ada sejambak bunga kanan kiri dan depan tu. Cukuplah hanya bunga dan design yang tak serabut,hehe..Aircond pun ada, jangan risau...pengantin takkan berpeluh 






Hahahhaha! Tempat paling penting jugak ni weh. Aku kalau sakit perut nak membuang ke mesti fikir malasnya la nak pergi toilet jejauh. Selesa ke idok tandas tu satu hal. Tapi kat Orchard Villa ni nasib baik ah selesa.  Bersih pun ye. Cantik pun ye :D Hopefully, kebersihan toilet di Orchard Villa ini terus dijaga.


Haaaaa, nampak periuk besar tu? Bukanlah periuk namanya anak-anak. Tulah dome! Maksimum kat Orchard Villa ni hanya 6 dome sahaja boleh digunakan. Harga dome dan buffet lain ye anak-anak,nanti kat bawah aku terangkan sikit. Oh ni meja vip dimana kebiasaanya meja vip ni adalah keluarga sebelah pengantin :)


Sampai pulak bab makanan, yeayyyyy! Korang jangan tak tahu ye dan diingatkan juga, pilih la katering yang ada buat food tester . Senang sikit nak rasa dulu makanan dorang sedap ke tak. Katering Felda D'Saji ni ada buat food tester terlebih dahulu. So jangan risau la dengan rasa makanan tersebut. Yang penting lauk-lauk dia memang tip top ! Suka hati perut tetamu :)







Punya panjang aku cerita . 


Kesimpulan apa yang aku nak cerita ini adalah tawaran pakej ini merangkumi:-

  1. JENIS HIDANGAN : Makanan dan minuman dihidang secara Buffet atau Dome
  2. TAMBAHAN HIDANGAN PENGANTIN : Tambahan tiga hidangan dimeja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D'Saji.
  3. MEJA HI-TABLE & HIASAN : Meja utama disediakan untuk tetamu vvip dengan bilangan maksima 10 paz. Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan.
  4. MEJA KHAS : Penyediaan 4 set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap dengan sarung kerusi,riben kerusi,,alas meja bulat dan overlay serta set crockeries dan kutleri jamuan secukupnya. 
  5. 3 TINGKAT KEK PERKAHWINAN : "Dummy Cake" perkahwinan disediakan untuk upacara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan majlis.
  6. SESI FOOD TESTER : Bagi medapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan D'Saji, satu sesi Food Tester atau Food Discussion untuk 10 orang akan dijalankan.
  7. PELAMIN ASAS : Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D'Saji.
  8. STANDARD PA SISTEM : Sistem PA dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD atau band.
  9. TEMPAT LETAK KERETA : Disediakan secara percuma
  10. RELA : Unit Keselamatan disediakan untuk memastikan keadaan lalu lintas berjalan dengan lancar.



Pakej yang ditawarkan bagi buffet RM28/pax dan minima pax adalah 500 pax. Bagi Dome pula RM45/pax dan minima pax adalah 400 (maksima) .

*Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan

7 lokasi lain dibawah jagaan Felda D'Saji adalah:

  • Red Carpet Avenue, Strand Mall
  • Dewan Gemilang, Kelana Jaya
  • Dewan Merak Kayangan
  • Dewan Perdana Felda
  • Laman Warisan Putrajaya
  • Dewan Residensi UTMKL
  • Banquet Hall, Menara Felda

Apapun,khidmat di Orchard Villa sangat puas hati dan kepada bakal pengantin, Jangan lupa untuk merealisasikan impian anda di Orchard Villa Gombak ini. 



Sebarang pertanyaan,tempahan atau sebut harga boleh hubungi:-



TELEFON: 03-2698 8302



ZAIDI : 019-297 4800



HIDAYU: 012-921 4691 




Jadikan saat bahagia anda lebih romantik dan teratur bersama Felda D'Saji dan Orchard Villa. :D

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com




KEMERIAHAN MALAM BOLLYWOOD SYIDA MELVIN DAN PASANGAN DI DEWAN BESAR TUN RAHAH

$
0
0


Kemeriahan Malam Bollywood Syida Melvin Dan Pasangan Di Dewan Besar Tun Rahah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeayyy! Tahniah buat pasangan cantik sejoli ini. Pengantin yang cantik dan mempunyai mirip iras kakak-kakaknya. Syida Melvin dan pasangan telah diijabkabul pada 19 Januari 2019 bersama pilihan hatinya iaitu Shahiq Shaheen. Pada majlis Malam Bollywood yang diadakan pada 23 Januari 2019 di lokasi yang cukup indah iaitu di Dewan Besar Tun Rahah.


Bercakap tentang lokasi majlis mereka, aku telah dijemput oleh pihak Felda DSaji untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut. Perjalanan aku bermula dari MRT Kwasa Sentral dan aku decide untuk naik train sahaja kerana hari kejadian aku tak berapa sihat. Dari MRT Kwasa Sentral dan aku turun di MRT TRC (Tun Razak Exchange). Rasa dah lama jugak tak naik MRT ni. Then untuk perjalanan yang pantas aku decide naik MRT je. 











Sampai aku di MRT TRX itu, aku pasang google maps untuk ke Dewan Besar Tun Rahah yang hanya mengambil masa selama 7 minit sahaja. Dapat jugaklah aku tengok suasana dan keadaan sebenar dia bangunan TRX tu. Hoi! Besar jugaklah weh, 4 tingkat shopping mall dan selebihnya office. Teruja wak, sesambil jalan kaki nak ke Dewan Besar Tun Rahah tu. 




Lokasi Dewan Besar Tun Rahah ini berada dalam bangunan Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang. Actually takde maslaah pun kalau nak naik kereta then park kereta di sekitar kilang coklat ( Beryl's Chocolate Kingdom), cuma kena menapak sikit je. Ala sikit je. Kalau park dekat area Beryl's Chocolate Kingdom tu tak silap aku per entry RM7. Then jalan lurus ke Menara Yayasan Tun Razak. Bagi yang pertama kali datang, korang boleh buka google maps macam aku buat. 




Okay, Dewan Besar Tun Rahah ni sungguh besar dan cantik. Nak planning untuk majlis kahwin, product launching, seminar atau majlis apa boleh buat di Dewan Besar Tun Rahah ini. Lokasi yang sangat strategik. Bagi malam bollywood Syida Melvin dan Shafiq Shaheen ini, sungguh aku kata, cantik tak terhingga dekorasi bersempena majlis malam bollywood itu. Pelamin yang disediakan pun cantik.


Sampai masa bab pelamin pulakkkkkk... Yeayyy! Kalau korang nak tau pelamin ni memang pelamin idaman semua orang kerana tema bollywood di Malaysia sudah diterima ramai dalam kalangan rakyat di Malaysia. Pemilihan warna yang sangat cantik juga mampu mengubah mood pada malam tersebut.



  • Keluasan pada bahagian pelamin sangat puas hati,bergantung kepada tuan rumah sama ada dekorasi yang crowded atau simple but nice dapat memperlihatkan keluasan pelamin tersebut.
  • Kerusi pengantin jenis memanjang ,well.. kerusi ini boleh request nak macamana. 
  • Dekorasi pelamin yang simple but nice. Walaupun simple tapi tetap indah dihati semua orang pada malam itu, tahniah!
  • Servis katering dari Felda DSaji yang membuatkan tetamu berselera dan aku jamin masakan dari Felda Dsaji tak pernah menghambarkan. 

Kesimpulan apa yang aku nak cerita ini adalah tawaran pakej ini merangkumi:-

  1. JENIS HIDANGAN : Makanan dan minuman dihidang secara Buffet atau Dome
  2. TAMBAHAN HIDANGAN PENGANTIN : Tambahan hidangan dimeja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D'Saji.
  3. MEJA KHAS : Penyediaan set meja khas berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap dengan sarung kerusi,riben kerusi,,alas meja bulat dan overlay serta set crockeries dan kutleri jamuan secukupnya.  
  4. KEK PERKAHWINAN : Disediakan untuk upacara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan majlis. (pilihan pengantin)
  5. SESI FOOD TESTER : Bagi medapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan D'Saji, satu sesi Food Tester atau Food Discussion untuk 10 orang akan dijalankan.
  6. PELAMIN ASAS : Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D'Saji.
  7. STANDARD PA SISTEM : Sistem PA dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD atau band.
  8. TEMPAT LETAK KERETA : Ada dibasement or boleh parking area Beryl's Chocolate Kingdom :)

Apapun, semuanya berjalan dengan lancar dan sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Syida Melvin dan Shafiq Shaheen. Cantik dan meriah yang amat majlis dorang haritu :)











8 lokasi lain dibawah jagaan Felda D'Saji adalah:

  • Red Carpet Avenue, Strand Mall
  • Dewan Gemilang, Kelana Jaya
  • Dewan Merak Kayangan
  • Dewan Perdana Felda
  • Laman Warisan Putrajaya
  • Dewan Residensi UTMKL
  • Banquet Hall, Menara Felda
  • Orchard Villa Gombak

Apapun,servis katering dan lokasi dari Felda DSaji ini sangat puas hati dan kepada pengantin, Jangan lupa untuk merealisasikan impian anda di sini. 



Sebarang pertanyaan,tempahan atau sebut harga boleh hubungi:-



TELEFON: 03-2698 8302
 

ZAIDI : 019-297 4800
 

HIDAYU: 012-921 4691 
 


Jadikan saat bahagia anda lebih romantik dan teratur bersama Felda D'Saji dan Dewan Besar Tun Rahah . :D

Salam Sayang,
Mek Onie
letopink@yahoo.com


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

$
0
0
MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA


Menyusuri Goa Pindul, Yogyakarta | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yes! Aku ke Goa Pindul ini pada hari yang kedua. Perjalanan bermula daripada Candi Prambanan yang mengambil masa selama 1 jam 5 minit. Perjalanan ke Goa Pindul ini tidaklah mencabar dan aku hanya di dalam bas sahaja terus menghayati keindahan bumi Yogyakarta. Goa Pindul ini terletak di Desa Bejiharjo, Kecamatan Karangmojo, Kabupaten, Gunung Kidul.


Pakaian yang aku pakai sewaktu di Goa Pindul ini boleh tengok gambar atas. Nak seronok pakai swimming suit sesiap dan nak masuk ke gua ini boleh pakai kasut yang disediakan atau pun pakai selipar macam aku pakai tu. Malas nak pakai kasut sebab nak kaki bebas gitu. Then aku trauma sikit pakai kasut kalau masuk tempat berair macam ni. Pelik tak trauma aku?haha


TIKET MASUK KE GOA PINDUL : Rp10,000
TIKET MASUK MENYUSURI GOA PINDUL: Rp40,000
JUMLAH: Rp50,000


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA


Cara-cara nak ke Goa Pindul:

Bagi yang ke Yogyakarta, jangan lupa untuk lakukan aktiviti di Goa Pindul iaitu cave tubing. Ya, di Malaysia juga sebenarnya ada aktiviti sebegini, cuma bagi yang pertama kali.. rasailah sendiri sejarah yang ada di Goa Pindul ini. Setibanya aku di Goa Pindul, terpampang satu signboard/billboard yang cukup besar dan jangan lupa untuk bergambar di situ ya. Jalan terus untuk masuk di kawasan Goa Pindul ini perlu dibayar sebanyak Rp.10,000/orang dan untuk menyusuri Goa Pindul pula berharga Rp.40,000 termasuk life jaket, pelampung, kenderaan untuk menyusuri Goa Pindul ini. 


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA


Perjalanan ke Goa Pindul ini pada mulanya dari Candi Prambanan boleh je ambil kenderaan sendiri, kenderaan yang disediakan oleh travel agent, motor atau kenderaan awam. Seterusnya bila nak ke lokasi menyusuri Goa Pindul, aku dan rakan-rakan lain perlu menaiki lori yang telah disediakan untuk ke destinasi tersebut. Sepanjang perjalanan nak ke lokasi menyusuri itu, mata aku tertumpu dengan perumahan kampung yang ada di situ. 


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA


Tiba di lokasi untuk menyusuri ke dalam Goa Pindul itu, kami dikehendaki mengambil satu ban pelampung (pelampung) dan perlu bawa sambil berjalan yang jaraknya lebih kurang 200 - 300 meter ke mulut gua. Tercungap sedikit kerana jalan sambil bawa pelampung yang berat tapi tak apa, barulah aktiviti lasak! hehe.. Aliran sungai bawah tanah ini bermula dari mulut gua hingga ke bahagian akhir gua dimana dalam gua ini terdapat satu bahagian sempit yang perlu menyusuri secara bergilir-gilir menggunakan ban pelampung. 


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA


Tentang Goa Pindul:

Panjang Goa Pindul ini adalah 350 meter, lebar 5 meter dan jarak permukaan air dengan atap gua adalah 4 meter sahaja. Masa yang diambil untuk menyusuri Goa Pindul ini adalah selama satu jam yang berakhir di sebuah empangan. Kalau korang nak tahu, aliran sungai yang ada dalam Goa Pindul ini berasal dari mata air Gedong Tujuh dan lokasi pelancongan di Goa Pindul ini telah dirasmikan pada 10 Oktober 2010. Kira baru jugaklah kan. 


Perasaan aku ketika berada di dalam Goa Pindul ini sungguh kecil, insaf dan semua perasaan ada. Di dalam Goa Pindul ini juga masih ada kristal yang aktif dan batuan stalaktit yang masih bergantung di atap gua kapur. Ada juga batuan yang masih hidup dan menitiskan air. Kalau masuk ke gua, jangan lupa untuk perhatikan batuan yang berair ini, itu bermaksud batuannya masih hidup/aktif. Untuk pengetahuan semua, Goa Pindul ini mempunyai 3 zon iaitu, cerah, kurang cerah dan gelap gelita. Masa itu jangan lupa untuk berzikir dan selawat, maklumlah tempat orangkan. Jadi jangan terlalu suka bila berada dalam gua. Ingat Allah juga dan istighfar seketika.


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA



Keadaan Dalam Goa Pindul:

Ya! Jangan terkejut, ada satu bahagian terdapat kelawar yang masih hidup ya. Masa aku masuk haritu, aku sempat tengok kelawar dan ya memang banyak kelawar masa tu. Betul, ada satu bahagian cukup sempit dan perasaan takut tu dah tentu la ada,haha.. Tapi takpe, yang penting kena tenang je. Masuk dalam Goa Pindul ini secara berbaris dan perlu pegang tangan supaya tidak lost sepanjang menyusuri Goa Pindul walaupun dijaga oleh orang di sana. Sebelum nak sampai ke bahagian akhir, nampak satu bahagian yang cukup lebar dan berupa kolam serta ada cahaya matahari yang memasuki dari sudut atap gua. Oh ya, untuk memasuki Goa Pindul ini ada 2 cara ye korang, pertama menyusuri macam aku ni dan kedua boleh juga masuk secara menegak dari celahan cahaya matahari masuk tadi. So, pilih korang nak masuk mana satu. Di bahagian yang ada cahaya matahari ini, boleh masuk dan rilek serta boleh terjun di bahagian ini. Cuma apa yang aku nak cakap, berhati-hati ketika berada ditempat orang. Antara lokasi yang ada berdekatan dengan Goa Pindul ini juga adalah Gelatik (Gua Kering), Monumen peninggalan Jenderal Soedirman dan Situs Purbakala Sokoliman. Cuma masa tu aku tak sempat nak terjah kesemuanya. Maybe next time?hehe


MENYUSURI GOA PINDUL,YOGYAKARTA

Ulasan Aku:

Anyway, pengalaman aku masuk ke Goa Pindul ini sangat seronok, kerana masih terdengar pukulan air sehingga mengeluarkan bunyi seperti gendang. Rugi siapa yang masuk gua tapi tak dengar 'gendang' tu. Seronok juga sebab dapat melihat kekuasaan Allah iaitu kristal yang masih berkelip. Indah ciptaanNya. Lagi seronok dapat tengok cahaya matahari menembusi masuk dari atap gua. Cukup indah. Sampai sahaja di checkpoint yang mula-mula sampai Goa Pindul itu, kami disajikan dengan makanan jawa yang super sedap! 2 kali aku menambah okay. Sedap tak terkata masakan orang Desa Bejiharjo. Semoga, aku dapat ke sana lagi suatu hari nanti :)


Semoga, pelancong dan warga tempatan di sana dapat pelihara Goa Pindul sebaiknya. InshaAllah.



Sponsored Trip and thank you to by The Ministry of Tourism Indonesia ♥

SENARAI LAGU ANUGERAH JUARA LAGU 33

$
0
0
Senarai Lagu Anugerah Juara Lagu 33 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Akhirnya, senarai lagu yang layak ke finalis Anugerah Juara Lagu 33 dah pun keluar dan ini adalah senarai lagu yang akan dipertandingkan semasa final nanti pada 3 Februari 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Jangan lupa untuk tonton televisyen di TV3 jam 9.00 malam. Nantikan kelainan #AJL33 pada tahun ini.


SENARAI LAGU ANUGERAH JUARA LAGU 33
Gambar kredit: Xtra


12 Penyanyi Yang Akan Membuat Persembahan Akhir Di Pentas Berprestij:

  1. Haram (Hael Husaini / Dayang Nurfaizah)
  2. Sampai Bila (Misha Omar/Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri)
  3. Semakin (Siti Sarah/Mera Utama)
  4. Bunga (Ara Johari / Hang Nadim / Laq / Kadok )
  5. Luluh ( Khai Bahar )
  6. Di Matamu (Sufian Suhaimi / Sirkhan & Rinkarnaen )
  7. Kau Pun Sama ( Syamel / Kidd Santhe / Syamel )
  8. Jatuh Bangun ( Haqiem Rusli ft Aman Ra / Haqiem Rusli / OMar K / Ikhwan Fattana / Aman Ra )
  9. Tak Pernah Hilang ( Amylea dan Kaer / Farouk Roman / Amylea )
  10. Bunga ( Altimet / Omar K / John Jeevasingam / Altimet )
  11. Hajat ( Hael Husaini / Ezra Kong )
  12. Nisan Cinta ( Siti Nordiana / Jaclyn Victor / Hael Husaini / Mike Chan )
Jadi siapakah yang bakal menjadi Juara untuk AJL33 ini pula? Sama-sama kita nantikan :)


GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI

$
0
0
GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI


Gereja Ayam Sebenarnya Adalah Burung Merpati | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yes! So sekarang kita berada di Gereja Ayam Bukit Rhema pula. Perjalanan aku dari hotel Plataran Heritage Borobudur. Sebelum kami ke Gereja Ayam ini, aku pergi ke Candi Borobudur dahulu, kemudian baru ke Gereja Ayam Bukit Rhema ini. Perjalanan nak ke Gereja Ayam dari Plataran Heritage Borobudur ini mengambil masa selama 7 minit sahaja. Dekat je kan. Hotel yang kami stay pun sememangnya sangat strategik sewaktu kami meneroka daerah Magelang.


Yes! Siapa yang tak kenal dengan Gereja Ayam ni kan? Sesungguhnya, bagi sesiapa yang menonton filem Ada Apa Dengan Cinta dah tentu tahu lokasi yang indah inikan dimana babak rangga dan cinta sewaktu di sini. Berbalik kepada tajuk di atas, ya! Gereja Ayam ini sebenarnya adalah bukan berbentuk ayam tetapi berbentuk burung merpati. Disebabkan bahagian kepalanya yang berbentuk seperti ayam, maka lokasi ini dipanggil Gereja Ayam.


Tiket Jeep pergi balik: Rp14,000 (kalau nak naik sehala boleh je, kena bayar Rp7,000)
Tiket masuk Gereja Ayam: Rp30,000
Total: Rp44,000



GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI


1. Sejarah Pembinaan Gereja Ayam Bukit Rhema

Kepala Bukit Rhema selesai lebih awal, namun ketika itu belum ada tangga seperti zaman sekarang. Kalau korang nak tahu, dulu pekerja-pekerja dan Daniel menggunakan Tangga Vertikal untuk menuju ke atas Mahkota. Permulaan bangunan ini dibina terbentuk dari belakang hingga ke hadapan serta proses pembinaan bangunan ini adalah sangat sulit kerana untuk memastikan kekuatan bangunan, daneil harus mencari rangka besi yang terbaik. Dan beruntung rangka besi yang diinginkan telah didatangkan dari luar Jawa Tengah untuk dijadikan kerangka sepenuhnya. 


Walaupun pelbagai ujian untuk mendirikan Gereja Ayam ini, namun bangunan ini telah disiapkan sedikit demi sedikit oleh seorang Daniel Alamsjah yang mempunyai visi tersendiri iaitu membina rumah doa di Bukit Rhema untuk pelbagai bangsa seperti Islam, Hindu, Katolik, Kristian, India dan Budha . Di Gereja Ayam ini terdapat ruangan doa yang agak privasi untuk mereka yang nak berdoa . Sejarah awal pembinaan Gereja Ayam ini adalah bermula pada tahun 1988.


GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI


Terdapat juga 'Wall of Hope' bagi mereka yang ingin tuliskan harapan-harapan. Semoga doa kalian tercapai hendaknya. Jangan risau, di dalam Gereja Ayam ini terdapat pekerja yang akan terangkan kewujudan Gereja Ayam Bukit Rhema dan sejarah pembinaannya. 


2. Gereja Ayam Sebenarnya Adalah Burung Merpati

Ramai yang beranggapan bahawa lokasi Gereja Ayam ini bangunannya iras dengan ayam dan sebab itu juga nama lokasi ini diberi nama Gereja Ayam. Tapi kalau korang nak tahu, Gereja Ayam ni sebenarnya berbentuk Burung Merpati dan mempunyai badan yang memanjang ke belakang. Tibanya aku di sana, terkejut juga sebab ingat Gereja Ayam ini rupanya besar, aku sangka Gereja Ayam ini hanya bentuk kepala sahaja.


GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI

GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI

GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI




Bangunan ini mula didirikan oleh Daniel Alamsjah pada tahun 90-an. Untuk makluman semua, Gereja Ayam ini bukanlah gereja, tetapi rumah doa yang sesuai semua bangsa untuk berdoa di bilik yang disediakan. So, siapa yang ke Gereja Ayam ini, jangan lupa tanya dengan petugas yang menjaga di kaunter dalam sebelum nak ke mahkota. Tanya dan baca berkenaan Gereja Ayam.


3. Tengok Sunrise dan Sunset Di Mahkota Gereja Ayam

Yeayyyy! Nak tengok sunset dan sunrise di Borobudur tapi tak sempat takpe, korang boleh je datang ke Gereja Ayam, aku rasa lagi puas hati untuk tengok sunrise/sunset kat sini. Cuma ruang di mahkota Gereja Ayam itu sangatlah terhad sebenarnya.



GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI


Bagi yang nak tengok sunrise/sunset di Gereja Ayam ini, buatlah tempahan awal dahulu dan hari yang boleh hanyalah pada hujung minggu sahaja. Tempahan awal boleh dibuat dengan penjaga atau pengurus Bukit Rhema ini. Katanya, sunrise/sunset di sini amatlah cantik kerana Gereja Ayam ini barada di sudut Kota Burubudur dan boleh terlihatnya Candi Borobudur serta gunung-gunung yang indah dimana pelancong juga dapat melihat sendiri keindahan daerah Magelang selain Puthuk Setumbu.


GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI


4. 7 Cerita Yang Berbeza Mengikut Tingkat 

Bagi yang menaiki tangga untuk menuju ke mahkota Gereja Ayam ini sudah tentu akan dapat lihat sendiri pelbagai lukisan yang membawa maksud sendiri dan juga di lukisan ini terdapat nilai-nilai murni untuk dijadikan pengajaran hidup buat yang melawati tempat ini.

Gereja Ayam ini kalau korang nak tahu mempunyai 7 tingat dan setiap tingkat mempunyai cerita tersendiri iaitu ; Spiritual of Man's Journey, The Meaning of Prayer, God's goodness, Miracle dan Local Wisdom, cerita berkisahkan dadah kepada generasi muda dan perjalanan hidup. Kesemua kisah ini dipersembahkan dalam bentuk lukisan yang saling berkait dan mempunyai nilai-nilai murni tersendiri.


GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI



5. Rasai Makanan Tradisional Bukit Rhema; Ubi Kayu/Singkong 

Langkah demi langkah, pengunjung dapat merasai sendiri seni bina yang tersergam indah sejak tahun 1988 dan apa yang lagi menarik, di Gereja Ayam ini juga ada disajikan makanan yang super sedap walaupun hanya ubi kayu sahaja. Korang kena cuba kalau masuk ke Bukit Rhema ini. Nama kafe ialah Kedai Rakyat W'Dank Bukit Rhema telah pun dibuka dan kafe ini terletak di bahagian belakang which ekor burung merpati.


Kat kafe ni, korang boleh chill-chill dulu sambil makan ubi kayu yang dijual. Kalau korang tahu juga, setiap tiket masuk yang korang beli tu, kupon makanan untuk ubi kayu itu telah termasuk dalam tiket masuk ke Gereja Ayam ini, jadi simpan elok-elok tiket masuk itu. Ubi kayu atau Singkong ini akan dimasak dan disediakan panas-panas untuk tetamu yang datang melawati Gereja Ayam ini. Selain nama ubi kayu dan singkong, makanan ini juga dinamakan Latela Gombong Cassava. Phewww! letop nama dia. Rasa ubi kayu dia lain dari yang lain. 


Please bagi siapa yang masuk ke Gereja Ayam, jangan lupa untuk cuba singkong ini ya. Sedap dan ranggup!


GEREJA AYAM SEBENARNYA ADALAH BURUNG MERPATI

Ulasan Aku:

Yeay! First time sampai dekat lokasi penggambaran Ada Apa Dengan Cinta yang dibintangi oleh Dian Sastrawordoyo (Cinta) dan Nicholas Saputra (Rangga). Maybe aku kena playback balik tengok cerita AADC ni. Mesti cantik gila dalam filem tu kan. Bagi sesiapa ke Candi Borobudur, aku sarankan untuk korang singgah ke Gereja Ayam ini juga. Jarak Candi Borobudur ke Gereja Ayam ini hanya mengambil masa selama 13 minit sahaja dengan menggunakan mobil yang disediakan. Untuk naik ke lokasi Gereja Ayam ini, korang perlu bayar Rp14,000 untuk jeep pergi balik dan Rp7,000 untuk pergi sahaja kerana mobil yang korang naik sepanjang di Magelang itu tidak boleh menaiki ke atas kerana keadaan jalan yang sangat curam dan berisiko membuatkan kenderaan rosak atau jatuh. Yes! memang curam weh, kami duduk atas jeep pun cuak dah. Naik ke Gereja Ayam ini kalau naik jeep okay je, nak turun balik dekat area parking kereta tadi jalan kaki pun boleh sesambil layan perasaan.


Kalau korang tengok gambar tiket masuk aku di atas ini ada kupon Free Traditional Food iaitu Singkong atau Ubi Kayu. Jangan pegi buang pulak tiket tu, simpan elok-elok sebab kat tiket tu ada kupon untuk redeem singkong okay.


Even letih macamana pun, korang naik je ke mahkota Gereja Ayam tu. Tengok sendiri 7 cerita di setiap tingkat. Cerita yang diukir dalam bentuk lukisan dan bila sampai di bahagian mahkota Gereja Ayam itu jangan lupa juga untuk spot Candi Borobudur dan gunung-ganang yang cantik. Time ni aku tak naik ke mahkota, jadi gambar penceritaan di setiap tingkat aku takde,wuuu.. Time ni memang letih yang amat dan tak larat nak naik tangga.


Sponsored Trip and thank you to by The Ministry of Tourism Indonesia ♥


PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

$
0
0
PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

Perjalanan Ke Gunung Merapi Dan Batu Alien, Yogyakarta | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah. Dapat jugak aku merasa ke Gunung Merapi. Jadi kali ini aku ingin cerita pengalaman aku sepanjang ke Gunung Merapi ini. Tapi sebelum itu, ingin aku nyatakan di sini, pakaian untuk ke Gunung Merapi ini biarlah bersesuaian dan pilihlah masa yang sesuai untuk ke Gunung Merapi ini supaya bila sampai di spot bergambar tidak kecewa. Perjalanan ke Gunung Merapi ini aku pergi selepas dari Gereja Ayam iaitu kami pergi di sebelah petang dan perjalanan ini mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 30 minit macam tu. 


Sampai sahaja di pintu utama (depoh jeep) untuk memasuki ke Gunung Merapi ini kami mencari toilet dahulu dan ketika itu, air di toilet sedikit jadi kami pandai berbagi-bagi antara kami. Sebelum aku cerita lebih panjang lagi berkenaan perjalanan aku ke Gunung Merapi dan Batu Alien ini. Aku dan sahabat lain di 'briefing' dahulu sebelum menuju ke lava tour. Sejujurnya juga, ini adalah kali pertama aku menaiki Jeep. 


PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


Tips sebelum pergi ke Lava Tour ini adalah:
  • Sentiasa peka dengan jeep yang dinaiki, jangan tersalah naik jeep orang pulak weh! Ingat no.plat jeep masing-masing. 
  • Jangan risau, akan ada toilet dan sediakan Rp2,000 untuk bayar sewaktu menggunakan kamar kecil (toilet)
  • Kalau pergi sendirian, boleh sahaja untuk buat tempahan pakej aktiviti sepanjang di Merapi. Sekiranya menggunakan pakej Merapi Lava Tour, korang akan diberi kemudahan aktiviti lain iaitu di Kalikuning. 
  • Pakai baju warna ceria untuk bergambar
  • Google siap-siap sudut gambar yang awesome
  • Nak dapat view cantik pergilah seawal pagi dan elakkan pergi petang sebab biasanya petang kabus menutupi Gunung Merapi dan tak cantik untuk ambil gambar
  • Pergi ramai jimat terutama kenderaan. Boleh kongsi-kongsi je.
  • Jangan pakai tudung licin nak mampus macam aku, sebab nak buat aktiviti lasakkan, tak payah nak cecantik sangat,haha
  • Harga pakej ke sini mencecah Rp300k hingga 500k ye, jadi pilihlah yang terbaik,hehe..
  • Satu jeep boleh memuatkan 1 pemandu dan 4 penumpang. 
  • Taknak sakit badan boleh la berdiri sambil menikmati angin yang sejuk sekitar perjalanan nak ke Merapi tu. Make sure, kena pegang kuat-kuat ya dan pastikan tiada halangan di hadapan anda.

PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


Lokasi yang wajib singgah kalau ke Gunung Merapi ini adalah:
  • Museum Sisa Hartaku
  • Batu Alien
  • Mbah Maridjan
  • Bunker Kali Adem
  • Tracking Air di Kalikuning



    Untuk perjalanan singkat aku ini, aku telah dibawa ke 5 tempat iaitu di Museum Sisa Hartaku, Batu Alien, Rumah Mbah Marijan, Bunker Kali Adem dan kali kuning. Perjalanan singkat sebab sampai di Merapi Tour ni hampir petang dan lagi beberapa jam dah nak malam. 


    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Kenapa Ada Museum Mini Sisa Hartaku?

    Masih ingat akan Mbah Marijan ga? Ya, sekarang ini kita pergi ke keluarga Watinem pula. Museum Sisa Hartaku ini wujud ketika anak kepada mangsa keluarga Watinem datang bertujuan untuk mengumpulkan barangan-barangan mereka akibat letusan merapi pada tahun 2010. Museum Sisa Hartaku ini merupakan salah satu penemuan bukti kesan akibat letusan Merapi sehingga setiap yang datang melawat ke museum ini pasti merasa satu perasaan yang sebak (sehingga waktu sekarang, sedang aku menaip kisah ini pun masih lagi bergenang air mata).


    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Keluarga Watinem merupakan penduduk sekitar lereng Merapi turut menjadi mangsa letusan merapi pada tahun 2010. Selain itu, mangsa yang terlibat juga adalah dari sekitar Dusub Petung, Desa Kepuharjo,Kecamatan Cangkringan, Kabupaten Sleman,Yogyakarta. Semua yang ada rumah sekitar itu habis diletuskan dan disapu oleh awan panas termasuk rumah keluarga Watinem. Setahun kemudian selepas berlakunya letusan ini, anak Watinem iaitu Sriyanto datang kembali ke rumah keluarganya untuk mengumpulkan harta yang ada sebagai kenangan dan tanda letusan merapi yang kuat buat beliau dan masyarakat dan anak cucu beliau. Paling pilu dan sebak, bila Sriyanto dapat tahu bahawa rumahnya hanya tinggal kerangka yang tidak dapat dipulihkan kembali


    Sehingga terkini, rumah Sriyanto telah menjadi Museum iaitu Museum Mini Sisa Hartaku yang mengumpulkan harta peribadi seperti peralatan dapur, dokumen-dokumen, komputer, laptop, televisyen, pakaian-pakaian dan macam-macam lagi yang kelihatan berbentuk meleleh dan hangus. Di bahagian Museum Mini Sisa Hartaku pula terdapat beberapa motorsikal milik keluarga Watinem dan juga lembu menjadi korban semasa saat letusan di Merapi pada tahun 2010.


    Paling sebak, pilu dan air mataku hampir meleleh membasahi pipi adalah sewaktu aku melihat bangkai jam yang menunjukkan waktu letusan Merapi itu berlaku iaitu jam 12 minit 5 saat 40 yang berlaku pada hari yang sungguh mulia iaitu hari jumaat bertarikh 5 November 2010. Antara banyak-banyak lokasi, di sini membuatkan perasaan menjadi 1001 rasa yang tak mampu nak diungkapkan bagaimana.


    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Batu Alien Di Lereng Merapi?

    Jangan terkejut kerana korang akan jumpa dengan Batu Alien yang pada mulanya aku sendiri tidak perasan batu itu mirip Alien dimana riak wajahnya sungguh sedih. Batu Alien ini dikatakan jatuh dari Gunung Merapi sewaktu letusan berlaku. Mungkin semua ini suatu kebetulan atau mempunyai hikmah yang lain? Wallahualam. Kedengaran sungguh seramkan? Tapi ia, perhatikan betul-betul reaksi pada batu tersebut. Milih wajah manusia yang sangat sedih.



    Bunker Kali Adem Masih Mempunyai Suara Rintihan?

    Ya, dahulunya sewaktu letusan berlaku. Hampir 4 meter ke dalam telah tertimbus oleh asap, tanah dan debuan kesan dari letusan di Gunung Merapi sehingga tempat perlindungan ini tidak selamat dan mengorbankan ramai orang sewaktu kejadian letusan. Katanya, bunker ini sungguh gelap sehingga ada peristiwa yang menyeramkan sehingga terdengar suara seperti orang menangis di waktu petang. Bunker Kali Adem ini adalah tempat perlindungan dari panas lahar Gunung Merapi dan kini Bunker Kali Adem tidak berfungsi lagi. 


    Siapa Mbah Marijan Dalam Kisah Gunung Merapi?

    Kisah Mbah Marijan dan Gunung Merapi ini tidak lari dari bualan penduduk di Indonesia terutama sekitar Yogyakarta. Bagi yang mengenali Mbah Marijan pastu tahu kecekalan beliau sepanjang tinggal di lereng Merapi. Mbah Marijan ini lebih dikenali sebagai JURU KUNCI GUNUNG MERAPI dan beliau telah pergi selamanya sewaktu letusan tahun 2010. Mbah Marijan telah dikebumikan di sebelah barat kaliadem iaitu di Dusun Kinahrejo yang mana pada setiap masa sering dikunjungi oleh orang ramai untuk mendoakan beliau.


    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Mbah Marijan dan Gunung Merapi berpisah tiada sehingga gunung menunjukkan letusan akan berlaku tetapi beliau tetap enggan untuk beredar walaupun ramai orang memujuknya, tapi beliau masih dengan pendiriannya sehingga nafas terakhirnya pada tahun 2010 dimana beliau ditemui pergi selamanya dalam keadaan bersujud. 


    Untuk makluman semua, Mbah Marijan menggantikan Juru Kunci Gunung Merapi selepas pemergian ayahnya yang merupakan juru kunci juga. Pada tahun 1970, dimana ketika ini ayah Mbah Marijan masih hidup dan Mbah telah diangkat menjadi hamba di Istana Yogyakarta untuk sama-sama menyertai tugas ayahnya. Sultan Hamengkubuwana IX juga berkenan untuk mengelarkannya Mas Penewu Surakso Hargo dengan pangkat Menteri Juru Kunci Alias Wakil atau pembantu ayahnya. Setelah ayah Mbah meninggal, Mbah membuat keputusan untuk naik menjadi juru kunci pada 3 Mac 1982.

    Dengan niat yang satu, Mbah Marijan pasang hati yang tulus dan ikhlas bersedia untuk menjaga gunung teraktif di Indonesia iaitu Gunung Merapi. Kalau korang nak tahu, Mbah Marijan pernah menolak pelawaan permintaan Sri Sultan Hamengkubuwana X, dimana ia adalah Raja Yogyakarta sekaligus Gabenor DIY yang seharusnya menjadi tuannya sebanyak 2 kali dan dari sini kita sendiri sebagai pelancong dan rakyat semua mengetahui bahawa Mbah Marijan ini merupakan seorang peribadi bersifat setia. Allahuakhbar!


    Namun, Mbah Marijan telah pun pergi selamanya pada tahun 2010 sewaktu letusan terbesar berlaku sehingga beberapa daerah terlibat sama. Jangan lupa untuk ziarah dan sedekah doa di Petilasan Sang Juru Kunci ya. Semoga Mbah Marijan, Ayahnya dan seluruh mangsa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman hendaknya. Amin.



    Kali Kuning Tempat Aktiviti Lasak?

    Yas! Tempat paling nervous sekali adalah di kali kuning ini, Kali itu adalah sungai Kuning itu membawa maksud airnya yang kuning dimana kali kuning ini terletak di lereng merapi yang kebiasaanya orang di sekitar Yogyakarta memanggil. Aktiviti lasak di sini wajib cuba kalau ke Merapi. Baca tak tips atas sekali tu? Make sure pakai-pakaian yang selesa dan ya for sure akan basah bila lakukan aktiviti di kali kuning ini. Jadi pastikan pakai pakaian yang bersesuaian.


    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Aktiviti di kali kuning ini boleh tahan lasak sebab kena menyusuri sungai yang tak dalam tapi jalan dia sumpah power bergegar segala! haha. Jangan risau, supir yang bawak jeep memang profesional dan ya! Perlu menyusuri sungai dan duduk dalam jeep yang tanpa perlindungaan serta memerlukan kekuatan fizikal. Sekitar kali kuning ini juga terdapat hotel dan kedai makan. Kalau datang awal boleh lepak area kali kuning sambil menikmati keindahan merapi. Tapi masa aku lakukan aktiviti lasak di kali kuning masa waktu gelap dah, memang phewww! Tak berapa onzz sangat. Maybe next time?



    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Jangan lupa untuk bergambar dengan Jeep, korang tengoklah view belakang aku tu hanya kabus semata-mata dan taknampak pun view gunung or gunung merapi,sedih tapi takpelah. Janji ada gambar dengan Jeep, hehe...



    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA

    PERJALANAN KE GUNUNG MERAPI DAN BATU ALIEN, YOGYAKARTA


    Ulasan Aku:

    Pengalaman aku sepanjang di Merapi Lava Tour ini adalah suatu saat yang sangat berharga sehingga air mata aku jatuh ke pipi setelah melihat sendiri kesan peninggalan daripada letusan Gunung Merapi. Kewujudan batu alien yang reaksinya sungguh sedih dan paling sebak dapat bertemu dengan Pak Asih yang kini menjaga serta menjadi Juru Kunci Gunung Merapi. Perasaan ketika menemukan Pak Asih (rasanya nama dia pak asih,tak ingat,adeh), aku sungguh gembira kerana jumpa dengan juru kunci yang hebat dan cekal hatinya menjadi penyelamat buat semua orang. Saat ini dada aku tidak terkata yang mampu hanyalah hembusan nafas yang ingin membuatkan air mata aku menunggu detik untuk mengalir ke pipi dan akhirnya aku tewas. 


    Semoga beliau terus sihat dan dapat membantu rakyat sekitar lereng Merapi. Allah, perasaan yang sehingga kini aku masih terasa. Perasaan menaiki jeep di lereng Merapi juga adalah suatu pengalaman yang sangat berharga sambil mataku terpaku melihat kesan-kesan letusan gunung merapi yang masih ditinggalkan. Suatu pengorbanan dan kekuatan yang ada dalam diri rakyat sekitar lereng Gunung Merapi untuk kekal tinggal sekitar itu. 


    Pengalaman memasuki Museum Mini Sisa Hartaku membuatkan aku sebak dan gigihnya orang yang bernama Sriyanto demi pengumpulan harta keluarganya. Moga warga sekitar Merapi terus dilindungi oleh Allah SWT dari malapetaka yang tidak diingini. Sehingga ketemu lagi warga Merapi. Miss there 


    Sponsored Trip and thank you to by The Ministry of Tourism Indonesia ♥

    MELAWATI ISTANA SULTAN DI KERATON YOGYAKARTA

    $
    0
    0
    MELAWATI ISTANA SULTAN DI KERATON YOGYAKARTA

    Melawati Istana Sultan Di Keraton Yogyakarta | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ini kita berada di Istana Sultan iaitu di Keraton Ngayogyakarta yang terletak di Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY). Setelah selesai singgah di Kasongan melebarkan seni tangan halus ku ( :P ), kini aku dibawa pula ke Keraton Ngayogyakarta yang dikatakan, budaya jawa di sini masih kekal digunakan tanpa dilupakan. Keraton Ngayogyakarta ini bukan sahaja tempat tinggal raja malah dijadikan dan melangsungkan pelbagai acara kebudayaan Jawa. Di sinilah kita boleh tengok bagaimana budaya masih utuh dijalankan walaupun lokasi ini ditengah bandar Jogjakarta.


    Perjalanan dari Kasongan ke Keraton Ngayogyakarta ini mengambil masa selama 20 minit sahaja dan pelancong yang datang tidak dibenarkan memakai cermin mata bergaya atau topi untuk menghormati budaya di Keraton Ngayogyakarta ini. Ya, ini bukan tipu ye. Pada mulanya, aku ingat guide yang bawak kami hanya bergurau. Rupanya, betul. Dilarang memakai topi dan cermin mata ye kalau ke sini. Hormatilah budaya di sana.



    Waktu Operasi Keraton Ngayogyakarta ini bermula:

    Isnin - Khamis : 8.30 - 13.30 WIB
    Jumaat: 8.30 - 12.30 WIB
    Sabtu dan Ahad: 8.30 - 13.30 WIB

    Tiket masuk Keraton masa aku pergi tahun 2018 adalah Rp7,500


    Keraton Kasultanan Ngayogyakarta Hadiningrat atau kini lebih dikenali sebagai nama Keraton Yogyakarta merupakan lokasi muzium yang masih kuat dengan budaya Jawa dimana terletak di Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY). 


    Untuk pengetahuan semua, Keraton Yogyakarta ini pernah rosak semasa kejadian gempa bumi pada tahun 1867 dan hingga kini bangunan Keraton Yogyakarta masih kukuh dan indah. Keraton Yogyakarta ini dibangunkan pada tahun 1755 oleh Pangeran Mangkubumi setelah menandatangani Perjanjian Giyanti. 


    MELAWATI ISTANA SULTAN DI KERATON YOGYAKARTA

    Apa Yang Ada Di Keraton Yogyakarta?

    • Ada 2 pintu masuk utama iaitu Tepas Keprajuritan dan Tepas Pariwisata.
    • Sekiranya, pelancong masuk di Tepas Keprajuritan, pelancong hanya boleh masuk ke Bangsal Pagelaran, Siti Hinggil dan melihat koleksi beberapa kereta Keraton. Sekiranya pelancong memasuki dari Tepas Pariwisata, mereka boleh memasuk Kompleks Sri Manganti dan Kedhaton. Jadi, sekiranya keliru... boleh bertanya..
    • Di Keraton Yogyakarta ini aku telah melihat bangunan yang masih tersergam indah, budaya jawa yang masih digunapakai.
    • Pelbagai koleksi daripada Raja Eropah telah disimpan dalam almari kaca dan antara barangan koleksinya adalah ceramik, barang pecah belah, senjata, kamera, gambar-gambar sultan, miniatur dan replika, serta pelbagai jenis batik yang telah disimpan. Perabot yang digunakan oleh Sultan pun dipamerkan untuk pelancong lihat lebih dekat sendiri.
    • Ada beberapa kawasan yang tidak dibenarkan naik, jadi berhati-hati semasa melangkah demi menjaga kebersihan Istana Sultan.
    • Di sini, better korang hire satu tour guide untuk menceritakan sejarah di Keraton Yogyakarta ini. Kalau masuk tanpa tour guide ibarat korang bawak handbag tapi tak bawak duit,hehe... Banyak sejarah tersendiri di sini yang perlu korang tahu.

    Antara Acara Yang Ada Seperti Dijadual?
    • Isnin - Selasa : Muzik Gamelan ( Bermula jam 10.00 wib)
    • Rabu : Wayang Golek Menak ( Bermula jam 10.00 wib)
    • Khamis : Pertunjukan tarian ( Bermula jam 10.00 wib)
    • Jumaat : Macapat ( Bermula jam 9.00 wib)
    • Sabtu : Wayang Kulit ( Bermula jam 9.30 wib )
    • Ahad : Wayang orang dan pertunjukan tarian ( Bermula jam 9.30 wib)

    Selamat berlibur dan menghayati keindahan senibina yang berkonsepkan jawa ya korang. Jangan terkejut, sehingga kini, Yogyakarta mempunyai Sultan sendiri dan oleh sebab itu jugalah Yogyakarta ini diberi nama Daerah Istimewa Yogyakarta :)



    Gambar sekitar Keraton Yogyakarta 

    MELAWATI ISTANA SULTAN DI KERATON YOGYAKARTA

    MELAWATI ISTANA SULTAN DI KERATON YOGYAKARTA

    MELAWATI ISTANA SULTAN DI KERATON YOGYAKARTA

    MELAWATI ISTANA SULTAN DI KERATON YOGYAKARTA

    MELAWATI ISTANA SULTAN DI KERATON YOGYAKARTA

    MELAWATI ISTANA SULTAN DI KERATON YOGYAKARTA


    Sponsored Trip and thank you to by The Ministry of Tourism Indonesia ♥

    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

    $
    0
    0
    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

    Pengalaman Ekstrem Di Pantai Timang, Yogyakarta | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ya! Siapa ke Yogyakarta, dah tentu akan ke Pantai Timang yang sekarang ini menjadi bualan orang ramai di media sosial. Sebelum ini aku hanya tengok Pantai Timang dalam media sosial, namun kini aku berpeluang berdiri sendiri di Pantai Timang ditemani angin yang kuat dan perjalanan yang cukup ekstrem.


    Nak datang ke Pantai Timang ni aku sarankan datang seawal yang boleh sebab kalau sebelah petang ombak dah mula kuat tapi bagi yang nak tengok matahari terbenam boleh je datang ke Pantai Timang, katanya cantik kalau tengok matahari terbenam dari sini. Rancang perjalanan samada nak pergi pagi atau tengahari. Dan aku cadangkan juga untuk datang ke sini dalam berkumpulan supaya dapat jimat dekat Jeep tu haaaa.. Kos untuk ke Pantai Timang ni bagi aku agak pricey jugak, tapi untuk pengalaman yang ekstrem dan luar biasa korang kena cuba aktiviti ke Pantai Timang setelah sampai ke Yogyakarta.


    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

    Lokasi Pantai Timang ini dantara Pantai Siung dan Pantai Sundak Gunung Kidul. Lebih tepat sekali, Pantai Timang ini di Kabupaten Gunung Kidul, Daerah Istimewa Yogyakarta. Untuk ke Pantai Timang ini, pelancong boleh datang menggunakan bas atau kereta then sampai satu port tu kena tukar naik jeep lak. Disebabkan jalan yang agak mencabar, kenderaan jeep inilah akan membawa anda ke Pantai Timang. 

    Di sini korang kena sediakan duit seperti:
    • Tiket masuk: Rp.5,000
    • Gondola: Rp.200,000
    • Kalau taknak naik gondola boleh cuba jambatan; Rp. Rp150,000
    • Spot bergambar yang disediakan: Rp.10,000
    • Sewa jeep atau ojek: Rp.350,000

    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA



    Siapa kata seronok naik Gondola? Kecut perut dia tu, Allahu! Tapi aku respen dengan kewujudan Gondola ini. Mulanya Gondola ini wujud adalah kerana untuk memudahkan warga sekitar Pantai Timang ini mencari Lobster di seberang. Namun kini, Gondola dan Pantai Timang sangat terkenal terutama pelancong dari Malaysia,hehe. Fizikal gondola ini berbentuk kotak yang diperbuat daripada kayu dan ada tempat duduk ditengah. Tali yang digunakan juga adalah tali dadung yang tebal. Penggunaan besi untuk gondola dan tali adalah sama sekali dilarang kerana untuk mengelakkan terkena percikan air laut kemudian cepat rosak dan berkarat. Hebatnya, Gondola ini bukan menggunakan tenaga elektrik ye tetapi hanya menggunakan tenaga manusia di kedua-dua hala. Mati-mati aku ingat Gondola ini digerakkan menggunakan tenaga elektrik. Kuatnya mereka T_T


    Pengalaman aku menaiki Gondola ini, YAAAAAAAAAA...sangat takut kerana tidak menggunakan sebarang peralatan keselamatan. Tapi aku percaya, Gondola, tali dan si pembuat rekaan ini pasti sudah tahu kekurangan dan apa yang tidak boleh sewaktu Gondola ini sedang 'beraksi'. Perjalanan ini mengambil masa beberapa saat sahaja dan pannjang perjalanan untuk ke seberang adalah 200 meter. Jangan lupa untuk bergambar bila sampai di seberang ya. Cuma perlu berhati-hati dan jaga keselamatan masing-masing. Ombak dekat bawah tu deras awak. Jadi berhati-hatilah dengan setiap langkah.


    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA

    PENGALAMAN EKSTREM DI PANTAI TIMANG, YOGYAKARTA



    Itu perasaan semasa naik Gondola.


    Perasaan sepanjang perjalanan nak ke Pantai Timang menggunakan Jeep ini sesuatu yang korang semua kena merasa! Susah weh nak dapat pengalaman yang mencabar macam ni. Jangan lupa tau, kalau ke Yogyakarta, singgah juga la ke Pantai Timang ni. Korang akan dapat rasa satu perasaan yang luar biasa. :)


    RINDU PANTAI TIMANG :')



    Sponsored Trip and thank you to by The Ministry of Tourism Indonesia ♥

    BEAUTY REVIEW - ID.AZ CU-V TENSIONING SLEEPING PACK FACE FIT

    $
    0
    0
    BEAUTY REVIEW - ID.AZ CU-V TENSIONING SLEEPING PACK FACE FIT


    Beauty Review - ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Yeay finally! Bulan Januari dah nak habis dan alhamdulillah kulit muka aku setakat ini okay dan tiada masalah dari segi redness, kedutan, garis-garis halus, segala jenis jerawat, takde blackhead, kulit tak oily. Fuh! Alhamdulillah untuk penjagaan kulit muka yang konsisten wahai onie. 


    Bagi perempuan, kulit muka sangat penting dan untuk lelaki juga, korang pun sebenarnya penting untuk jaga kulit muka. Jangan nak malas sangat ye even sebelum nak tidur pun kalau boleh calit la 2 3 produk supaya bangun pagi tu terus semangat nak pergi kerja ke apa kan. For me, penjagaan kulit muka ini sangatlah penting dalam apa jua keadaan. Jika diletakkan persoalan pada aku, aku akan pilih penjagaan kulit muka dahulu sebelum solekan. Tanpa penjagaan kulit muka, hasil solekan tidak akan berhasil dengan elok. Jadi ingat, jagalah kulit muka hanya dengan beberapa langkah mudah sahaja.


    BEAUTY REVIEW - ID.AZ CU-V TENSIONING SLEEPING PACK FACE FIT

    BEAUTY REVIEW - ID.AZ CU-V TENSIONING SLEEPING PACK FACE FIT


    Untuk entri kali ini, aku akan kongsikan produk yang telah aku gunakan selama 1 bulan dan hasilnya sangat memuaskan hati aku. Sebelum ini, aku ada kongsi juga jenama ini tapi itu adalah sheet mask ( boleh baca di sini ). Kali ini, aku akan kongsikan pula bagaimana nak bagi kulit muka kita tidak kendur lelagi setelah bangun dari tidur. 


    Apa dia ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit?

    Yes. ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit. So, what ur first impression for the name onie? My impression is wowwwww! Tensioning Sleeping Pack Face Fit? Yes, suatu nama yang aku rasa cukup tepat, padat dan wowww! Untuk pengetahuan semua ini, produk ini bakal dilancarkan pada Februari 2019 dan ini merupakan produk yang berjenama dari Korea. Rata-rata produk dari Korea ini tidak pernah menghampakan aku. Produk ini perlu dipakai sebelum tidur pada setiap hari. 


    BEAUTY REVIEW - ID.AZ CU-V TENSIONING SLEEPING PACK FACE FIT

    BEAUTY REVIEW - ID.AZ CU-V TENSIONING SLEEPING PACK FACE FIT

    BEAUTY REVIEW - ID.AZ CU-V TENSIONING SLEEPING PACK FACE FIT


    Komen aku tentang ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ini adalah:

    1. Harga normal untuk produk ini adalah RM199 dan masih ada diskaun iaitu RM169.15 di mana-mana cawangan Watsons Malaysia
    2. WAJIB beli sebab harga dia tengah murah sekarang weh. Mana tahu lepas ni naik harga. Jeng jeng. HAHA.. Mandai je aku kan. 
    3. Tekstur dia sangat lembut dan non-greasy, cepat absorb pada kulit muka dan selesa dipakai walaupun masa tidur tau. First time aku tengok tekstur produk ini, aku ingat greasy bila di calit pada kulit muka, rupanya tak! Eh. iyeeee laaaaaa oiiii! Takkan aku nak tipu pulak. Tak mainlah tipu-tipu ni wak.
    4. Tak percaya pakailah dalam masa seminggu dan bila bangun pagi tengok cermin sambil baca doa,Allah, indah dan terletak serta paling aku perasan, kulit muka nampak tegang!!hikhik...YAKIN?eh of course la wak!
    5. Kurang hygenic which is kalau produk ini packaging dia dalam bentuk tube better kot aku rasa. Sebab kadang bila sekali calit dan tak perasan tangan tak bersih ke apa, takut tinggalkan kesan yang 'kurang manis' dekat krim dia tu.
    6. Anti Kedutan dan untuk memutihkan kulit muka.
    6. I Design, Small Face A to Z.


    BEAUTY REVIEW - ID.AZ CU-V TENSIONING SLEEPING PACK FACE FIT


    Kalau sebelum ini, jenama ID.AZ keluarkan sheet mask, sekarang adalah:  

    1. ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ( Anti Wrinkle - Whitening care )

    Siapa yang sesuai pakai ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ?

    Semua orang sesuai pakai termasuk si lelaki ! 
    Yang kulit berminyak, ada kedutan, garis halus, muka kendur dan nampak tua di usia muda? Semua sesuai. Jangan risau. HIHI. Masa ni la nak cuba u :P


    Kenapa perlu pakai ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ?

    Seperti yang aku cakap atas tadi, penjagaan kulit muka sangat penting even sebelum nak tidur pun kenalah pakai untuk mengurangkan masalah anti penuaan dimana boleh menghilangkan garis-garis halus, membantu untuk mencerahkan kulit muka, melembabkan kulit wajah yang kering, membuatkan kulit muka tegang hingga membuatkan kulit muka menjadi bentuk V, membantu menganjalkan kulit muka. Haaaa, best tak?


    Berapa harga ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit?

    Watsons Malaysia - RM199 now (since 31 Januari 2019) diskaun RM169.15


    Bila ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit dilancarkan?

    Pada Februari 2019 dan actually, produk ini dah ada di website Watsons Malaysia, cuma di stor aku tak pasti dah ada ke belum, nampak nauuu dah lama gila aku tak ke Watsons Malaysia ni. Adeh la.

    Nak beli ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit dekat mana?

    Watsons Malaysia: WEBSITE
    Watsons Malaysia: DRUGSTORE


    BEAUTY REVIEW - ID.AZ CU-V TENSIONING SLEEPING PACK FACE FIT


    Review aku tentang ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ?

    First thing first, harga dia a bit pricey dengan kandungan dia yang aku rasa tahan 2 bulan je kot kalau aku then kena beli lagi. Produk ID.AZ ni wa cakap sama lu, dia punya best tu tak terkata, sama juga dengan sheet mask, no wonder mahal. Muka aku lepas sebulan pakai ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ini langsung takde breakout or anything yang mencurigakan. TAKDE okay! 


    Sebulan dah aku pakai dan setiap hari sebelum tidur memang aku pakai ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit selepas aku lumurkan serum pada kulit muka. Bangun pagi muka aku langsung tak kusam dan nampak tegang, kurang jugak garis-garis halus terutama pada hujung bahagian mata dan bibir. Tiada garis halus. Maybe aku nampak lagi muda selepas pakai ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ini? 


    Jadi, inilah rahsia aku sebelum tidur iaitu memang aku akan pakai serum, moisturizing dan last sekali ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit ini. Cara pakai produk ini mudah semudah ABC sahaja. Make sure, bersihkan muka dahulu, kemudian gunakan serum, moisturizing dan akhir sekali ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack Face Fit. Cara nak pakai dia, mestilah lakukan urutan ke atas untuk menegangkan kulit muka lagi dan jangan urut secara ke bawah supaya kulit muka tidak kendur kelak. Okay, selamat mencuba korang :D


    Hashtag: #idaz #butterflymsia #facefitsleepingmask



    Salam Sayang,
    mekonie@yahoo.com


    SENARAI LAGU DAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 33

    $
    0
    0
    Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 33 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Anugerah Juara Lagu 33 telah dibuka dengan dengan persembahan daripada Search & DJ Fuzz yang sangat bertenaga. Pengacara pada tahun ini dikekalkan dengan gadingan Sherry Al-Hadad dan Alif Satar. 


    Senarai lagu Anugerah Juara Lagu 33 

    Lagu: Haram
    Artis: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
    Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
    Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

    Lagu: Sampai Bila
    Artis: Misha Omar
    Komposer: Sharon Paul
    Penulis Lirik: Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri

    Lagu: Semakin
    Artis: Siti Sarah
    Komposer: Mera Utama
    Penulis Lirik: Mera Utama

    Lagu: Bunga
    Artis: Ara Johari
    Komposer: Hang Nadim,Laq,Kadok
    Penulis Lirik: Hang Nadim

    Lagu: Luluh
    Artis: Khai Bahar
    Komposer: Khai Bahar
    Penulis Lirik: Khai Bahar

    Lagu: Di Matamu
    Artis: Sufian Suhaimi
    Komposer: Sirkhan & Rinkarnaen
    Penulis Lirik: Sirkhan & Rinkarnaen

    Lagu: Kau Pun Sama
    Artis: Syamel
    Komposer: Syamel,Kidd Shanthe & DJ Biggie of Monster Sound
    Penulis Lirik: Syamel

    Lagu: Jatuh Bangun
    Artis: Haqiem Rusli ft Aman Ra
    Komposer: Haqiem Rusli,Omar K,Ikhwan Fatanna
    Penulis Lirik: Haqiem Rusli, Omar K, Ikhwan Fatanna,Aman Ra

    Lagu: Tak Pernah Hilang
    Artis: Amylea & Kaer
    Komposer: Fariuk Roman
    Penulis Lirik: Amylea

    Lagu: Bunga
    Artis: Altimet (Digantikan dengan De Fam)
    Komposer: Omar K, John Jeevasingham
    Penulis Lirik: Altimet

    Lagu: Hajat
    Artis: Hael Husaini
    Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
    Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

    Lagu: Nisan Cinta
    Artis: Siti Nordiana & Jaclyn Victor
    Komposer: Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong
    Penulis Lirik: Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong


    Juara: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Haram)
    Naib Juara: Ara Johari (Bunga)
    Tempat Ketiga: Misha Omar ( Sampai Bila )
    Vokal Terbaik: Misha Omar ( Sampai Bila)
    Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi (Di Matamu)


    Terima kasih kepada Media Prima Berhad atas jemputan ke Anugerah Juara Lagu 33. Tahniah juga buat team Media Prima Berhad atas keterlibatan semua staf yang super energetic!

    GAYA ARTIS DI KARPET MERAH ANUGERAH JUARA LAGU 33

    $
    0
    0



    Gaya Artis Di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 33 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam Anugerah Juara Lagu 33 tempoh hari tak sah kalau tak ada Karpet Merah dan fesyen dari artis di Malaysia. 







































    Viewing all 439 articles
    Browse latest View live